PENGINAPAN 2 HARI 1 MALAM DI FRASER PLACE PUTERI HARBOUR JOHOR BAHRU


PENGINAPAN 2 HARI 1 MALAM DI FRASER PLACE PUTERI HARBOUR JOHOR BAHRU | Blur nak letak tajuk apa oii, tapi betullah Sis letak tajuk tu kan? Penginapan 2 hari 1 malam di Fraser Place Puteri Harbour Johor Bahru. Yaa di Johor ni.. mana laa boleh merentas negeri lagi kan, so nak bercuti di Johor aje laa.. lagipun kalau ikut pengalaman sendiri, negeri Johor pun tak habis pusing wuii hahahaha.. 

Kalau yang tertanya-tanya di mana letaknya Fraser Place Puteri Harbour ni.. ianya terletak di Puteri Harbour bersebelahan dengan Pinetree Marina Resort tu haaa.. memang betul sebelah aje.. kalau korang park kereta, park aje di Fraser Place ni, then boleh keluar masuk melalui lift di Fraser dan pintu depan yang sama.. cuma bangunan mereka aja yang berlainan.. 

Sis menginap di sini selama 2 hari pun rasa sekejap sangat masa berlalu.. tempatnya nyaman, jauh dari keributan bandaraya dan biliknya pun selesa dan tenang ajaa... yang paling best walau hanya bilik, tapi kelengkapan dalamnya tip=top ko, semua ada.. termasuk mesin basuh dan dryer.. ko ngase?.. 

Meh tengok bilik yang Sis inap sepanjang 2 hari 1 malam ni.. 

Penginapan 2 hari 1 malam di Fraser Place Puteri Harbour Johor Bahru

Penginapan 2 hari 1 malam di Fraser Place Puteri Harbour Johor Bahru

Penginapan 2 hari 1 malam di Fraser Place Puteri Harbour Johor Bahru

Haaa tengok tu, gambar-gambar di atas tu kira dah keseluruhan bilik Sis tunjuk.. dari depan, tepi dan hujung katil tu.. sangat okay laa kan besarnya untuk 2 orang atau seorang pun.. kalau ada anak kecil pun masuk boleh sangat.. sebab katilnya besar saiz King.. golek laa ko atas tu.. 

Siap semua ada kerusi bersayap di tepi, meja untuk korang buat kerja, tempat pemyimpanan almarinya pun luas, siap ada iron dan peti besi juga.. dan juga ada balkoni tepi.. 

Bagi Sis dah cukup okay sangat dah.. takat nak rehatkan minda dan tenangkan fikiran kann.. moh le korang ke sini.. 

Penginapan 2 hari 1 malam di Fraser Place Puteri Harbour Johor Bahru

Penginapan 2 hari 1 malam di Fraser Place Puteri Harbour Johor Bahru

Penginapan 2 hari 1 malam di Fraser Place Puteri Harbour Johor Bahru

Dan yang paling menariknya.. kalau datang ke sini jangan lupa bawa bath bomb korang, sebab di setiap kesemua bilik di Fraser Place Puteri Harbour ni, semua tandasnya ada bathtub.. haaa haaa suka le tuu.. boleh kita mandi buih hahahaha.. 

Tapi sayang, masa Sis menginap tu, tak sempat nak golek masuk dalam bathtuba, jangan kata golek, nak cepur air dalam tu pun tak dapat, tak sempat ko, masa singkat nau, banyak kerja dan urusan lain nak buat.. maklumlah kan sambil Work From Hotel, gituhhh... 

Hairdyer, sterika, papan pengosok, penyangkut baju dan juga peti besi semua ada, lengkap semua.. termasuk juga jug air panas dan segala kelengkapan minuman teh dan kopi pun adaa.. so tak payah nak bawa dari rumah, kecualilah kalau ko minum Old Town Coffee, sini memang takde yaa.. 

Kalau nak juga, silalah ke Grab & Go Cafe  bawah lobby sana.. 

Penginapan 2 hari 1 malam di Fraser Place Puteri Harbour Johor Bahru

Penginapan 2 hari 1 malam di Fraser Place Puteri Harbour Johor Bahru

Penginapan 2 hari 1 malam di Fraser Place Puteri Harbour Johor Bahru

Dan bagi korang yang bekerja, nak WORK FROM HOTEL, korang juga boleh amik pakej di sini hanya RM38nett untuk satu hari! Dan korang boleh order makanan dengan menu ala-carte mereka, pun boleh. Menu dia semua awesome, semua sedap.. Sis suka menu western dia, perghh sedapnyaaa... 

Buat tempahan : Work From Hotel 

Kitaorang pun sempat juga merasai suasana macam mana orang Work From Hotel ni, perghh suasana tempatnya memang best wooo.. kalau Sis dapat Work From Hotel dengan tempat macamtu, memang boleh siap autopost blog untuk seminggu, idea mencurah mai oii hahahahaha.. 

Penginapan 2 hari 1 malam di Fraser Place Puteri Harbour Johor Bahru

Penginapan 2 hari 1 malam di Fraser Place Puteri Harbour Johor Bahru

Dan jika korang nak makan tengahri atau lunch yang agak 'mewah', dengan beraneka macam menu yang ada, korang bolehlah ke Swatches restoran mereka di aras Lobby dan nikmati Absolute Hi-Tea mereka dengan puas-puas.. 

Sis pernah kongsikan sebelum ni dan Sis dah juga makan tengahari di sini sebelum ni.. siap ada Japanese Giant Oyster ko, bapak besarrr, hahahaha Sis beranikan diri juga mencubanya, walau nak terbekikk dek tekakk oii hahaha tapi sedap, fresh gilerr.. 

Absolute Hi-Tea
RM128nett for 2 persons

Pilihan slot waktu datang makan: 
1st session: 12.00 pm - 2.00 pm 
2nd session: 2.30 pm - 4.30 pm 
*Maximum 50 pax per session

Tempahan meja: 
Patuhi SOP yang disediakan ook!! 

Penginapan 2 hari 1 malam di Fraser Place Puteri Harbour Johor Bahru

Untuk sarapan pagi juga ada tersedia tapi korang kena beli asing ya. Yee penginapan ni TANPA sarapan.. Sarapan pun di tempat yang sama, di Swatches.. banyak juga aneka pilihan menu yang ada.. tapi now kan tengah puasa, so sarapan tu nanti akan di gantikan dengan SAHUR dengan harga seorang RM35nett sahaja. 

Cuma Sis tak pasti samaada bersahur di restoran boleh atau di bilik pun boleh.. yang tu nanti korang kena comfirmkan yaa.. sebabnya masa Sis menginap ni belum lagi puasa hehehehe..

Penginapan 2 hari 1 malam di Fraser Place Puteri Harbour Johor Bahru

Manakala untuk berbuka puasa pula, jangan risau, mereka pun akan ada buat #buffetramadhan 'Cerita Citarasa' bermula 23/4 hingga 12/5/2021 ni. 

Cerita Citarasa Buffet Ramadhan : 
RM118nett Dewasa
RM68nett Kanak² 
Bermula 23/4 hingga 12/5/2021
Early Bird promo BUY 4 FREE 1!

Penginapan 2 hari 1 malam di Fraser Place Puteri Harbour Johor Bahru

Jika korang nak lihat LEBIH BANYAK GAMBAR, korang boleh ke Facebook Page AKU SIS LIN sini untuk lihat kesemua gambar yang dah Sis upload ya.. 

Untuk harga bilik Studio Deluxe ni, promo penginapannya hanya RM200nett untuk 2H1M! (Tanpa sarapan). Tapi sebab now tengah puasa, so untuk breakfast (RM35nett seorang), korang boleh amik menu 'Bersahur' mereka. 

So apalagi, agak rasa bosan, meh laaa ke sini yaaa.. rehatkan minda, tenangkan diri, jangan susah hati.

Untuk tempahan korang boleh hubungi : 
Website: https://puteriharbourjohor.frasershospitality.com/en
📞 (6) 07-530 8837 
📞 (6) 013-778 6821



P/S: Agaknya kan, mesti best kan menginap then berbuka juga brsahur di hotel? Kan kan?... 

20 comments:

  1. Mana tau ke JB, boleh menginap di sini.

    ReplyDelete
  2. Ako pun mcm pk nk berbuka bersahur kt otel hahaa masih usha2 gitu

    ReplyDelete
  3. Wak dapat menginap laaagi lama.
    Tapi kat rumah sendirilah.

    ReplyDelete
  4. Best la kat JB. Ni sis kat Selangor. Cantik betul tempat makan tepi cermin lutsinar. Boleh tengok permandangan luar.

    ReplyDelete
  5. not bad bilik dia. moden and rasa tenang dan sesaui utk staycation and work from hotel. makanan pun berbaloi

    ReplyDelete
  6. menarik konsep work from home tu , kalau ada kerja seminggu dapat stay kat situ memang best sangat. Cukup lengkap semuanya dah macam homestay gitu. Cuma ni jenis moden punya.

    ReplyDelete
  7. tak sabar nak rentas negeri bila tengok bilik hotel ni ada bathtub hahahaha

    ReplyDelete
  8. Amboi amboi akakkk. Seronoknya. Kita kt Selangor takut takut nak staycation dah. Sebab kes naik turun nik turun. Stress betul duk sini. Nk pindah JB bleh tak. Hahahhaa

    ReplyDelete
  9. Bestnya kalau dapat staycation kat sini. Dapat rehatkan diri. Tapi until bekerja Dr hotel pun boleh juga hehe

    ReplyDelete
  10. Ingat kat Fraser's Hill tadi.. tp lupa plak, mana leh rentas negeri kan. Btw lawa la bilik dia, siap ada mesin basuh & dryer tu. Senang la nak basuh baju kan

    ReplyDelete
  11. Wah bestnya nampak cantik hotelnya dengan makanan2 tu sekali :)

    ReplyDelete
  12. Perghhh cantiknya bilik dia.. Siap ada washing machine kah? N bathtub. Awesome sgt ni...

    ReplyDelete
  13. Cantik sangat hotelnyaa tu. Memang kalau dapat work kat hotel, mencurah2 idea datang..hehee..pergh siap ada giant oyster ye

    ReplyDelete
  14. Dulu masa saya tgh nak cari hotel di JB, memang nampak banyak pilihan di Puteri Harbor. Tentu cantik tempat ni kan?

    ReplyDelete
  15. wah cantiknya tempat ni. lengkap pulak tu dalam bilik dgn macam2 kemudahan. kalau pgi jb ni boleh stay sini :)

    ReplyDelete
  16. Paling best sebab ada washing machine kan tu Sis?Ohh. Bahagia bila melancong boleh basuh kain Hahhaha

    ReplyDelete
  17. this hotel looks so clean and new. i love how on top of the comfortable stay, i'll be getting to enjoy amazing food too!

    ReplyDelete
  18. wah menariknya..tapi takleh rentas negeri lagi huhu..bilik dia cantik..lengkap banyak fasiliti :)

    ReplyDelete
  19. kite suka bau sabun dia sebab addicted. aritu pernah lah google search nak cari brand yang smaa sekali amik kau mahai yeee hahahaha

    ReplyDelete
  20. Ingatkan Fraser Hill tadi rupanya Fraser Place JB. Menarik betul bilik dia, nampak elegant dan banyak kemudahan dah tersedia.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.