LAFAZ NIAT PUASA RAMADHAN HARIAN DAN SEBULAN


LAFAZ NIAT PUASA RAMADHAN HARIAN DAN SEBULAN | Kebiasaannya korang lafaz atau baca niat puasa secara harian atau baca sebulan terus? Kalau Sis jujurnya sejak dulu lagi memang baca secara harian atau hari-hari baca tiapkali lepas solat terawikh. Ada ketika jika tak solat terawikh, Sis baca ketika sebelum tidur. Begitulah sejak dari kecil hingga besar tua bangka ni haa.. 

Bagi Sis, kita ni perempuan agak susah nak niat sebulan, sebab ada timenya kena cuti 'ABC', nanti nak kena baca lagi, so nak mudah alaa baca je laa hari-hari, lagi sonang, lain kalau orang lelaki, memang takde cutinya, so bolehlah niat puasa sebulan. Yee tau boleh nak baca sebulan, ikutlah memasing punya cara. Untuk Sis lebih mudah baca aje secara harian. Setakat ni, belum pernah lagi terlupa baca niat puasa. 

Alhamdulilah, tinggal satu hari je lagi, lusa kita dah mula berpuasa, so maknanya esok malam kita dah mula solat terawikh. Alhamdulilah tahun ni kerajaan dah benarkan berjemaah solat terawikh di Mesjid mengikut kapasiti Mesjid atau Surau. So ingat, patuhi SOP dan amalkan 3S. Jangan sampai tiba-tiba kang kes makin naik, huhuhu korang taknak raya ke aaaa.

Persediaan pun dah siap semua, termasuk rezeki silih berganti orang bagi dan hantar Kurma. Termasuk juga kuih raya, dah siap juga ada yang beri hehehe.. Syukur.. tapi Kurma Sis dah banyak susut, dek hari-hari kerjanya makan Kurma sebab nak naikkan bacaan darah. So far alhamdulilah, dah makin sihat. 

Untuk mengulangkaji lafaz dan bacaan niat puasa Ramadhan, Sis kongsikan sekali lagi Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian dan Sebulan buat semua pembaca. Takpe dah hafal pun takpe, ini sebagai perkongsian dan peringatan bersama.. 

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian Dan Sebulan

Niat Puasa Ramadhan : Niat Harian & Niat Sebulan 

Puasa Ramadhan dari segi bahasa maksudnya menahan diri dari sesuatu. Dari segi syarak pula bermaksud menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari dengan syarat-syarat tertentu. 

Syarat wajib untuk berpuasa ialah beragama Islam, mukallaf (orang yang cukup umur untuk melaksanakan perintah Allah dan tiada halangan atau keuzuran. 

Niat puasa untuk setiap malam dan untuk sebulan adalah seperti di bawah :

i) Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى’

Lafaz niat puasa Ramadhan (harian) dalam Rumi: Nawaitu Sauma Gho Din, ‘An Ada-i, Fardisy-Syahri, Romadona, Hazihissanati, Lillahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan Ramadhan tahun ini, kerana Allah Ta’ala

ii) Lafaz Niat Puasa Ramadhan (Sebulan)

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى ‘

Lafaz bacaan niat puasa sebulan dalam Rumi adalah seperti berikut: Nawaitu Sauma Syahri, Romadona, Kullihi, Lillahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan, kerana Allah Ta’ala.

Adapun begitu, niat puasa sekaligus untuk sebulan juga dibolehkan sebagai langkah berjaga-jaga. Niat puasa untuk bulan Ramadhan boleh dilakukan untuk sebulan sekaligus jika risau  terlupa niat disebabkan tertidur awal atau terbangun lewat ketika sahur. 

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian Dan Sebulan

Korang pula macam mana? Dah get ready nak sambut puasa?.. Sama-sama kita perbanyakkan berdoa, moga kita sihat sepanjang mengerjakan ibadah Puasa ni. Dan kita juga jangan lupa berdoa moga wabak yang melanda negara kita ni cepat berakhir dan kita boleh jalani kehidupan seperti biasa juga walaupun tidak sama macam dulu.. 

Korang jaga diri, stay safe dan jaga makan minum sepanjang puasa. Jangan dek dah ada bazar ramadhan, main belasah je semua makan yaa.. 

Kalau yang mencari tempat berbuka puasa dan nak bawa family berbuka, boleh laaa intai-intai posting di blog Sis #BuffetRamadhan ni okay.. banyak pilihan yang ado yang korang boleh pergi.. ingat jangan membazir sepanjang Ramadhan ni.. 


P/S: Sis pun tengah cari tempat berbuka hari pertama puasa ni.. tapi macam dah boleh agak dah kat mana hehehehe... 

10 comments:

  1. Perkongsian yg bagus..selamat bpuasa semua.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian sis Lin. :)

    ReplyDelete
  3. Mula-mula niat sebulan tapi macam tak puas hati, hujungnya hari-hari niat.

    ReplyDelete
  4. kat mana tempat buka puasa pertama tu? hehe

    ReplyDelete
  5. Semoga diberikan kesihatan yg baik dalam menyempurnakan ibadah puasa dan tarawikh

    ReplyDelete
  6. aha sama la, aku pun baca hari2..tapi hari ni masih cuti...esok insya'Allah dah start berpuasa...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.