HARI INI 16 APRIL BIRTHDAY ANAK BUJANG AKU


HARI INI 16 APRIL BIRTHDAY ANAK BUJANG AKU | 'Happy Birthday Amat'... macam biasa Emaknya laa nak jadi orang pertama wish birthday dia tepat jam 12am hehehe.. sampai tersengguk nak tidur pun tahan juga matanya.. nasib baik Suami pun belum tidur, so menunggulah kami berdua.. 

Kalau boleh harini Sis nak ke Politeknik Mersing, nak hantarkannya sebiji kek dan belikan dia surprise apa-apa ke, tapi dek sebab now dia tengah 'kuarantin' di sana, so Mak Bapak tidak di benarkan datang menjenguk huhuhu.. sedihnya lahaiii birthday anak takde kek.. 

Tapi kalau dah nama anak jantan kan, apa dia kesah, takde kek pun takpe, janji katanya; 'Cakap kat Ayah, jangan lupa hadiah Amat' hahahaha.. kemain pesanan ringkasnya ekkk.. tahun ni entah apa laa yang Ayahnya janji nak bagi tu.. yang setahu Sis, Ayahnya nak repair keretanya tu dan tukarkan 'sport rim', tapi entah lee kalau ada 'ketam di sebalik' dua beranak ni yang Sis tak tau.. ermmmm..

Hari Ini  16 APRIL Birthday Anak Bujang Aku

Puas membelek handphone cari gambar dia sengsorang, memang idok le ada hahahaha... susah nak bergambar si anak bujang ni kalau tak iye iyee, macam Ayahnya.. bukan senang nak tengok dia berOOTD macam Kakak-kakaknya hahahaha.. kalau ada pun haaa tuu lee, gambo sipi-sipi hahahaha... 

Jadi lerr janji ado, malas nak korek gambar lama.. lagipun Amat dah pesan, 'Mak jangan masuk gambar bebukan ekk' kakakakakakakah....

Apa-apa pun HAPPY BIRTHDAY ANAK MAK yang ke 21 tahun.. 

Mak, Ayah dan kakak-kakak mendoakan moga Amat berjaya dalam apa jua yang Amat ceburi dan dipermudahkan semua urusan baik di dubia mahupun di akhirat, sihat, ceria, bahagia dan menjadi anak yang Soleh.. Solat jangan tinggal tau Amat.. jadi anak dan orang yang berguna di mata Allah.. aamiinn..

Nanti insyaAllah bertabah dulu dengan peraturan SOP sekarang, nanti semuanya okay, balik JB, kita raikan birthday Amat okkay.. stay cool.. 


P/S: Kejap rasa anak-anak membesar... Mak pun makin tua dah ni hahahaha.. 

4 comments:

  1. Happy Birthday Amat.
    Selamat berpuasa untuk keluarga

    ReplyDelete
  2. Dah besar ye anak sis..Happy birthday Amat :) Semoga bahagia dunia & akhirat, Aaminnn.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, dah 21 tahun...da bole daftar mengundi..hahahahhaa!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.