ESOK ANAK BUJANG AKU MULA BALIK SEMULA KE POLITEKNIK MERSING


ESOK ANAK BUJANG AKU MULA BALIK SEMULA KE POLITEKNIK MERSING | Sendiri tulis tajuk, sendiri rasa sayunya hati.. lagi pulak tinggal dua hari aje nak puasa. So maknanya korang boleh fahamkan? Yaa bertambahlah lagi kursi kosong di meja makan Sis sepanjang bulan Ramadhan ni.. ermmmm

Kalau tahun lepas meriah bulan Ramadhan Sis, sebab anak-anak semua ada di rumah, ye laa PKP kan.. sampai membawa ke hari raya, bertambah meriah, walau tak raya mana pun, tapi tahun ini.... silap-silap hari, banyaknya Sis berbuka sengsorang aje laa.. 

Yana pun kata, bulan April penuh dengan jadual 'duty showroom', then kalau Ayahnya pun sibuk, tak ke sengsorang je Sis berbuka.. Kakaknya jangan cakaplah, sedih bila kata Emaknya buka sorang, kalau boleh nak balik teman Emaknya, tapi sebab pun baru balik sambung studynya, so memang tak de lee nak dapat balik, lagi keadaan wabak makin hari makin naik pulak kesnya, ermmm...

Takpe laaa Sis ko 'alah bisa tegal biasa' dah.. Ayahnya kalau sibuk kerja Sis tak heran, memang tak puasa pun sibuk sokmo, cuma time puasa ni takut ada yang 'kaki sibuk' amik peluang.. orang kalau jenis tak malu, memang gitu gayanya, tak sedor diri.. 

Kita tunggu drama bulan Ramadhan episod baru... 

Esok Anak Bujang Aku Kembali Ke Politeknik Mersing

Esok Anak Bujang Aku Kembali Ke Politeknik Mersing

Dan semalam, lepas aje ke Klinik amik darah, anak bujang mengajak Emaknya ni pergi temannya beli barang keperluan untuk di bawa balik kamsis. Budak ini memang suka last minit, dah berapa kali bagitau dah, Ayahnya pun dah beri duitnya awal-awal dah, ehhh nak juga bawa Emaknya pi beli..

Kalau kakak-kakaknya mengejek, 'ngada-ngada'... tapi gitulah si bujang sorang ni.. nak taknak walau keadaan badan lembik longlai, bisa satu badan, pergi jugalah meneman dia ke Sogo semalam beli baju dan segala keperluannya. 

Di sebabkan dari pagi tak makan lagi, singgahlah makan dulu.. mana lagi kalau bukan SDS aje laaa.. 

Esok Anak Bujang Aku Kembali Ke Politeknik Mersing

Esok Anak Bujang Aku Kembali Ke Politeknik Mersing

Mulanya Sis order Sup Cendawan aje, makan dengan Garlic Bread tu.. then anak bujang ni membebel, kata nanti sakit perut tak makan, mana nak datang tenaga nak jalan kang.. ehhhh dia orderkan Emaknya ayam separuh tu haaa, entah apa laa namanya entah.. nak taknak makan aje laa..

Tapi nasib baik jugalah, dalam keadaan tidak sihat ni, selera tetap ada, boleh makan dan boleh merasa.. tekak pun okay je, tak payau dan takde laa muntah ke.. cuma badan aje lembikkk dan sakit.. 

Dan terima kasih Amat, sebab belanja Mak makan semalam. Tak sangka dia sibuk nak membayonyaa semalam.... bila di tanya, 'Guna duit Ayah beri ke?'... dia kata, 'Tak, guna duit gaji Boss bagi'.. alhamdulilah.. berkat rezekinya anak... 

Esok Anak Bujang Aku Kembali Ke Politeknik Mersing

Dan semalam malam siap dah kemaskan barang-barang keperluannya, tinggal masukkan dan settlekan mana yang perlu aje.. barang mandian semua dia nak beli sendiri.. Sis hanya kemaskan kain baju dia aja.. sayu hatii oiiii.... 

Lepas ni takde laaa kawan Mak kat rumah time siang hari, kalau tak, time makan tengahari, sebelum dia ke Studio, mesti kami makan sama dulu.. atau sarapan pagi.. tapi takpela, redhakan aje laa. Harap-harap cepatlah wabak ni menurun, so raya nanti boleh balik beraya bersama.. 

Belajar rajin-rajin ye Amat, tinggal sikit je lagi nak habis Diploma tu, solat jangan tinggal, dan jangan lupakan Mak tau... :(( 

Anak korang ada yang dah pulang asrama atau kampus ke?... 


P/S: Kalaulah raya ni tanak-anak tak boleh balik beraya, tak boleh bayangkan laaaa macam mana Sis time masak nanti.. silap-silap, tak masak... :(

4 comments:

  1. Sedapnya ayam tu. yummy..sis jangan nangis k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali ni agak kecik ayamnya tu, biasa kemain beso hahaha

      Delete
  2. Bila dah biasa riuh, bila semua tak ada rasa sebak lain macam. Ni yang selalu mama dan mertua PC cakap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee PC, lagi nak puasa ni. alahaiii sayuu hati...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.