SAMBAL TEMPOYAK PETAI BILIS (POYOK) FAZZY'S MEMANG SEDAP GILER!


SAMBAL TEMPOYAK PETAI BILIS (POYOK) FAZZY'S MEMANG SEDAP GILER! | Serius, memang sedap gilerr Sambal Tempoyak Petai Bilis atau Poyok si Fazzy's ni.. walau harganya agak mahal RM25 sebotol tu, tapi bila dah cuba dan makannya, sangat puashati.. 

Lagi satu, bahaya ko, sekali ceduk sesudu, memang akan bersudu lee kemudiannya ko ceduk hahahaha.. tapi siapa Fazzy's ek? Hahahah entah laaa, dah nama kat botol tu Fazzy's tu, mybe founder dia leee kan... tapi lelaki ke perempuan ek? Oii yang ko sibuk dengan namanya kenapa, orang suruh fokus pada Sambal Poyok tu oii.. hahahaha..

Korang pandai tak makan Sambal Tempoyak?.. 

Sambal Tempoyak Petai Bilik (POYOK) Fazzy's Memang Sedap Giler

Sambal Tempoyak Petai Bilik (POYOK) Fazzy's Memang Sedap Giler

Sejujurnya, agak lama juga tidak berasap dapur merah Sis tu.. bukanlah terus tak berasap, adaaa, cuma lama tak masak ikut anak tekak... ye laa tuan rumah sibuk dengan #BuffetRamadhan manjang, so bila tanya anak dan Suami, memasing semua taknak makan. Katanya 'diet', ceh... diet le konon, so Emak ko je laa ekk yang tak reti diet ek? Hampeh..

Dan semalam, dalam keadaan tidak berapa sihat pun, Sis gagahkan diri juga keluarkan ikan hasil pancingan Suami, dan bila col Suami nak masak apa ikannya, katanya 'masak kari', ermmm okaylah kita masak kari, ikutkan hati, nak masak asam pedas hahahaha.. 

Tapi alhamdulilah, dalam pada tidak berapa sihat, sedap pulak kari yang Sis ko masak semalam, berselera makan, pulak tu makan dengan Sambal POYOK tu haa, bertambahlah seleranya oiii... nikmat tak terkata... 

Sambal Tempoyak Petai Bilik (POYOK) Fazzy's Memang Sedap Giler

Sambal Tempoyak Petai Bilik (POYOK) Fazzy's Memang Sedap Giler

Nasib baik Sis ko ni tahan dugaan, tidak menambah nasi yaa, kalau ikut nafsu usus, memang dah menambah sesenduk lagi adeii.. lepas ni kena sorok Sambal POYOK ni, bahayaa buat diri Sis ko hahahaha.. 

Memang sedap gilerr Sambal Tempoyak dia, cukup rasa tempoyak, walau petainya macam celah taik gigi, yang penting rasa tempoyak tu haaa, powerr beb.. patutlah viral ekk sambal Fazzy's ni.. dan harga mahal pun orang tak heran, sebab sedap sangat... 

Lepas ni boleh beli lagi, simpan buat stok puasa nanti..tapi tak boleh makan time Sahur, bahaya kang kalau sendawa, ada keluar rasa tempoyak hahahahaha.. 

Kari Ikan Sis pulak sedap kemain (puji diri sendiri), ikan apa entah, lupa tanya Suami, anak dan Suami balik kerja malam semalam pun makan menambah nasi.. dan pagi ni pun Suami minta panaskan dan dia bawa bekal, alhamdulilah.. 

Korang kalau nak mencubanya, Sambal POYOK laa, bukan Kari Ikan... boleh ke facebook Poyok Viral_HQ ni yaa.. cubalah, pasti tak menyesal punya.. *ini bukan iklan berbayar ya.. ni review ikhlas dari Sis.. 


P/S: Alhamdulilah, dalam sakit-sakit pun, selera tetap ada.. 

8 comments:

  1. Replies
    1. Yeee memang sedap Cik Nor.. sedap sangat..

      Delete
  2. Replies
    1. Hahaha iyee peluh menambah nasinya hahaha

      Delete
  3. Pernah rasa masa kt hostel. Kawan n9 yg bawa balik perghhh sedap sgt. Terus in love

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan, fallin n love with this sambal Ena oii,.. siap dah beli buat stok..

      Delete
  4. tak pernah makan sambal tempoyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cubalah, sekali cuba, kang mau bertambah nasi hahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.