HARI KELIMA BERBUKA PUASA AKU MAKAN BUFFET DI GBW HOTEL BERSAMA SUAMI


HARI KELIMA BERBUKA PUASA AKU MAKAN BUFFET DI GBW HOTEL BERSAMA SUAMI | Sekejap dah 5 Ramadan ekk.. ermmmm tunggu Sahur, tunggu berbuka, tau-tau dah masuk hari kelima berpuasa, alhamdulilah kami sekeluarga masih sihat dan masih di beri peluang untuk menjalani ibadah puasa.. 

Dan semalam adalah last minit plan Sis berbuka puasa di GBW Hotel ni. Ikutkan plan dengan Suami, konon nak ke kedai makan Nasi Padang dan beli bungkus aje, ehhh tau-tau ke GBW Hotel pulak kita hehehe.. tu le namanya rezeki Ramadan.. 

Untuk tahun ni, Sis tak dapat join Media Preview Buffet Ramadhan di GBW Hotel ni bersama Geng Media ketika hari kedua berpuasa. Ada perkara yang tak dapat Sis terima pelawaannya. Dan satu lagi,  ikutkan masuk aje Ramadan, Sis nak STOP semua review #BuffetRamadan ni dan nak fokus aje pada update blog Sis yang santai dan lifestyle, taknak terlalu push diri nak update.. yerr ko kalau tak blog Sis ni dah macam surat khabar, asyik lerr kejenya iklan review makan memanjang hahahaha.. 

Ingat senang ke nak menulis, cari idea buat posting, walau nampak aje mudah kann.. Tapi takpe, tu semua rezeki, Sis terima semuanya dengan ikhlas, janji 'amanah' orang untuk Sis bantu mereka promo semuanya dah Sis siapkan.. tu yang jadi kepuasan tu.. takde laa rasa bersalah bila ada job yang tak siap kan.. memang tak tidur malam lee di buatnya nanti.. 

Hari Kelima Berbuka Puasa Aku Makan Buffet Di GBW Hotel Bersama Suami

Hari Kelima Berbuka Puasa Aku Makan Buffet Di GBW Hotel Bersama Suami

Yang gelihati sikit, bila kata nak pergi makan di GBW Hotel ni, eeeehhh Suami Sis pulak yang excited, walau pada mulanya kata; 'Alaa malasnya nak keluar', ye laa sebab semalam seharian hujan, cuaca sejuk, so memang malasnya nak bersiap keluar.. tapi bila dah sampai depan GBW Hotel tu, ehhh dia pulak yang excited, siap suruh Sis amik gambar semua bagai, CUMA orang dah mula ramai amik makanan.

Sebelum ni pun memang Suami dan Sis sekeluarga dah dua kali datang ke sini, satu kali bersama anak-anak sambut birthday Suami, dan satu lagi ketika Sis staycation berdua di sini bersama Sunah dan Suaminya.. so memang Suami tau, makanan di sini memang sedap.. 

Dan sebab itu juga semalam, apa jerr yang Suami ceduk dan makan, bila di tanya, semua katanya sedap.. siap cakap; 'Nanti boleh bawa anak-anak pulak sini, semua sedap' hahahaha.. 

Hari Kelima Berbuka Puasa Aku Makan Buffet Di GBW Hotel Bersama Suami

Hari Kelima Berbuka Puasa Aku Makan Buffet Di GBW Hotel Bersama Suami

Cuma maaf sangat-sangat, memang Sis tak dan nak mengambil gambar menu mereka semua, sebab masa Sis sampai, agak lewat sedikit dan rata-rata semua orang dah amik makanan, so agak tak berapa best pulak nak mengambil gambar makanan ketika semua orang dah mula beratur menceduk.. kang ada kena lepukkk.. hahahaha.. 

So mana yang dapat Sis amik, yee Sis amik aje laa.. kira fullhouse juga semalam, tapi masih dalam keadaan terkawal dengan SOP yang di tetapkan.. Untuk meja makan pun, ada di dalam, dan juga di luar.. ikutlah kapasiti pax masa korang datang, macam Sis hanya berdua, so mereka letak Sis di dalam tu.. 

Tapi makanan 'main course' dia semua bahagian dalam, dan kalau makanan bakar-bakar dan masakan panas, semua di luar tu.. tak susah, buffet ramadan mereka hanya di ruang legar Lobby aje, so tak payah nak naik atas, turun naik lift ke.. senang aje.. 

Hari Kelima Berbuka Puasa Aku Makan Buffet Di GBW Hotel Bersama Suami

Hari Kelima Berbuka Puasa Aku Makan Buffet Di GBW Hotel Bersama Suami

Menu-menu makanan mereka boleh Sis katagorikan, semua adalah menu masakan kampung, menu western memang rasa macam takde, ada pun satu dua aje laa.. so memang sangat menyelerakan laaa kalau dapat makan berbuka puasa dengan menu begitu.. 

Tengok aje lee meja Sis tu, walau nampak tak laa banyak makanannya, tapi semuanya memang menyelerakan, semua sedap-sedap belaka.. sungguh bak kata Suami hahahaha.. dari Sup Tulang Gearboxnya, Asam Pedas Ekornya, Daging Salai Masak Lemak, Kambing Goleknya, Aneka Kerabunya, semua sedap oii.. Suami sampai menambah Kerabu Jantung Pisang dan makan meratah aje, sedap katanya.. 

Hari Kelima Berbuka Puasa Aku Makan Buffet Di GBW Hotel Bersama Suami

Hari Kelima Berbuka Puasa Aku Makan Buffet Di GBW Hotel Bersama Suami

Sis makan Mee Goreng Mamak style dia pun sedap, walau nampak mee tu agak pucat, tapi rasa dia sedap.. Dan juga tak lupa, pantang nampak, apalagi kalau bukan Laksa Johor hahaha.. mabeless oiiii... serius sedap, pekat dan nikmatnyaa laaaa.. ini baru betul Laksa Johor hahahaha.. tapi ada juga Mee Kari, tapi Sis tak makan, sebab dah dapat Laksa Johor hehehe..

Last sekali pi lee amik pencuci mulut, kami berdua memang tak berapa gemar makan desssert macam kek ke kuih-muih ke, bukan tak suka, tapi kurang suka, lagipun perut dah kenyang gilerr masa tu.. so Sis amik aje Serawa Pulut Duriannya.. 

Ingat amiklah dua senduk pulut dan curah laa serawa tu, ye laa buat geli-geli makan, bau dia tak menahan oii.. sekali masuk mulut.. erkkkkkkk masyaAllah sedapnyaaa.. sampai Suami pun suka, hinggakan Sis ko pi ceduk lagi hahahaha.. orang meja sebelah jenguk agaknya terbau durian, Sis pun senyum, dia tegur; 'Serawa durian ya?', Sis pun jawab; 'Haah sedap', terus lepas tu dia pun pi amik gakkk hahahaha.. 

Memang puashati laa makan di buffet ramadan GBW Hotel ni semalam, semua menu sedap-sedap belaka.. nak kata tekak Sis yang kata, tapi Suami tu mewakili tekak yang lain, pun kata sedap, orang meja sebelah pun kata sedap hahahaha..siap berbual gan Suami lagi pasal menu-menu ni semua..

So korang yang nak mencubanya, silalah, Sis rekemen sangat.. korang pasti tak rugi.. bawah ni Sis kongsikan detailsnya kot korang nak mencubanya.. 

Tema Buffet Ramadhan Pelita Ramadan
Lobby Level, GBW Hotel Johor Bahru

Bermula dari 14 April - 11 Mei 2021
Dari Jam 6.30 pm - 9.30 pm

Harga Buffet:
RM92nett per Dewasa
RM45nett per Kanak2/Warga Emas

Harga Promotion (beli dan makan sehingga 30 April 2021):
Beli 5 Dewasa Percuma 1
Beli 2 Kanak-kanak/Warga Emas Percuma 1

Diskaun 20% untuk in house guests
(on total bill; not valid for Early Bird purchase)

Untuk tempahan atau pertanyaan, hubungi:
Whatsapp direct : https://linktr.ee/gbwhotel
Mr. Ismail : +6014 388 5817
Mr. Syahmi : +6016 710 0048
Ms. Urfa : +6016 710 0073
Ms. Aiza : +6016 723 3558


P/S: Suka Sis ko tengok Suami makan semalam, satu tempat semua dia rondanya hahaha.. alhamdulilah..

3 comments:

  1. Fuh nikmat Sis bila menu masakkan kampung.

    ReplyDelete
  2. Tgk muka abg sabar.. Kemain puas hati dia hahaa.. Ehbeh selamat pengantin lama 🤣🤣😜

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.