PAKEJ PENGINAPAN RAMADAN ESCAPE DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL NI MEMANG BERBALOI


PAKEJ PENGINAPAN RAMADAN ESCAPE DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL NI MEMANG BERBALOI | Yaa memang sangat-sangat berbaloi. Siapa kata time puasa tak boleh menginap di hotel? Boleh jer, apa masaalahnya? Bercuti time puasa? Bagi Sis takde masaalah pun, tengah puasa laa bestnya dapat check-in dan bercuti, dapat berehat sepanjang hari..

Tapi bukanlah kata ko tidur sepanjang hari, tapi dapat merehatkan diri dalam suasana berbeza. Mana taknya, sesekali pi check-in hotel then dapat bilik yang luas dan lapang, then katilnya yang besar dan bantalnya yang selesa, mana laaa tak di katakan terlebih rehat kan.. kalau pergi dengan Suami ni, maunya malas nak turun dari katil hahahaha.. 

Untuk pakej Ramadan Escape di Renaissance Johor Bahru Hotel ni, ada banyak pilihan bilik. Ianya bergantunglah pada berapa ramai korang datang masa check-in, tapi pakej Ramadan Escape hanya tersedia untuk 2 orang sahaja untuk satu pakej. Pakejnya termasuk Penginapan 2 Hari 1 Malam beserta Buffet Iftar Jemput Makan dan Sarapan atau Sahur. 

Pakej Penginapan Ramadan Escape Di Renaissance Johor Bahru Hotel Ni Memang Berbaloi

Pakej Penginapan Ramadan Escape Di Renaissance Johor Bahru Hotel Ni Memang Berbaloi

Pakej Penginapan Ramadan Escape Di Renaissance Johor Bahru Hotel Ni Memang Berbaloi

Untuk tempahan pakej Ramadan Escape, korang boleh buat tempahan melalui website mereka (nanti Sis kongsi detailsnya di bawah) atau kalau tiberr ko datang angau nak check-in secara tiba-tiba, boleh je walk-in terus, tapi nasiblah kan kalau ada kosong biliknya, Renaissance Hotel ni selalu full aje ko.. 

Dan untuk kali ni Sis menginap bersama Sunah dan kami amik bilik Deluxe Twin Bayview Guest Room. Memang mintak yang nak ngadap jalan besar, so pemandangan tu memang cantikk sangat.. Orang kata Juah Perjalanan Luas Pemandangan.. tapi jauh pebendaa, Sis dari Pasir Gudang aje hahahaha.. tak apalah, janji tak merentas negeri kan kan kan hehehehe.. 

Lagi satu, nanti masa korang check-in, mereka akan tunjuk menu bersahur korang. Korang pilih dan bagitau samaada nak turun makan diCafe BLD atau hantar ke bilik. ikutlah pilihan korang. Dan kalau time korang datang, bilik korang dah tersedia, so korang bolehlah check-in awal. Macam kami berdua, sampai awal, then kata mereka bilik dah tersedia, so dapatlah kami check-in awal yehaaaaa... 

Pakej Penginapan Ramadan Escape Di Renaissance Johor Bahru Hotel Ni Memang Berbaloi

Pakej Penginapan Ramadan Escape Di Renaissance Johor Bahru Hotel Ni Memang Berbaloi

Pakej Penginapan Ramadan Escape Di Renaissance Johor Bahru Hotel Ni Memang Berbaloi

Haa ko tengokk.. kemain besar katilnya tu, satu katil satu orang, tak ke beso ekk.. boleh jelajah 360' pusingan atas katil time tidur hahahaha.. sangat selesa dan Sis sangat teruja melangkah masuk biliknya.. Cuma satu je agak Sis tak puashati.. pencahayaan dalam bilik tu agak kureng sikit.. walaupun ada tingkap sebesar tidak tu, tapi tetap macam cahaya tu kurang nak ado.. 

Tapi okaylah, ko tidur pun tutup lampu gak kan hahahaha.. fefeeling romantis lee gitu Sis ko dengan dak Sunah tu hahahaha.. Dalam bilik biasalah ada katil, sebab kami punya bilik jenis Deluxe Twin Bayview Guest Room, so ada 2 katil Queen berasingan laa.. tapi saiz katilnya macam King plak besonya.. tu yang tidur selesa.. 

Kemudahan dalam bilik pun cukup lengkap semua. Ada toilet (mestilah ada, kalau takde mana pulak nak mandi ek hahaha), television, meja bekerja, peralatan mandi, mini kitchen (kopi, teh, gula, termos, jug elektrik, mineral water), seterika baju, papan pengosok, bath towel, slipper, peti besi dan juga dua buah kerusi santai-santai di tepi tingkap sana. 

Pakej Penginapan Ramadan Escape Di Renaissance Johor Bahru Hotel Ni Memang Berbaloi

Pakej Penginapan Ramadan Escape Di Renaissance Johor Bahru Hotel Ni Memang Berbaloi

Pakej Penginapan Ramadan Escape Di Renaissance Johor Bahru Hotel Ni Memang Berbaloi

Haa yer sini biliknya takde bathtub yaa, hanya ada tempat mandi aja. Dan yang bestnya tu, tandasnya mesra pengguna, setiap tepi dinding ada di sediakan pemegang batang besi sebagai langkah berjaga-jaga, atau ada orang tua atau kanak-kanak ke.. so more safety laa time korang berada dalam bilik air mereka tu..

Yaa ko nyaris Sis ko nak terpelot jatuh time nak bangun dari buang air besar, nasib baik ada pemegang besi tepinya tu, aishh kang tak memasal check-in hospital pulak hahahaha.. adoii.. Tuala dan segala kelengkapan mandi semua siap, korang tak payah le susah-susah nak bawanya dari rumah, lagipun sabun-sabun mereka semua wangi.. habis Sunah kejekan time mandi hahaha..

Memang kitaorang berdua takde buat apa, sakan bergambar dan kemudian membuta sampai laa ke petang.. dah dekat nak buka puasa barulah turun ke bawah dan ke Cafe BLD mereka untuk berbuka puasa. 

Pakej Penginapan Ramadan Escape Di Renaissance Johor Bahru Hotel Ni Memang Berbaloi

Pakej Penginapan Ramadan Escape Di Renaissance Johor Bahru Hotel Ni Memang Berbaloi

Pakej Penginapan Ramadan Escape Di Renaissance Johor Bahru Hotel Ni Memang Berbaloi

Sebelum turun makan, ehhhh ko tengok Puan Lin tu sempat pulak berOOTD dari tingkat 15 level bilik Sis tu sebelum pintu lift terbukak hahahaha.. sesekali ko nak berOOTD, apa laa salahnya hehehe.. sebelum tu kitaorang pi juga ke tingkat 6, nak tengok suasana swimming pool dan Gym mereka. Hari pulak hujan, so tak dapat nak lama-lama duduk situ bergambar, dapat pusing sekejap pun jadi laa.. 

Untuk swimming pool mereka di buka setiap hari dari jam 7am hingga ke 7pm.. dan Gym pun sama, pastikan korang patuhi SOP dan kekalkan 3S yaa.. okay dah jom kita pi makan.. hahahaha..

Pakej Penginapan Ramadan Escape Di Renaissance Johor Bahru Hotel Ni Memang Berbaloi

Pakej Penginapan Ramadan Escape Di Renaissance Johor Bahru Hotel Ni Memang Berbaloi

Ye laa dah nama pun Ramadan Escape kan, so mestilah menu makan malamnya adalah Buffet Dinner Iftar. Memang now sepanjang Ramadan di Cafe BLD sedang berlangsung #BuffetRamadan yang menghidangkan lebih dari 400 menu sedia ada, ko ngase? Yaa Sis dah ngase hahahaha... 

So untuk pakej ni, Sis dan Sunah berbuka puasalah di sini. Ehhh ehhhh ada Faiz Ibrahim laaa.. Hahahaha.. Kali ni macam ada 'saka' kami makan, mana taknya makan dari jam berbuka sampai lepak hingga ke jam 9.30pm, sampai Cafe pun nak tutup hahahaha.. betul-betul nikmati makanan ek.. aje giler masuk bilik terus Food Coma hahahaha.. tido terus tak sedar diri.. 

Korang boleh baca sini untuk dapatkan gambaran sebenar Buffet Ramadan tu : Jemput Makan Buffet Ramadan Renaissance Johor Bahru Hotel 

Pakej Penginapan Ramadan Escape Di Renaissance Johor Bahru Hotel Ni Memang Berbaloi

Pakej Penginapan Ramadan Escape Di Renaissance Johor Bahru Hotel Ni Memang Berbaloi

Makanan berbuka belum sempat hadam, tiba jam 4.30am, pintu bilik di ketuk.. Mereka hantar pulak menu bersahur, adeiii rasa senak perut tengok menu yang kami pilih ni oii.. kemain kuss semangat banyaknya.. siap semua termasuk buah, bubur lambuk dan kopi.. Untuk menu Sis, Sis pilih menu Kari Kambing, so ko bayangkan dengan muka toyeeenyaa pepagi nak makan menu nasi dengan kambing hahahaha.. 

Nak taknak kan, sayang pada rezeki, dengan mata kuyu, bedal aje laa sesuap sesuap, lama-lama habis juga hahahahaha.. 

Pakej Penginapan Ramadan Escape Di Renaissance Johor Bahru Hotel Ni Memang Berbaloi

Lepas Sahur, sambung balik tidur, kebetulan pihak Renaissance kata dia extendkan waktu Check-Out kami ke jam 2pm, apalagi, sambung membuta laa, dengan ekonnya yang sejuk kerung, nikmat oii, rasa taknak balik hahahaha.. memang puashati dan meninggalkan banyak kenangan kami di sini.. 

Thank you Renaissance Johor Bahru Hotel for the great hospitality to us ❤

Jika korang nak lihat LEBIH BANYAK GAMBAR lagi, korang boleh ke Facebook Page AKU SIS LIN sini dan lihatlah gambar-gambar yang dah Sis upload tu ya.. 

So apalagi korang, kotlah korang nak juga amik pakej Ramadan Escape ni, korang boleh buat tempahan atau ingin bertanya mengenai harga promosinya, korang boleh ke website mereka http://bit.ly/RenJBRamadanEscape.

Yaa Sis tak letak harga sebab harga promonya berubah-ubah mengikut hari dan 'terlajak larisnya;, tapi senang kata harganya atas dari RM500 lebih.. Mahalnya.... Oiii mahal apa, siap pakej semua untuk 2 orang tu oi, makan dan sahur..5 bintang okay.. apo lagi ko nak aaa.. adoii..

Yang pasti, berbaloi dan puashati.. 
Apalagi, check it now!
'Never Stop Exploring'🧳



P/S: Tak pernah termimpi akan dapat tidor di Renaissance Hotel ni tau.. alhamdulilah.. 

25 comments:

  1. Ya allah , rindunya nak landing atas katil hotel ni semua tersedia tambahpula sampai makan makanan berbuka adalah satu kelainan sebab tak pernah lagi. Cool sis.

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat check in. Takde masalah pun nak check in masa bulan puasa kan. Seronok dapat rehat di hotel cantik macam ni. Kena masuk wish list ni😍

    ReplyDelete
  3. Ni otel yg dh lama nk stay tp blm berkesampaian lagi hahha

    ReplyDelete
  4. Bestnyaaa. Nak cuba lahh 😍

    ReplyDelete
  5. Uuiiinaaa.... bestnya! Untung siapa berpeluang ke situ!

    ReplyDelete
  6. kalau dapat rentas negeri ai nak jual nama SIS LIN kat manager hotel , mana tahu dapat diskaun ker. Tapi memang syoklah sesekali staycation kat hotel2 dalam negeri sendiri. Besttttt

    ReplyDelete
  7. Sis bila nak bawa kami datang sana hehehe tapi sekarang tak leh rentas lagi kan tak apa sabat nanti kita sebur kat sana duduk hotel berhari-hari wakakak bestnya rest minda kat hotel...

    ReplyDelete
  8. Pejam celik dah dua minggu rupanya kita puasa. Kalau boleh rentas ni confirm khai pegi time raya ad pakej tak

    ReplyDelete
  9. Kalau layanan dan makanannya gitu, berpatutan la harganya gitu kan. Dah la 5 star.
    Daku perati je boots yang Sis pakai tu, helok betul kejadian boots tu

    ReplyDelete
  10. Bestnyaaaaa. Nak bercuti di hotel! 3 hari 2 malam pun ok dah. Hahahaa. Musim pandemik ni memang best menginap di hotel. Layanan world class. Bukan biashe biashe. Hehehehe.

    ReplyDelete
  11. Renaissance is a lovely hotel, I've stayed there before when I used to cover Johor for work. Will bring my family next time.

    ReplyDelete
  12. luas biliknya ..da;am seisi famili pun rasa selesa lagi ni...hope one day bila turun johor boleh menginap di sini.

    ReplyDelete
  13. Cantiknya Renaissance kat JB! Yang Kl ni antara hotel mewah yang Nell stay dulu2 masa first masuk office! Company memang selalu buat event kat situ jer! Next time nak pergi yang ni la

    ReplyDelete
  14. Kalau Sis Lin yang rekmen...gerenti best punya !! Rindu nak balik Johor. Anak-anak pun dah bunyi bila leh balik Kampung. Btw best la lepak sini sebab makan sahur pun hantar kat bilik

    ReplyDelete
  15. Cantik sangat bilik tu, luas betul. Syokla dapat bersahur dekat hotel, berbuka semua. Lauk semua nampak sedap. SYok makanan dibawamasuk bilik..Bila la dapat pergi Johor

    ReplyDelete
  16. Memang puas hati dpt cuti2 dan iftar di hotel, rehatkan diri dan minda dlm bln ramadhan ni

    ReplyDelete
  17. wow menarik siap ada pakej penginapan ramadhan dekat hotel ni.alahai tapi jauh betul..bila la boleh rentas negeri ni..cantik tgk bilik dia

    ReplyDelete
  18. Cantiknya hotel ni. Luas betul. Suka dekorasi hotel ni. Menu2 buffet ramadan pun best betul.

    ReplyDelete
  19. Best kan stay kat hotel masa Ramadan ni. Pengalaman lain daripada yang lain la kiranya.

    ReplyDelete
  20. Wow biliknya memang besar dan cantik lar. Memang berbaloi kalau staycation kat sini kan. :) Lagi pun fasilitinya semua lengkan betul.

    ReplyDelete
  21. Bestnya berpuasa di hotel. Boleh buka puasa buffet, lepas tu sahur room service.

    ReplyDelete
  22. Akak... Jeles sangat tau! Bilik cantik luas selesa sungguh, food pun ya ampun. Menyelerakan! Bila laaa PKPB nak buka, lama sangat dah tak pi JB. Huhuuuu

    ReplyDelete
  23. Luas betul bilik dia, tiba-tiba rindu pula nak pegi travel dengan family then duduk hotel.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.