HARI KEENAM BERBUKA PUASA MASAK SAMBAL TUMIS TELUR PUYUH


HARI KEENAM BERBUKA PUASA MASAK SAMBAL TUMIS TELUR PUYUH | Baru hari keenam semalam, otak dah jem kejap nak masak apa, padahal ekk hari-hari juga masak hahahaha.. tapi tetap tak sama.. ye laa kalau hari biasa, agak malas nak masak, boleh keluar pi makan kedai, beli bungkus atau order delivery, ni tengah puasa, nak makan petangnya, nafsu tu macam-macam nak.. tapi tak tau nak makan apa.. haa gituh.. 

Kebetulan semalam anak Sis,Yana balik awal, then dia tanya; 'Mak nak masak apa?', Sis jawab laa; 'Nak masakkan Ayah Kari Ikan dia'.. terus Yana kata; 'Kari lagi?' Hahahahaha.. adeiii.. 

Bab ikan ni rumah ni semua surrender, naik jemu katanya ikan ajee menunya, adoii... terus Yana kata dia nak masak Sambal Tumis Telur Puyuh dan goreng Ayam Goreng Bestari katanya.. Sis okay aje, sukahatilah janji dia masak.. 

Yana suruh Sis masak Kari Ikan tu dulu, nanti dah petang sikit, dia masuk dapur dia buat Sambal Tumis Telur Puyuh tu.. dia sejenis macam Sis, kalau duduk dapur, tak suka himpit-himpit dalam dapur, suka masak sengsorang aje.. tu sebab dia suruh Sis masak dulu.. 


Sajee tayang Sambal Tumis Telur Puyuh tu jerr, menu lain dah biasa.. Kari Ikan Tebal Pipi, Ayam Goreng Bestari dan ada Sambal Belacan dan juga Keropok Ikan Trengganu... Semalam memang tak masak Sayur, Yana kata tak payah sayur, takde sapa nak makan, ermmm... 

Ayahnya pun lepas balik memancing tu, hanya makan Kuih-Muih aje, dah kenyang makan Kue Toaw dalam kereta katanya.. tapi tetap juga meratah Kari Ikan cecah roti.. tapi time Sahur tadi pagi haaa makan nasi dengan Kari Ikan tu.. 


Ni haa Kuih-Muih yang Suami beli sekali semalam masa balik tu.. ada Roti Jala berinti dan juga Tauhu Begedil.. tu peberet dia tu.. Sis gan Yana pun sambil juga laa neman Ayahnya, sekali berbual dan makan kuihnya.. habis sepinggan, nasib baik belinya tak banyak, kalau tak sayang takde sapa nak makan esoknya.. 

Time puasa ni jangan lee beli banyak sangat kuih, dah pesan dah jangan beli.. sebab dah ada kuih Frozen, tapi tekak orang berpuasa kan, tetap juga nampak dan beli.. takpe laa bukan selalu... 


Lepas tu makan pulak biskut raya hahahaha.. haperr belum raya dah makan biskut raya? Ehhh apsal tak boleh pulak, biskut raya ni kalau dah ada bedal je, kalau dah habis boleh pi beli lagi di Kilang Kerepek Parit Laman Labis tu hahahaha.. sana banyak kuih dan kerepek raya dah jual hehehehe.. 

Tapi yang Sis makan ni biskut dari SA Delights, sedap... chrunchy sungguh biskutnya yang ni.. ada satu lagi Biskut Sambal hahaha.. pelik je kan, tapi pun sedap.. kalau korang nak cuba, boleh order di SA Delights ni.. 

Ookay laa tu je nak cite pasal hari keenam berpuasa, nanti kita sambung lagi yerr.. nak mula memasak ni.. 


P/S: Korang masak apa tu aaa ? ..

6 comments:

  1. Sambal telur ayam hari ni salah satu menu PC .. Hehe..

    ReplyDelete
  2. Alamak! Tiba-tiba teringin jugak nak makan biskut raya.

    ReplyDelete
  3. Selamat berbuka puasa.
    Lawo pinggan isi sambal telur puyuh tu

    ReplyDelete
  4. Kadang teringin nak masak sambal telur puyuh ni, tapi malasnya nak kopek telur banyak2

    ReplyDelete
  5. semalam berbuka egg wrap aje..tapi banyak pulak makanan lain yang hosmet2 ku beli..so kongsi la sorang sikit..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.