DATANG MOOD AKU NAK BERINAI LA PULAK


DATANG MOOD AKU NAK BERINAI LA PULAK | Hahaha lawakk, sampai kena gelak dek Suami bila nengok inai merah di jari Bininya ni kekeke.. tapi nasib baik tak kena bebel.. Suami tu gelak bukan apa, cuma dia pelik, tak pernah-pernah Sis ko nak berinai, ini kali mimpi apa pulak nak pakai inai ekk.. terus Suami kata kat anak; 'Ni tak lain Mak ko nengok Neelofa le ni' hahahahaha.. 

Etntah sendiri pun tak tau kenapa datang mood nak berinai pulak, padahal kalau tak ye ye, Sis orangnya agak 'geli' nengok inai merah di jari hahahaha.. tapi malam tadi balik dari berbuka puasa bersama anak-anak istimewa tu, Sis ko boleh plak duduk berinai sambil melayan Suami nengok tv.

Dan memang ada gak betulnya, sebab dek tengok IGs Lofar le ni TERbeli.. Lofar ada share pasal Inai Jari ni lerr, tu yang Sis ko duk gatai beli kat Shopee hehehehe.. paham aje ekk Suami aku muehehehe..

Tapi serius arr, memang lawa giler inainya dan paling best, senang giler nak pakai, macam pakai 'kuitik' tu haa, ko calit-calit jeee kat jari guna berus, then automatik warna merahnya serap ke dalam kulit dan kuku... teruja gilerr Sis ko nengok bila nampak merah dia tu merah betul hitam, bukan merah oren hehehe.. 


Haaa tengokkk... meriahkan warna inainyaa, hehehehe betul merah darah hitam tu, bukan merah oren yang biasa kita pakai tu haaa.. yerr biasa kalau anak beli inai, kalau kering aje, kemudian di cuci, mesti warna merah oren, bukan merah hitam.. 

Tu yang bila Lofar share kat IGs dia pakai Inai Jari ni, terus Sis ko gedikk pi mencarinyaa hehehehe..nampak tak pengaruh sangat kann dengan retis ni kekekeke.. 

Harga pun tak mahal, now tengah ada sale, beli dua siap dapat free add-on combo Inai Serbuknya.. berbaloi lee membeli.. 


Kalau korang jenis suka pakai serbuk, haa belilah jenis serbuk.. kalau jenis malas macam Sis ni, haa beli je jenis guna berus gini.. Tapi bagai Sis kata tadi, sekarang seller ni tengah buat sale, so korang beli combo Beli 1 FREE 3 item (FREE 1 botol inai kuku berus tu + FREE 2 pek inai serbuk).. haaa berbaloi kan?...

Harganya lagi korang terkejut.. sebotol tu hanya RM9.90 hahahahaha.. then korang dapatlah free semua yang di atas tu aaa.. dalam gambar tu sebab Sis beli 2 botol, so gandakan aje laa inai free yang dia bagi hehehee.. 

Lagi satu inai ni tahan lama hampir 6 bulan kalau korang simpan elok dalam peti ais.. so bolehlah nanti Sis guna time anak nak kawin nanti, opsss... hahahahaha.. alaaa buat topup-topup je laa nanti.. agak dah kurang merahnya, Sis ko calit laa kan, pakai sampai meluat hehehe..

So korang yang nak beli boleh laaa cari di Shopee sellernya nama 'jaricantik'.. gituhhhh.. 

Okaylah, selamat berinai-inai hahahaha.. 


P/S: Tengah fikir nak berbuka puasa apa hari kelima ni ek....ermmmmm

5 comments:

  1. eh nakkkkk!! aku suka pakai inai!!

    ReplyDelete
  2. alamak, ako suka merah oren hehehe...
    merah hitam ni ako seriau lak tgk macam darah hhehe

    ReplyDelete
  3. Cantik la kaler dia sis....memang merah betul tu...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.