KAMBING KUZI BUFFET RAMADHAN DI IMPIANA HOTEL SENAI JADI TUMPUAN AKU


KAMBING KUZI BUFFET RAMADHAN DI IMPIANA HOTEL SENAI JADI TUMPUAN AKU | Amacam korang? Sepanjang dah Sis kongsikan sana sini #BuffetRamadhan tu, ada dah jadi pilihan korang ke? Atau korang dah tak tau nak pilih yang mana? Hehehe yee Sis faham, banyakkan pilihan tahun ni kan? Tu pun ada gak certain yang tak dapat Sis pergi dan kongsi dengan korang. Tapi yang ado ni pun dah kira okay dah bagi Sis. Pepandai le korang buat pilihan ya.. 

Dan harini pulak Sis nak kongsikan dengan korang Buffet Ramadhan di Impiana Hotel Senai pula. Yaa mungkin korang agak tak berapa familiar dengan nama Hotel tu, sebab ianya berada luar dari kawasan Johor Bahru. Yup di Senai, jalan menuju ke Airport Senai. Kalau yang tinggal di sana, maybe tau laa, sebab Hotelnya betul di tepi jalan besar. 

Untuk tahun ini Impiana Hotel Senai akan mengadakan Buffet Ramadhan bertemakan 'Muhibbah Buffet' yang akan berlangsung di The Tiffin restoran makan mereka di aras Lobby. Ini kali kedua Sis datang makan di The Tiffin Impiana Hotel Senai ni, dan ternyata memang menu-menu dia tidak pernah mengecewakan. 

Jom tengok menu apa yang menarik dalam Muhibbah Buffet sepanjang Ramadhan nanti..

Kambing Kuzi Buffet Ramadhan Di Impiana Hotel Senai Jadi Tumpuan Aku

Kambing Kuzi Buffet Ramadhan Di Impiana Hotel Senai Jadi Tumpuan Aku

Kambing Kuzi Buffet Ramadhan Di Impiana Hotel Senai Jadi Tumpuan Aku

Di atas ni adalah antara 3 jenis menu 'main course' kesukaan Sis. Dan 3 menu ni laa yang jadi tumpuan Sis ketika melihat dan menceduk makanan. Lebih-lebih lagi Kambing Kuzi tu. Perghh memang tak sangka walau nampak tak berapa nak nampak 'gah' Kambing Kuzinya, tapi rasa dia tu sedap dan isi dagingnya lembut dan rempahnya serap ke dalam isi kambing tu, itu yang penting. 

Dan sewaktu Sis datang, tidak ada Kambing Golek yaa, Kambing Kuzi je ado, tapi ada Ayam Golek ado, pun sama naik juga sedapnya. Dan yang paling 'rare' sekali, Ikan Sambal tu haaa, sebab sekali ko makan, mesti ko rindu masakan Emak ko. Masakan sambalnya macam Mak-Mak kita masak di rumah. Sebab tu Sis kata, kalau makan terus teringat air tangan arwah Emak Sis. 

Kambing Kuzi Buffet Ramadhan Di Impiana Hotel Senai Jadi Tumpuan Aku

Kambing Kuzi Buffet Ramadhan Di Impiana Hotel Senai Jadi Tumpuan Aku

Kambing Kuzi Buffet Ramadhan Di Impiana Hotel Senai Jadi Tumpuan Aku

Selain itu, ada juga, Daging Panggang Bumbu, Roasted Whole Lamb, Satay, Ayam Pasu, Sup Gear Box, Asam Pedas Ikan/Ayam, Murtabak, Bubur Lambuk, Putu Piring, Tom Yam Seafood, Spageti Alio Olio, Rojak, dan banyak lagi.

Lebih dari 100 menu aneka rasa yang akan di hidangkan sepanjang Ramadhan. Dan menu mereka juga akan bertukar setiap hari sepanjang Ramadhan. So kalau korang datang, jangan marah pulak kalau nanti menunya tak sama macam yang Sis kongsi ni yaa.. Mungkin masa korang datang, lagi sedap menunya nanti.. 

Memang banyak pilihan menu yang ada, kalau korang tak suka makan Nasi, ada juga pelbagai pilihan Pasta dan Salads untuk korang nikmati. Bubur Pulut Hitam ada, Bubur Sago ada, aneka jenis Mee dari kuali panas pun ada. So jangan risau ya. 

Kambing Kuzi Buffet Ramadhan Di Impiana Hotel Senai Jadi Tumpuan Aku

Kambing Kuzi Buffet Ramadhan Di Impiana Hotel Senai Jadi Tumpuan Aku

Untuk pencuci mulut, walau pada Sis tidaklah berapa nak 'ada' sangat, tapi at least apa yang di hidangkan tetap menepati citarasa dan semuanya sedap. Ala kalau hidang bebanyak pun, bukan ko makan snagat pun kan, lagi membazir ada.. so makan aje laa apa yang ado ekk..

Minuman pun macam biasa, ada sejuk ada panas., dan korang jangan lupa nikmati Teh Tarik dia, power habis, Sis suka.. tak tau le tekak orang lain yaa.. Ais Kacang dan aneka pilihan aiskrim pun ada. Dan mungkin juga nanti sepanjang Ramadhan akan ada aneka puding dan Kuih-Muih Tradisional akan di hidangkan. 

Kambing Kuzi Buffet Ramadhan Di Impiana Hotel Senai Jadi Tumpuan Aku

Kambing Kuzi Buffet Ramadhan Di Impiana Hotel Senai Jadi Tumpuan Aku

Kambing Kuzi Buffet Ramadhan Di Impiana Hotel Senai Jadi Tumpuan Aku

Bagi Sis cukup berbaloilah kalau makan berbuka puasa di sini, harga pun tidaklah berapa nak mahal dan menunya pun menepati citarasa semua orang. Bagi yang stay berdekatan, boleh sangatlah nak berbuka puasa di sini bawa family. Surau pun selesa. Ye laa kalau nak ke area bandar sana, dah jauh satu hal, nak hadap jem pergi baliknya satu hal..

Haa kalau korang nak tengok LEBIH BANYAK LAGI GAMBAR, korang boleh pergi ke Facebook Pages AKU SIS LIN ni, dan lihat lebih banyak gambar menu yang Sis update ya. 

Untuk pembelian 'Early Bird', jika korang beli sebelum 13 April 2021, korang akan dapat FREE 1, TAPI jika korang membeli 5 baucer (Buy 5 FREE 1). So cepat, beli dan tempah meja korang sekarang! 

Muhibbah Buffet
Bermula 15 April - 10 May 2021 
Harga RM98nett Dewasa
Dan RM48nett Kanak-Kanak (6-12 tahun)

Dari Jam 6.30pm - 10pm
Bertempat di The Tiffin Impiana Hotel Senai (aras Lobby)
Alamat : Jalan Impiana Senai Utama 2, 
Taman Impian Senai, 81400 Senai Johor 

Untuk tempahan, hubungi: 
Tel : 07-5958899
Website : info.ihs@impiana.com 


P/S: Buat masa ni, FREE parking yaa, dun wuri.. 

12 comments:

  1. Cantiknya gambar2 sis lin. Untung dapat makan kat sini sebab macam2 hidangan yang menyelerakan disediakan. Orang Johor boleh la berbuka kat sini.

    ReplyDelete
  2. Wahhh The Tiffin ker nama tempatnya ? Macam nama blog CMG jer , adakah CMG pemiliknya ? jeng jeng . Walaupun saya tak tahu masakan kuzi tu macamana tapi yang penting saya percaya sis bila sis kata sedap macam masakan omak, maka dah jamin sedap.

    ReplyDelete
  3. terliur ye tengok! kite pun dah lama tak pergi impiana. kalau tak silap yang KL dorang takde buat media preview klau ada merasa lah pergi. khai pun x silap last 5 tahun leps kot gi

    ReplyDelete
  4. dalam banyak2 food tu kek comel tu buat terliur haha. nasib lahhhh jauh

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaaaa smua makanan ... now tgh malam mmg time time lapo

    ReplyDelete
  6. Wahh hari2 makan buffet Ramadhan review ya. Nak tau dalamm byk2 menu tetiba ngidam kembong sambal tu...hehe. skrg kita dah lama tak masak.

    ReplyDelete
  7. Rindu nak buka posa kat hotel. Suasana tu meriah sebab kita bukan sorang. Macam buka dalam satu keluarga yang sangat besar. Tambah bila tengok banyak menu .. fuhhh bertambah selera nak buka posa . Memang plan nak bawak anak² buka posa kat hotel this year

    ReplyDelete
  8. wow meriah tengok gambar makanan dia..kalau ade kambing sure ramai orang datang ni lagipun tahun lepas semua xdpt berbuffet ramadhan kan ..tahun ni boleh la berbuffet ramadhan :)

    ReplyDelete
  9. Mmg nampak sedap betul hidangan kuzi kat sini. penambah selera time berbuka nanti

    ReplyDelete
  10. Ni pun hotel yang I tak pernah cuba try test for Ramadan buffet lagi.. looks yummy ye.. pejam celik, esok dah bermula dah buffet Ramadan yang dinanti2kan..

    ReplyDelete
  11. Impiana Hotel KL ada durian kakk. Hahahhaa. Saje buat geram. Memang buffet ramadan Impiana best. Selesa. SOP ketat dan masakan chef marvelous uols.

    ReplyDelete
  12. Makanan banyak dan semua sedap sedap belaka hehehe bestnya bile nak pergi sana berbuka kat sana baru ada classs hehehehehe jom belanja kita..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.