RESEPI KEK BATIK RANGUP YANG SEDAP


RESEPI KEK BATIK RANGUP YANG SEDAP | Dah banyak Sis ni mencuba dan makan Kek Batik ni, baik versi R (Rangup) atau pun versi M (Moist).. tapi kalau ko memang R (Rajin), so memang berbalilah ko buat je sendiri Kek Batik ko, tapi kalau ko jenis M (malas), makanya ko beli je le dah siap hahahaha.. 

Semalam, time anak Sis balik kerja lepas delivered X50 dia, tiba-tiba Sis dari atas ni duk dengarlah apa ke bondo bising nau kat dapur tu, jerit tanya anak, dia kata 'Makan'.. ye laaa... tapi pelik, apa makan bising nau sampai bunyi periuk dan bau kuat nau sampai ke atas ni. Sis malas nak turun bior je lerr.. 

Sampailah ke malam harinya buat tak kisah.. dan sebelum tido, Sis bukalah peti ais, then ternampak bekas loyang berkatup dengan pinggan makan. Apo bendo pulak tuuu... 

Bila Sis bukak... oooo kesahnyaa si Yana buat Kek Batik rupanya, patutlah bau macam mentega jee tadi, tapi malas nak tanya banyak, Sis diamkan jee.. lagipun dia takde pulak cakap nak buat Kek Batik..

Resepi Kek Batik Rangup Dan Sedap

Tu diaaa sekali dah potong dan makan... memang nampak sedap dan kemanisan betul bagi seorang Sis Lin ni oiii hahahaha.. macam tak sanggup Sis ko nak telan, sayang dek sebab malam semalam tu dah berus GiGi hahahaha.. tapi nak juga rasa, bedal gakk 3 ketui.. kekekeke..

Kek Batik ni kalau yang pernah buat atau makan, memang ada dua versi macam Sis cakap tu, ada versi Rangup dan juga versi Moist, ala moist tu lembut macam ko makan kek.. tapi anak-anak dan adik-adik Sis lebih suka versi Rangup gini.. 

Resepi pun anak minta dan ikut resepi dari adik Sis MamaDD tu.. memang kalau nak makan Kek Batik, ini lah resepi yang memang kami adik-badik buat.. Korang nak cuba? Sis sertakan resepinya di bawah ini okay.. 

Resepi Kek Batik Rangup Dan Sedap

Resepi Kek Batik Rangup Dan Sedap

Resepi Kek Batik Rangup
  • Butter 1 buku
  • Susu pekat 1/2 tin *ikut kemanisan korang
  • Milo paket kecik 450gm tu atau dua cawan
  • Biskut marie 1 paket

Cara memasak: 
1. Cairkan butter diatas api perlahan.
2. Masukkan susu pekat dan gaul laju-laju.
3. Masukkan pula milo dan kacau sehingga sebati. Tutup api biarkan 1-2 minit.
4. Susun 1 lapisan biskut yang telah di pecah-pecahkan didalam loyang. 
5. Letakkan lapisan cairan coklat diatas biskut. Pastikan semua biskut dilitupi coklat.
6. Ulang proses meletakkan biskut dan kemudian coklat sehingga habis. 

Tapi kalau ko tak rajin... 

Resepi Kek Batik Rangup Dan Sedap

.....haaa ko bolehlah beli dah siap gini, tapi versi Moist laa, tak rangup.. kalau makan tu, macam rasa makan kek milo jerr, haaa gituu... ni pun banyak dah jual, yang ni Sis beli di Kilang Kerepek Ubi Pedas Laman Labis sana.. dah macam-macam jenis biskut raya dan kerepek dah di jual.. ko pergi le memborong.. 

Boleh tengok di Facebook Pages Sis di Aku Sis Lin ni, banyak gambar biskut dan kerepek dah Sis upload. Alamatnya pun ada sekali.. puashati oiii... banyak pilihan.. harga pun murah.. 

Tapi kalau rajin, silalah membuatnya sendiri, pun puashati makan seloyang heheheh.. 


P/S: Malam ni dah start laa nak masak menu Sahur.. dah ada permintaan menu dah ni..

8 comments:

  1. dah ada menu permintaan senang, takyah nak fikir dah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr Atie, senang nak siapkan bahan dan masak..

      Delete
  2. sedap tu..lama tk buat kek batik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Mama, ni anak rajin dia buatlah tu..

      Delete
  3. Replies
    1. Uiii tak dannn le Wak nak membuatnya hahaha

      Delete
  4. ooo aku suka versi macam kek..lembut gitu..entah ek, sebab dari kecik kot mak buat gitu..bila jumpa yang rangup rasa pelik..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo aku suka, suka moist-moist gituu...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.