HARI KESEMBILAN BERBUKA PUASA AKU MAKAN BERSAMA FAIZ IBRAHIM


HARI KESEMBILAN BERBUKA PUASA AKU MAKAN BERSAMA FAIZ IBRAHIM | Perghh tajuk mengundang betul ekk.. Siapa tu Faiz Ibrahim? Ada yang mengenalinya ke? Hahaha.. takpe tak kenal takpe, tapi jika ada yang mengenalinya, tau lee siapa dia.. 

Kalau di tanya Sis, mana kenal si Faiz Ibrahim ni, Sis kenal dia melalui telegram channel dia, Sis mula follow dia hampir 3tahun kot rasanya, masa mula telegram ada... dan Sis follow dia sebab suka baca apa yang dia kongsikan, lebih-lebih dia suka berkongsi dan menulis ayat-ayat untuk mereka yang 'murung', senang cakap orang yang tak boleh move on gituh, melalui buku dia 'Move On' .. 

Sis pun belum ada bukunya, tapi tu ler Sis cakap, Sis suka baca penulisan dia kenal melalui telegram channel, twitter dan Facebook.. Ada masa pun ayat dia Sis copy gak hahahaha.. 

Pertama kali jumpa dia masa di event media review Restoran Awaqyu baru-baru ni, then lepas tu, terus jumpa lagi dan lagi dan lagi hahahaha.. tapi belum lagi pernah duduk semeja depan-depan makan bersama, hinggalah kelmarin ketika Sis staycation di Renaissance Johor Bahru Hotel dalam pakej Ramadan Escape tu, haaa terjumpa sekali lagi dengan Faiz Ibrahim ni, dan barulah dapat makan berbuka puasa bersama dengannya dalam satu meja.. 

Hari Kesembilan Berbuka Puasa Aku Makan Bersama Faiz Ibrahim

Tapi bukanlah Sis dengan dia je berdua...ajo gilo kang viral oii.. hahahaha

Ada juga bersama dengan Sis malam tu, En Hezrin (Head of Marketing Communication Renaissance), Sunah Sakura, Nona Sani dan juga Emaknya Faiz Ibrahim.. ramah betul Maknya.. seramah anaknya juga hehehehe.. Mana satu Faiz Ibrahim? Hahaha yang kumbang sorang kiri sebelah Sis tu laa Faiz Ibrahim.. adoii korang pun hahahaha.. 

Kejadian hari kesembilan berbuka puasa Sis makan bersama Faiz Ibrahim ni pun, sebab kami sama-sama staycation amik pakej Ramadan Ecsape ni.. kalau korang ada follow Instagram Renaissance pada 21/4 hari Rabu lepas, haa mesti korang tengok laa kan IGs Renaissance yang Faiz Ibrahim handle tu.. dia update video pengalaman dia dalam pakej Ramadan Escape ni, haa tu laa dia pakej Ramadan Ecsape yang Sis amik juga.. 

Yaa Ramadan Escape ni all in one semua siap.. penginapan 2H 1M + buffet dinner iftar + sahur.. berbaloi-baloi.. 

Tau nanti Sis cerita lebih panjang dalam dua tiga hari nanti, sebab now Sis ada urusan luar.. ramai dah bertanya, harap bawak bersabar yaa.. 

Hari Kesembilan Berbuka Puasa Aku Makan Bersama Faiz Ibrahim

Gambar kiri En Hezrin, Gambar kanan Faiz Ibrahim

Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi mengenai pakej ni dulu, korang boleh je ke http://bit.ly/RenJBRamadanEscape.

Klik dan di situ korang boleh dapat info lanjut mengenai pakej Ramadan Escape ni.. tapi kalau nak baca pengalaman Sis sendiri, so korang tunggu laa yaaa.. apa-apa pun memang very enjoy gilerr.. 

Tak pernah terfikir pulak dan tak pernah pulak pengalaman Sis sepanjang jadi blogger ni, time puasa tidur hotel, then siap berbuka dan bersahur dalam bilik hahahaha.. inilah kali pertama oii.. agak jakun juga mulanya kekekeke.. 

Sis ada juga update sebagai #teaser intro mengenai pakej Ramadan Escape ni di Facebook Page AKU SIS LIN ni.. korang boleh tengok di sana ya.. 

So nanti kita sambung lagi.. bye bye..


P/S: Alhamdulilah, semalam dah dapat makan Tepung Pelita.. :) 

4 comments:

  1. Wow.. wowww.. berbuka bersama influencer ek.. Kemain!! Saya pun suka baca penulisan dia.. kekadang lalu kat ig feed.. tak terfikir boleh ketemu!!! Siap screenshot .. Tak kusangka bertemuuuu jugak!!!

    ReplyDelete
  2. hehe bestnya huda memang follow faiz ibrahim each posting kat IG haha. Telegram dia kadang tengok juga

    ReplyDelete
  3. Wahh perjumpaan mereka yang hebat hebat berbuka bersama-sama.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.