HARI KELAPAN BERBUKA PUASA AKU MAKAN BEEF STEAK DI LEGOLAND MALAYSIA RESORT


HARI KELAPAN BERBUKA PUASA AKU MAKAN BEEF STEAK DI LEGOLAND MALAYSIA RESORT | Sebenarnya tidak terfikir langsung plan nak makan berbuka puasa di sini, plan asalnya Sis hanya nak hadir program CSR IKEA Tebrau ke rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Shafar di Kampung Pasir, then selesai semua nanti terus balik berbuka di rumah. 

Tapi tiba anak Sis,Yana kata dia 'duty' kerja sampai malam, kemudian tanya Suami pula, dia balik lewat sebab banyak kerja di Penggerang tak settle lagi.. so apalagi, terus aje laa Sis tanya adik Sis MamaDD dan ajak dia berbuka di Legoland Malaysia Resort. Kalau dah kata nak pi Legoland, siapa je yang kemain excited dan seronok, kalau tak si Danny dan Mia hahahaha.. punyalah excited mereka kekeke.. 

Jam 3.30pm Sis dah gerak amik MamaDD then terus ke rumah anak yatim tu then menunggu hingga selesai event di sana. Tapi tak lama mana pun, tak sampai pun satu jam, semua dah settle dah.. gembira semua anak-anak yatim tu dapat hadiah buah tangan dan juga menu berbuka puasa dari IKEA. Alhamdulilah .. tahniah buat IKEA Tebrau.. 


Hari Kelapan Berbuka Puasa Aku Makan Buffet Di Legoland Malaysia Resort

Hari Kelapan Berbuka Puasa Aku Makan Buffet Di Legoland Malaysia Resort

Hari Kelapan Berbuka Puasa Aku Makan Buffet Di Legoland Malaysia Resort

Sis sampai awal sejam dari masa yang di janjikan. Ikutkan jam 6.00pm baru boleh masuk dalam Restoran Bricks tu, tapi sebab event CSR tu selesai cepat, so satu jam awal Sis dah sampai hehehe.. tapi okay juga, anak-anak enjoy bermain di ruang Lobby so mereka tak le bosan, cuma asyiklah tanya; 'Bila nak makan?' hahahaha.. 

Jam 6pm kitaorang dah mula masuk so apalagi, kalau dah namanya blogger, pantanglah nampak makanan ekk, mestilah; 'Camera eat first' hehehehe.. 

Bertemakan 'Spice of Nusantara', kesemua menu-menu makanannya pun kemain nampak sedap, Sis rasa lebih dari 200 menu ada tuu.. dari bahagian dalam membawa ke bahagian luar, so memang banyak pilihan yang ado.. anak sedara Sis,Mia pun sampai cakap, 'Mia tak tau nak makan apa la Ayyom, banyak sangat' hahahaha.. 

Hari Kelapan Berbuka Puasa Aku Makan Buffet Di Legoland Malaysia Resort

Hari Kelapan Berbuka Puasa Aku Makan Buffet Di Legoland Malaysia Resort

Yang Sis masuk ni antara yang Sis makan dulu untuk berbuka puasa, Mee Goreng Mamak tu dan Beef Steak dia.. uii sedap wooo.. ada satu lagi yang sedap, Sup Kambing, dan Bubur Lambuk, perghh sedap dap dap wooo... ada pilihan makanan menu kampung dan juga menu western, korang boleh pilihlah nak makan mana..

Untuk bahagian dalam memang menu yang di kira 'main course' laaa sebab menunya semua berat-berat.. bersekali dengan pencuci mulut dan juga bermacam aneka Salads dan kerabu.. naik rambang mata nak pilih makan mana.. tapi Sis kalau dah jumpa Seafood on Ice, ermmm memang lupa diri lee kejap hahahaha.. 

Hari Kelapan Berbuka Puasa Aku Makan Buffet Di Legoland Malaysia Resort

Hari Kelapan Berbuka Puasa Aku Makan Buffet Di Legoland Malaysia Resort

Yang menjadi tumpuan anak sedara Sis masa di sini adalah bahagian Shushi tu haaa.. hamboii nampak aje ada Shushi, itu dulu yang dia makannya, terus taknak makanan lain hahahaha... takpelah, makan le sampai kenyang dan jemu yaa.. dah datang jejauh, so bila dah kata buffet, haaa melantak lee ko sampai kenyang hahahaha.. 

Kalau Sis dan MamaDD apalagi, Kambing Golek laaa hahaha.. untuk rotation menu mereka, masa Sis datang berbuka di sini, Kambing Goleknya adalah Kambing Tandori.. so agak pedas-pedas sikit laa rasa rempahnya.. tapi memang pedas laa, section BBQ tu, semuanya agak pedas, anak sedara pun taknak makan, makan hotdog terus katanya 'Mama pedas, air air' hahahaha.. 

Hari Kelapan Berbuka Puasa Aku Makan Buffet Di Legoland Malaysia Resort

Hari Kelapan Berbuka Puasa Aku Makan Buffet Di Legoland Malaysia Resort

Untuk pencuci mulut pun kemain banyak pilihan, dari buah-buahan, puding, agar-agar, aneka kuih-muih tradisional, bubur, aneka kek dan juga minuman dan aiskrim pun banyak pilihan.. pilih aje laa nak makan mana semuanya sedap.. 

Anak sedara Sis sampai dua kali menambah makan aiskrim ala-ala paddlepop tu haaa hahahaha duk asyik kata; 'cedap cedap Ayyom' hahahaha.. bebudak kann, benda gitu memang suka lerrr.. Kalau Sis suka sangat dengan Baked Cheese Cake dia tu, uiii memang serius sedap.. tu pun teramik dan termakan geng Visit Johor punya, sekali cuit masuk mulut, wowww amazing, sedap gilorr hahahaha.. 

Nanti sambil-sambil korang makan, ada ler persembahan tarian di situ, tarian Zapin lagi, kalau korang nak join sekali pun boleh, tapi kalau dah kenyang perut tu, larat ke ko nak menari aaa hahahaha.. 

Hari Kelapan Berbuka Puasa Aku Makan Buffet Di Legoland Malaysia Resort

Hari Kelapan Berbuka Puasa Aku Makan Buffet Di Legoland Malaysia Resort

Di sini memang anak-anak laaa yang suka, sambil makan boleh buat aktiviti di meja, siap dapat pencil mewarna, then ada pulak mascot LEGO masuk dan dia akan pergi ke satu-satu meja untuk anak-anak yang nak bergambar dengannya.. apalagi kemain suka laa Danny dan Mia tu haaa.malam tu je ada dua mascot yang masuk.. happy sokmo semua kekanak.. Ayyom pun tumpang sekaki hehehe..

Untuk lihat LEBIH BANYAK GAMBAR, korang boleh pergi ke Facebook Page AKU SIS LIN sini dan tengoklah kesemua gambar menu dan suasana ketika berbuka puasa di sana yaa.. 

Untuk info mengenai #BuffetRamadan di Legoland Malaysia Resort ni, haaa korang baca details di bawah ni.. 

Buffet Dinner Spice of Nusantara :
Date : 15 April – 12 May
From : 6pm - 10pm

Price : RM128nett Adult | RM65nett Children (6 - 12years & Citizen 60 above)
*Purchase 10 and Get 2 Free
*Exclusive 20% discount for LEGOLAND Annual Pass members

Buffet Dinner PLUS FREE entry to SEA LIFE
For every purchase of "Spices of Nusantara" Buffet Dinner, guests will enjoy FREE entry to SEA LIFE aquarium! Be mesmerized and discover over 13,000 marine creatures at SEA LIFE. 
From 4 pm – 6 pm | Sundays to Thursdays

Bookings & Reservations:
+607 597 8888 | Daily 9:00am - 6:30pm
Email admin.fnbhotel@LEGOLAND.my
FREE Parking .


P/S: Ermmm okay sini pun takde Tepung Pelita huhuhu :( 

17 comments:

  1. ako tertarik dengan mi mamak tu hahaha

    ReplyDelete
  2. rasa, kalau akak pun akan amek mee & beef steak

    ReplyDelete
  3. mengundang betul menu-menunya kak, puashati makan sini dengan harganya tu. Sup kambing yang sedap tu

    ReplyDelete
  4. Oh baru tau Legoland pun ada buat buffet ramadan. Orang berdekatan bolehlah berbuka kat sana.

    ReplyDelete
  5. bestnya... menu dia pun ya ampunnn

    ReplyDelete
  6. hari-hari makan hotel eh sis lin. sedp2 plak tu, tak pernah sampai lagi legoland ni, hope ada rezeki

    ReplyDelete
  7. Aci tak kalau tak nak baca sebab dengki dengan Sis Lin hahaha Rawlins belum penah jejak kaki ke Legoland pun. Cadangnya last year nak ajak anak-anak saudara datang dari Sarawak dan bawa diorang enjoy ke sin. Huhu

    ReplyDelete
  8. Nikmat menikmati menu yang lebih nikmat boleh bawa anak dua orang dengan ibunya sekali itu lebih meriah kan Sis.

    ReplyDelete
  9. Bestnye berbuka kat legoland. Rancangnya nak bercuti ke legoland jugak nanti kalau boleh rentas negeri

    ReplyDelete
  10. Lama ya Aku X ke sini hah. Rindu giler. Tapi macam2 Ada.. beef steak Tu paling menggoda gila

    ReplyDelete
  11. Sis, kalau beli buffet ramadan ni dapat free masuk Sea Life ke? wah, mesti best. Sementara tunggu berbuka boleh la jenjalan tgk haiwan laut ^_^

    ReplyDelete
  12. Alalalla comelnya lahai hee. bestnya dapat berbuka tempat camni. nanti ada rezeki boleh la hee :)

    ReplyDelete
  13. Kalau dekat dan boleh rentas negeri dah sampai dah kot sebab kiranya berbaloi beli buffet ramadhan sebab include tiket sealife...heavennn sangat. Dari mula bukak sampai ke sudah teringin nak pergi.

    ReplyDelete
  14. Sure unik kan berbuka dalam legoland, banyak lak juadah berbuka dia.. Teringin nak pergi Legoland.. Tak habis explore lagi...

    ReplyDelete
  15. Akakkk macam banyak hari je kak kat Legoland? Balik kampung ke tu? Hahahaa. Amboi syok betoi kambing golek tu.

    ReplyDelete
  16. Wah best nyer makan BEEF STEAK DI LEGOLAND MALAYSIA RESORT, i tak pernak pergi legoland lagi

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.