ASAM PEDAS IKAN PARI AKU JADI TUMPUAN


ASAM PEDAS IKAN PARI AKU JADI TUMPUAN | Alhamdulilah, bila kita masak, dan ada yang menyukai masakan kita, memang sangat membahagiakan buat seketul Sis Lin hehehe.. Yaa Sis memang suka memasak, lagi kalau masak menu permintaan, tak kira laa sapa yang requestnya pun, tapi kalau dengar je ada yang 'teringin' nak makannya, memang Sis cuba dan amik peluang untuk memasaknya.

Dan syukurlah, masa Sis buat Yasinan adik-adik baru-baru ni, dapatlah Sis masak Asam Pedas Ikan Pari ni. Ikutkan bukan dalam menu yang sedia ada, tapi bila Sis ke kedai, tup-tup ternampak Ikan Pari segar, terus je Sis beli 3 batang. Sebab teringat kat Mama Mia adik Sis tu, dia suka sangat makan Asam Pedas Ikan Pari, cuma sekarang sejak Emak dah takde, dia tak masak dah Asam Pedas sebab takde sapa nak makan. 

So bila dah berkumpul beramai ni, rezeki adik laa kan, so Sis dapatlah beli dan masakkannya Asam Pedas Ikan Pari ni. Buat tambah-tambah menu malam Yasinan tu. 

Asam Pedas Ikan Pari Aku Jadi Tumpuan

Dan inilah dia menu Asam Pedas Ikan Pari yang Sis masak malam Yassinan tu. Memang jadi tumpuan, dan rata-rata semua menceduknya dan menyukainya, alhamdulilah... Mula takut juga tak cukup, sebab beli hanya 3 batang Pari aje, tapi syukurlah, rezeki Allah tu bagi, secukupnya dan tidaklah berebut memasing time makan. 

Lagipun ada juga menu lain yang Sis masak. Antaranya Ayam Masak Lemak Cili, Sayur Goreng Campur, Ikan Tongkol Goreng ala Mamak, Ikan Asin, Sambal Belacan, dan juga Ulam-ulaman termasuklah Petai. 

Semua atas bantuan kerjasama dari adik-adik, so ringan le juga time bertukang di dapur tu hehehe.. 

Asam Pedas Ikan Pari Aku Jadi Tumpuan

Asam Pedas Ikan Pari Aku Jadi Tumpuan

Asam Pedas Ikan Pari Aku Jadi Tumpuan

Asam Pedas Ikan Pari Aku Jadi Tumpuan

Haa tu diaa, tu ler semua menu yang sempat Sis masak time Yassinan tu.. Tapi rezeki murah juga malam tu, ada Geng Bas Sekolah Sis yang bawa Murtabak, Kek Gula Pandan, Kek Marble, dan juga adik-adik beli Air Kotak, Buah Tembikai, dan juga Kerepek-Kerepek..

Cuma malam tu Sis malas nak keluarkan mangkuk hidang buffet atau bekas lawa sikit, Sis letak aje dalam bekas Tupperware Sis semua, senang nak hidang dan tutup semua menu. Hahahaha.. oii walau nampak jee Tupperware tu, tapi mata semua orang kemain melilor nengok color bekas-bekas Tupperware tu ekkk hahahahaha..

Bukan murah oii, banyak dah keluar modal beli bekas Tuppeware tu, so bila time gini apalagi, kita keluarkan lee dan guna, tak le kang Suami kata 'jadi tukun' dalam lemari dapur hahahaha.. 

Asam Pedas Ikan Pari Aku Jadi Tumpuan

Alhamdulilah semuanya dipermudahkan.. 

Terima kasih kepada adik-adik dan anak saudara yang banyak bantu Ayyom.. juga buat Geng Bas Sekolah Sis yang sempat datang untuk bacaan Yassinan. Dan malam tu Sis sendiri mengetuai bacaan dan doa Yassinan.. Moga Allah berkati dan limpahi rahmat dan kebahagiaan kepada kami semua..

Al-Fatehah, semuga Allah mencucuri rahmat kepada semua arwah-arwah keluarga dan rakan kami yang telah pergi meninggal dunia dan di terangi cahaya dan diperluaskan ruang kuburnya dan di ringankan segala azab dan di tempatkan mereka bersama golongan orang-orang yang beramal soleh, aamiinn.. 

Alhamdulilah.. 


P/S: Malam tu sayu sungguh hati... ku tahan juga taknak menangis ketika membaca doa, tapi tetap juga jatuh airmatanya :(( ... 

12 comments:

  1. Best dpt buat yassin.. Tahun ni kitrg x dpt nak buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Ret, alhamdulilah, kami nak jadikan majlis ni bulanan kami adik beradik...

      Delete
  2. Seronoknya gathering buat baca yassin..lama dah tak buat...tahun ni pun macam x sempat nak buat je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee SA, tahun ni macam kelam kabut masa kan, Sis pun masa tu cancel je event last minit.. janji dapat tunaikan hajat kami semua...

      Delete
  3. dah beli.. kena la pakai... kalau tak pakai... nanti nak buka PO untuk pembelian seterusnya payah nak approve...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kann Yan, kang jadi tukun, silap-silap kena lemporrr kang...

      Delete
  4. Alhamdulillah. Moga semua sampai kepada yang sedang menanti. Walau berbeza alam tetap ada hubungan yang mesti dijaga dan diteruskan kan Sis.

    ReplyDelete
  5. Kat tempat wak ni setiap malam ada tahlil kat surau
    Tapi masyarakat jawa kat sini, tapaunya takde lain
    nasi ambeng aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya Wak, tempat kami ni sejak PKP ni dah kurang.. so buat sendiri adik badik aje laaa

      Delete
  6. Ikan Tongkol Goreng ala Mamak ini baru first time dgr ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaah Atie, kalau kedai mamak kan adaa...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.