COWAY MEMILIH BTS SEBAGAI DUTA JENAMA GLOBAL


COWAY MEMILIH BTS SEBAGAI DUTA JENAMA GLOBAL | Dua jenama Korea Selatan yang terkenal di dunia berpadu tenaga untuk menyempurnakan kehidupan pengguna di seluruh dunia. Sebagai Life Care Company terkemuka, Coway telah secara rasmi memilih fenomena K-pop antarabangsa, BTS (artis kumpulan popular Korea Selatan) sebagai duta jenamanya!.

Coway ingin meningkatkan kesedaran jenamanya di Malaysia dan di seluruh dunia menerusi kerjasama dengan BTS, memandangkan kedua-dua jenama mempunyai pangkalan peminat yang ramai sama ada di dalam dan luar negara. 

Gandingan ini sememangnya sepadan kerana Coway ialah jenama berjiwa muda dan ceria, yang terus melibatkan rakyat Malaysia menerusi inisiatif menarik seperti Coway Run tahunan, pelancaran Pusat Pengalaman Coway (Coway Experience Centre) pertama di dunia dan pelbagai pelancaran produk baharu.

Coway Memilih BTS Sebagai Duta Jenama Global

Produk dan usaha pemasaran syarikat Coway bertumpu kepada keperluan keluarga muda yang semakin bertambah dan juga pemilik rumah kali pertama, yang ingin melengkapkan kediaman mereka dengan alat keperluan rumah seperti penulen air, penulen udara, peralatan bilik mandi dan tilam berkualiti.

“Kami melihat sinergi yang serasi antara Coway dan BTS, dan saya percaya kerjasama ini akan membawa lebih kegembiraan dan keceriaan kepada pelanggan kami, serta pasaran alat keperluan rumah dan kesejahteraan global. Bersama dengan BTS, kami di Coway ingin menyempurnakan kehidupan seharian rakyat Malaysia serta membawakan keceriaan dan kesihatan kepada semua,” kata Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia.

Setakat ini, lebih daripada tujuh juta rakyat Malaysia menikmati udara lebih segar, air lebih bersih dan tidur lebih nyenyak dengan produk Coway yang menyempurnakan kehidupan, menawarkan kesenangan harian dan ketenangan fikiran kepada para pengguna.

Coway Memilih BTS Sebagai Duta Jenama Global

“Tiada cara yang lebih baik untuk mendekati pelanggan kami yang lebih muda dan juga semua rakyat Malaysia selain daripada menerusi muzik yang bersifat sejagat! Saya faham bahawa BTS dan K-Pop memang mempunyai ramai pengikut dan peminat di Malaysia,” kata Choi. Malah, Malaysia tersenarai sebagai pasaran global ketujuh tertinggi di Twitter dengan 6.1 bilion ciapan Twitter tentang K-pop.

Pada bulan-bulan akan datang, BTS akan dipaparkan secara meluas dalam kempen media Coway dan juga di platform media sosial termasuk iklan di TV dan media lain, untuk mengetengahkan rangkaian lengkap produk Coway dan juga imej jenamanya.


P/S: Tak sangka BTS hahaha.. anak sulung Sis peminat atau fans nombor satu BTS ni oii.. bila tunjuk kat dia, kemain lagi emoji love dia berderet keluar hahahahaha...

6 comments:

  1. Taktik pemasaran dan ini yang sering meraih perhatian dalam perniagaan untuk lebih memperkanalkan jenama walau sebenarnya sudah diketahui umum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... BTS pulak tu, mau lee tak semua orang nak pakai Coway hahahaha

      Delete
  2. ARMY lepas ni plh coway laaa nampaknya..

    ReplyDelete
  3. Berduyun duyun lah nanti army pilih coway lepas ni hahahaha. Bts as duta memang bukan biasa biasalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekekeke kannn, BTS nama besar tu kot.. hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.