HARI-HARI MENU ASAM PEDAS IKAN AJE LA NAMPAKNYA YA MAK!!


HARI-HARI MENU ASAM PEDAS IKAN AJE LA NAMPAKNYA YA MAK!! | Hahahaha tu ayat pertama yang keluar dari mulut anak Sis,Yana tatkala bila Sis dan Suami mengerjakan, membersihkan dan meyimpan stok ikan hasil memancing Suami dalam minggu lepas. Aduii naik muak gak nengok, tapi bila fikirkan menu Asam Pedas tu, perghh nikmatnya oiii.. hahahaha

Ehh takk, ni bukan ikan mancing yang sebelum ni yang Sis kongsi tu, tu Ikan Mayong dan ada gak ikan lain, tapi tu yang lain, yang ini, ikan terbaru lagi Suami Sis pi memancing.. boleh di katakan selang 3 hari kot lepas tu, Suami pergi lagi... sanggup tu menahan tidur semata nak turun laut pi mancing, ermmmm.. 

Kalau dah minat kan, kita tak boleh cakap banyak, kang kena setepek kat kita pulak hahaha.. tapi Suami ni bijak gakk, time Sis pergi staycation di Hotel je, haaa time tu lee dia overnight pi memancing.. baru ni waktu Sis Staycation Ramadan Escape di Renaissance Johor Bahru Hotel tu, haaa dia pergi mancing.. kemudian selang sehari Sis pergi pulak staycation di The Westin Desaru Coast, ehh dia pergi juga mancing overnight.. so Sis tak kisah la kan.. sama-sama nikmati hobi memasing hahaha..

Ye laa yang Laki tido atas bot, yang Bini tido kat hotel, gasakkkk hahahaha..janji apa-apa Sis buat, mendapat keizinan Suami.. dan Suami pun bagitau gak dengan Sis nak pergi memancing, jangan ko 'pancing' lain sudah Bang hahahaha.. 



Masa Sis di Desaru Coast lagi Suami dah hantar gambar hasil memancing dia tu, terkejut Sis nengok, punya laa bapak beso ikannn.. adoiii nak menyiang dia tu satu keje oii, segala macam parang dan kapak Sis ko keluarkan hahaha.. nasib baik ada pengetuk ikan tu, kalau tak anak lesung Sis juga jadi mangsa, tu yang sampai terbelah dua batu lesung Sis hahahaha... 

Yaaa Sis tau Suami suka memancing, so segala peralatan untuk menyiang termasuk pisau, parang, papan, pengetuk, alat buang sirip dan apa je laaa, semua Sis ada dan siapkan.. senang kerja nak menyiang dan memotong. 

Kalau saiz sedang-sedang, Sis nyiang sendiri pun okay jerr, tapi kalau saiz beso gilerr, memang idok leee.. kenalah Suami bantu.. buat sorang kang, ada hancur ikan tu Sis kejekan.. 


Tapi kali ni Suami kata puashati mancing, sebab dia dapat ikan idaman dia tu Kerapu Bara dan juga Ikan Pari (Gambar bersama ikan pari agak seksi pulak tunjuk) hahahaa.. siap dah pesan dah, katanya, 'Yang ni simpan, ni Ayah punya' hahahahaha.. adeii..

Sis pulak teruja bila Suami kata dia dapat ikan Ketarap tu haaa, sedapnya kalau masak Stim nanti.. sabo yee nak masak kena ikut turn, ikan yang haritu pun belum habis lagi di masak huhuhu.. ni semua tunggu adik-adik buka puasa reramai, so nanti Sis masak dan makan beramai-ramai, barulah best kann.. 

Takpelah, makan ikan hari-hari.. ni laa di katakan rezeki Ramadan.. ada masa balik tangan kosong gak, ada masa, anak-anak ikan aje, dan ada masa, haaaa muai laaa ikannya dapat.. nasib kann.. tu pun dah Sis dan Suami bagi kengkawan dan jiran gak tu.. alhamdulilah.. 

Apa-apa pun, janji Suami happy ye udah.. so Sis ko pun tak stress nak staycation ke apa ke.. kang hati risau dan serba salah pulak meninggalkannya di rumah, so bila di ke laut, at least sama-sama laa enjoy and happy dengan hobi memasing.. tak gitu Suamiku hehehehe.. 

Asam pedas, ooooo asam pedas, asam pedas hahahaha.. 


P/S: Ni pun pagi tadi katanya nak pi mancing lagi minggu ni, adoii haiiii... lama-lama boleh bukak kedai ikan Sis ko ni.. 

5 comments:

  1. Cubalah pelbagaikan menu asam tu
    Buat asam rebus ke, asam manis ke, asam masin ke, asam boi ke

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Nikmat Sis dapat masak Dan makan ikan fresh

    ReplyDelete
  3. perghhh besar nya weiii ikan abg sabar pegang tu...
    ikan apa tu weii???
    alolo terigt kat rumah lama ko, klu dpt ni dah gi hantor kedai je soh masak kan...
    sedap nyaaa!!!

    ReplyDelete
  4. aeronoknya memancing ikan, bole buat asam pedas ya hehe

    ReplyDelete
  5. Huiii...banyaknyaa...memang jimat belanja ni..x yah dah beli ikan lain

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.