DOA BUAT KAPAL SELAM NANGGALA 402


DOA BUAT KAPAL SELAM NANGGALA 402 | Allahuakbar, hati diruntun hiba ketika mendengar perkhabaran ini. Saudara serumpun kita di Indonesia sedang berduka. Berita kehilangan kapal selam Nanggala 402, ditambah pula dengan keadaan 53 orang anak kapal yang tak diketahui. Allah sedang mendidik kita semua untuk kembali padaNya. 

InnalilahiwainnailaihiRaajiun. 

uat masa kini, menurut laporan kapal selam mereka telah kehabisan gas oksigen dan mungkin tiada harapan untuk anak kapal selamat, kecuali berlakunya keajaiban luar biasa. 

"Ya Allah, Jika bukan pelabuhan tempat kembali mereka, jadikanlah Syurgamu sebaik-baik tempat kembali buat mereka dan kami jua, permudahkanlah urusan mereka ya Allah".

Sungguh sahabat, dalam keadaan getir ini, mari sama-sama panjatkan doa buat mereka, juga seluruh saudara kita di Indonesia, khususnya buat ahli keluarga anak kapal. Manfaatkan bulan Ramadan sebagai bulan di mana Allah memustajabkan doa dan permintaan kita.

Daripada Anas bin Malik, dia berkata, “Nabi Muhammad SAW ketika mendapat masalah yang berat, beliau membaca:

 يَا حَىُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ

Maksudnya: ”Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri dan tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan).”
(HR. Tirmidzi)

Di dalam hadis lain, Ibnu Abbas r.a. berkata, ketika Rasulullah SAW mengalami kesulitan baginda membaca doa:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Maksudnya: "Tiada sembahan yang hak selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Penyantun. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan Penguasa arsy yang agung. Tiada sembahan yang hak selain Allah, Tuhan langit dan bumi serta Tuhan arasy yang mulia."
(HR Muslim)

Sumber : Ustazah ASMA' BINTI HARUN

Pray For Nanggala 402

Pray For Nanggala 402

Sumber terkini Astro Awani :

Kapal Selam milik Indonesia, KRI Nanggala 402 dipercayai kini dalam fasa tenggelam susulan penemuan beberapa barangan dipercayai daripada kapal selam itu termasuk kesan tumpahan minyak.

Menurut Panglima Tentera Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto, ia ditemui di permukaan sekitar kawasan pencarian.

"Pagi tadi, merupakan tempoh terakhir bekalan oksigen di Nanggala selama 72 jam.

"Angkatan Laut (AL) TNI menemukan tumpahan minyak dan serpihan sebagai bukti kukuh menunjukkan KRI Nanggala dalam fasa tenggelam," jelasnya dalam sidang media di Bali pada Sabtu.



P/S: Allahuakbar... Aaamiinn Yaa Rabbal Alaminn.. 

4 comments:

  1. Kita yang dengar ni pun rasa hiba sangat-sangat. Apatah lagi ahli keluarga anak kapal. Dibulan Ramadan. SubhanaAllah. Semoga ini menjadi syahid dan diberi ganjaran besar untuk ahli keluarga kerana sabar menerima ujian. Kita sama-sama doakan.

    ReplyDelete
  2. Salam takziah buat keluarga mangsa

    ReplyDelete
  3. malam tadi da ada berita lokasi kapalnya dijumpai kan..sedih aku tengok video2 untuk #nanggala402 kat tiktok..sedih bila fikir diorang memang takde jalan lain selain hanya duduk dalam tu menunggu nyawa ditarik...Allahu...mati syahid untuk mereka...

    ReplyDelete
  4. Allahu... Salam takziah kepada keluarga mereka. Tak sanggup tengok video yang tular pasal mereka.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.