RESEPI CHA BANG ANG YANG ORANG KATA SEDAP SANGAT TU

RESEPI CHA BANG ANG YANG ORANG KATA SEDAP SANGAT TU | Ada yang dah mencubanya ke? Atau memang pernah cuba sebelum ni? Lama dah viral desssert Thai ni, tapi tu lee time Ramadan le dia timbul.. Ishhh sejak dua tiga hari ni menjadi-jadi pulak dia lalu depan timeline facebook dan instagram Sis, kena pulak dari videonya Khairul Aming tu, dasyat sungguh godaannya oii... 

Jujurnya Sis belum pernah mencubanya lagi dan tak pernah cuba minumnya.. tapi rasa macam pernah ada minum, tapi yang jenis jual siap tu dalam botol, tu pun anak yang belikan, kalau betullah, tapi kalau buat sendiri belum pernah.. tapi kali ni Sis saje nak update resepinya dalam blog Sis ni, supaya senang nanti Sis nak mencubanya sendiri.. mana boleh tahan nengok aje kannn... 

Puas duk tengok sana sini resepi, tapi Sis kongsikan yang ini je laa, ni pun ternampak dalam facebook pagi tadi.. nampak mudah dan simple.. tapi memang tu je lerr bahannya.. ke ada bahan yang tertinggal? 

Resepi Cha Bang Ang Yang Orang Kata Sedap Sangat Tu

Resepi Cha Bang Ang
Resepi dan gambar copy dari facebook. 

Bahan-bahannya : 
  • Selasih
  • Cincau
  • 1 kotak susu segar
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 cawan gula perang
  • 3 tbsp air

Cara-cara Membuatnya : 
  1. Rendam selasih sehingga kembang.
  2. Potong cincau kepada bentuk segi empat. Ketepikan
  3. Masak gula perang bersama air sehingga pekat. Kemudian sejukkan.
  4. Campurkan susu segar dan juga susu cair. Ketepikan
  5. Di dalam cawan, tuangkan gula perang yang sudah sejuk, selasih, cincau dan ais. 
  6. Kemudian masukkan campurann susu.
  7. Kacau rata dan Cha Bang Ang sedia dihidang

Senangkan? Nampak sedap sangat.. nanti kena cuba sendiri..


P/S: Ko tak terliur ke nengok? Hahahahaha.. 

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Nyamannya lalu kat tekak. Selamat berbuka puasa.

    ReplyDelete
  2. hahahaha ni first time ako dapat rasa aritu...
    manis ya rabbi hahaha...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya sis kalau minum sejuk2 ni...

    ReplyDelete
  4. Nasib baik bukak entri ni masa tengah kenyang

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post