PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH 1442H MENGGUNAKAN APLIKASI TULUS


PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH 1442H MENGGUNAKAN APLIKASI TULUS | Nak Zakat, Wakaf, Infaq dan Sedekah Online? #TulusJerLah!. Mudah dan senang sekarangkan, Bukan alasan lagi utnuk korang tidak atau terlupa membayar zakat. Pelbagai urusan amal jariah merangkumi zakat, wakaf, infaq dan sedekah kini mampu disempurnakan pembayarannya melalui kaedah secara digital dengan begitu mudah, hanya di hujung jari.

Berikutan pandemik yang melanda dunia pada masa kini telah menyebabkan pembayaran zakat melalui kaedah yang diamalkan sebelum ini telah terkesan. Pelbagai kekangan serta SOP yang perlu dipatuhi telah menyebabkan lebih banyak organisasi lebih selesa untuk melaksanakan urusan zakat serta sumbangan secara dalam talian.

Sehubungan dengan itu, aplikasi Tulus sebagai sebuah platform pembayaran beretika yang mematuhi asas syariah dibangunkan oleh Tulus Digital Sdn Bhd (Tulus Digital), memberi peluang kepada masyarakat Islam untuk melaksanakan pembayaran pelbagai urusan berkaitan amal jariah dengan mudah dan telus.

Pembayaran Zakat Fitrah 1442H Menggunakan Aplikasi Tulus

Menurut Pengerusi Eksekutif Tulus Digital, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, aplikasi mudah alih berkenaan memberikan kemudahan pembayaran secara digital kepada pengguna tanpa mengira masa dan lokasi mereka dengan menggabungkan semua organisasi Islamik yang merangkumi perkhidmatan pembayaran zakat, wakaf, infaq dan sedekah.

“Istimewanya di bulan Ramadan kali ini, aplikasi Tulus turut menyediakan saluran pembayaran zakat fitrah bagi 9 negeri di Malaysia yang merangkumi Wilayah Persekutuan dan WP Labuan,  Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan serta Perlis.” katanya.

Pembayaran Zakat Fitrah 1442H Menggunakan Aplikasi Tulus

Di samping itu, Tulus juga menjalin kerjasama strategik dengan Touch 'n Go eWallet dan Ikhlas.com bagi pembayaran zakat di bulan Ramadan ini. Pihak Tulus Digital juga menyediakan pembayaran bagi imbasan kod QR melalui aplikasi SnapNPay yang boleh digunakan untuk pembayaran zakat fitrah untuk kesemua negeri-negeri yang tersenarai di atas termasuk negeri Perak.

Aplikasi mudah alih Tulus dan SnapNPay boleh dimuat turun daripada Google Play Store dan Apple iOS Store. Selain itu, bayaran zakat ke setiap negeri juga boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang https://tulus.app

Menurut Dr. Mohd Daud, syarikat juga optimis untuk membantu 800,000 sehingga 1,000,000 pembayar  zakat dalam menunaikan kewajipan mereka pada Ramadan tahun ini.

“Bagi perancangan masa hadapan, kami berhasrat untuk meluaskan perkhidmatan yang terdapat di aplikasi melibatkan pembayaran bagi pelbagai urusan amal jariah yang lain termasuk ibadah korban, aqiqah, khairat, takaful dan seumpamanya,” katanya.

Pembayaran Zakat Fitrah 1442H Menggunakan Aplikasi Tulus

Aplikasi Tulus dibangunkan oleh Tulus Digital (dahulu dikenali sebagai SnapNPay Digital Sdn Bhd), iaitu syarikat Islamik fintech berteraskan pembangunan kewangan sosial yang menyediakan fasiliti pembayaran beretika melalui dua aplikasi mudah alih Tulus dan SnapNPay bagi memperkasa ekonomi dan kesejahteraan ummah merangkumi gaya hidup digital kepada rakyat Malaysia.

Bertemakan “Nak Zakat, Wakaf, Infaq dan Sedekah Online? #TulusJerlah!”, Tulus Digital mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam bersama-sama menggunakan aplikasi ini sebagai salah satu cara untuk membuat sumbangan dan pembayaran zakat secara digital.


P/S: Sila semak dan jangan lupa bayar Zakat okay.. 

8 comments:

  1. Alhamdulillah
    Bertambah mudah untuk beramal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudahkan Wak, bukan alasan buat lupa dan tidak membayar zakat..

      Delete
  2. aha ako mmg beberapa tahun ni bayar online je zakat hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Ret, duduk je depan laptop dan bayar..

      Delete
  3. mudah la bayar zakat sekarang ye kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mar, semuanya di hujung jari anda..

      Delete
  4. Alhamdulillah.
    Urusan kerana-Nya sentiasa dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Amie..
      Sama-sama kita ingat memgingati...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.