PAGEVIEWS BLOG AKU DAH MENCECAH 11 000 000 JUTA!


PAGEVIEWS BLOG AKU DAH MENCECAH 11 000 000 JUTA! | Alhamdulilah, blog Sis sudah mencecah dan melebihi 11 000 000 juta pageviews dah. Tak sangka juga secepat ini. Cuma terkilan pulak tak dapat nak buat giveaway buat pembaca.. Mulanya dah niat juga bila cecah aje 11 000 000 juta views, Sis nak buat giveaway ramadan, tapi dek sebab semalam sibuk sangat, so terlepas sudah views nya.. 

Takpe kita tunggu pulak kot ada rezeki cecah 11 111 111 juta ya.. kita buat giveaway raya plak.. mesti ramai menunggu dan menantinya hehehe ehh ada ke? Hahahaha.. 

Jujurnya Sis bangga atas pencapaian blog sendiri, sebab blog Sis ni dalam kategori 'lifestyle', so untuk kejar pageviews banyak dalam sehari macam blog masak-masak ke blog makan-makan ke, bukannya mudah yaa.. tapi syukurlah ada juga sedikit sebanyak perkongsian Sis dalam blog ni menjadikan pageviewnya sentiasa ada dan naik setiap hari..


Lagi satu nak kena 'rajin', kalau rajin menulis, update dan juga belajar cara macam mana nak naikkan views blog, insyaAllah pasti akan ada hasilnya.. usaha tu penting, kalau duk diam menunggu jee.. memang takde nampak hasil laa.. lain kalau blog kita memang jenis 'portal', ada kisah-kisah sensasi, cerita-ceriti, atau resepi masakan yang memang orang akan cari selalu, haaa tu ko tak update tiap hari pun takpe, pasti ada je mengena SEO tu kalau kena tempatnya.. 

Tapi kalau blog macam Sis ni yang duk cite kisah sendiri dan cite entah apa-apa je, so kenalah kerja keras nak cari tips macam mana nak bagi orang datang membaca.. korek ilmu sana, korek ilmu sini, dan guna pakai ilmu yang dah kita korek tu, gitulah yang Sis buat.. 

Tapi terima kasih jugalah kepada pembaca semua yang datang singgah ke blog Sis ni tanpa jemu.. rajin komen dan juga menunggu posting baru.. ada tu kadang bila takde update sehari, ada je yang PM tanya khabar.. terharu Sis.. 

Cuma minta maaf bebanyak ya, lately ni dalam bulan ramadan memang Sis agak jarang blogwalking dan balas komen semua.. masa tu begitu terhad.. insyaAllah nanti Sis balas semua yang tertunggak yaa.. 

Terima kasih semua untuk 11 000 000 JUTA ni!


P/S: Masuk tahun ke 13 tahun aku menjadi blogger.. alhamdulilah :)

12 comments:

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.