HARI KETUJUH BERBUKA PUASA ADIK BAGI RENDANG AYAM HUTAN


HARI KETUJUH BERBUKA PUASA ADIK BAGI RENDANG AYAM HUTAN | Sekejap dah seminggu yaa kita berpuasa, masa begitu cepat berlalu. Ada yang dah buat kuih raya ke haa? Atau dah beli baju raya? Kalau Sis.. buat biskut tu rasanya akhir-akhir puasa kot, sebab anak yang sibuk nak membuat, tapi kalau kata baju raya, sebelum pose lagi Suami dah belikan hahahaha.. awal tak awal kannn...

Tapi baru beli sepasang aja, Suami kata tunggu nanti tengok tempat lain, haritu jalan ke Kota Tinggi aje, Suami ternampak lawa, tu yang dia belikan.. padahal baju raya Sis tahun lepas ada 3 pasang oii tak pakai lagi hehehe.. ini tahun kita kasi pakai semua, walaupun raya kat rumah aje hahaha.. 

Ikutkan semalam posting ni Sis post, tapi sebab bizi sangat, so tunda aje la ke harini.. Menu berbuka puasa hari ketujuh Sis, selain Sis masak Asam Pedas Ikan Mayong yang hasil dari Suami memancing tu, adik Sis juga ada hantar makanan.. 

Rendang Ayam Hutan

Adik ipar ada ke hutan menangkap ayam hutan, so adik Sis masak Rendang Ayam Hutan, dan anaknya hantar ke rumah Sis. Sebab adik dia tau Suami yang suka makan ayam hutan ni. Bukan kata ayam hutan je, ayam kampung, ayam tua ke, semua Suami suka, katanya sedap tang liat-liat tu hehehe.. 

Anak-anak adik Sis pulak tak makan, tu yang di hantarnya sini separuh bila dah siap masak ke Sis.. dan Sis balasnya dengan bagi menu Kari Ikan hahahaha.. 

Kemudian dah petang sikit, jiran Sis,Nas tu hantar pulak Spageti Bolognese sebekas, alhamdulilah rezeki sangat hari ketujuh berpuasa.. Sis balas dengan memberi Nas tu 3 ke 4 ekor ikan Mayong sederhana tu. Jadilah kan kita berkongsi rezeki..

Spageti Bolognese

Adik Sis tu memang Sis tak bagi ikan Mayongnya dulu, sebab Sis nak masak dan hantar yang dah siap masak.. so kenalah tunggu Ayyom free ya.. dalam minggu ni Ayyom memang bizi sikit.. adeiii.. 

Nanti Sis dah free, nak ajak adik-adik semua berbuka di rumah then nak masakkannya lauk-pauk sedap-sedap, terutamanya Asam Pedas Ikan Mayong. Mesti mereka suka.. InsyaAllah moga Allah sihatkan Sis, dan permudahkanlah semua urusan Sis, dapatlah Sis beri masa dan luangkan masa bersama keluarga dan adik-adik dengan lebih ceria dan bahagia.. 

Emak pun dah takde, so Sis sebagai anak dan kakak yang sulung, Sis bertanggungjawab untuk membahagiakan adik-adik dan merapatkan kami semua agar kasih sayang kami ni tak 'pupus' tanpa sedar.. lagi sekarang ni sekejap PKP sekejap PKPB, jarak dan keadaan banyak menjauhkan silaturrahim, so selagi mana yang ada depan mata, kita hargai mereka.. betul tak?..

Okaylah pagi ni sesudah Subuh dah online, now nak kemas-kemas rumah nak packing, then banyak urusan nak di settlekan.. kalau ada yang wahtsapp Sis, Sis lambat reply, maaf sesangat, bizi sikit.. Korang jaga diri dan jaga kesihatan ya.. 

Jumpa nanti.. 


P/S: Harap-harap harini dapatlah makan Tepung Pelita huhuhu.. teringin sangat laaaa..

2 comments:

  1. sedapnya kak rendang ayam hutan... payah nk jumpa tu
    seronok bila dapat juadaah berbuka dari jiran, pastu kita dapat pulak membalas...

    ReplyDelete
  2. lama bebeno tak makan ayam hutan..Family kita tak pandai nak makan ayam hutan ni..mybe sebab mak tak ajar makan dari kecik

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.