GIVEAWAY SAMPUL RAYA HIPSTER


GIVEAWAY SAMPUL RAYA HIPSTER | Pertama kali dengar ada sampul raya hipster, Sis ko ingat makanan aje hipster, kesahnya sampul raya pun ada hipster ek? Hehehehe.. Tapi sebelum tu nak tanya korang dulu, korang tau apa itu hipster? Kang main sebut je, tapi tak tau apa itu hipster...hehehehe..

Untuk pengetahuan korang dan juga Sis yang baru nak tau ni, hipster bukan satu trend tapi counter-culture movement. Mereka-mereka ni yang 'hipster' ada ideologi dan falsafah tersendiri. 

“Hipsterism” is a state of mind,it is also often intertwined with distinct fashion sensibilities.

Atau dari pemahaman Sis sendiri, hipster adalah ‘urban bohemian‘. Mereka menjalani gaya kehidupan alternatif yang lain daripada kebiasaan. Kira senang cakap 'luar biasa' laaa.. Begitu jugalah dengan blogger nan seorang ni, siapa lagi kalau bukan blogger Azhafizah ni.

Korang kalau follow media sosial dia semua, jari tangan dia dan idea dia memang luar biasa, so Sis kategorikan dia sebagai hipster girls hahahaha.. 

Sis pernah buat tempahan header blog dengannya, memang sangat puashati hasil kerjanya. Dia dapat baca apa yang kita inginkan.. Korang kalau nak tempah header blog dengannya, silakanlah.. 

Giveaway  Sampul Raya Hipster

Dan kali ini, dia buat plak Giveaway Sampul Raya Hipster pulak.. design dia semua cecantikk ko, ada gak yang Sis kenan, tapi sebab sampul raya kat rumah ni melambakkkk, so next time laa order dengan Fizah ni..

Tapi mana le tau kan, kot ada rezeki, boleh menang free je sampul raya ni kannn.. rezeki kita, mana tau kaannnn...

So korang kalau nak join Giveaway Sampul Raya Hipster ni mudah aje.. Sila ikuti langkah-langkah seperti di bawah ini.. 

Giveaway  Sampul Raya Hipster

Syarat mudah : 
1. Buat satu entry bertajuk : Giveaway  Sampul Raya Hipster
2. Letakkan banner dan backlink kan kepada link entry ini
3. Publish entry dan letakkan link penyertaaan blog dalam entry ini.

Okay, syarat dia mudah je. Untuk blogger yang jaga content blog, bolehlah menulis panjang lebar dalam entry ikut suka berkaitan dengan raya.

Hadiah untuk pemenang Giveaway Sampul Raya Hipster

Hadiah pertama
50 pcs Sampul duit raya hipster

Hadiah kedua
40 pcs sampul duit raya hipster

Hadiah ketiga
30 pcs sampul duit raya hipster

Lumayan hadiahnya kan.. Giveaway bermula 5 April 2021 sehingga 12 April 2021. Phewww nasib baik ingat dan sempat join ni hehehe harap belum tutup penyertaan lagi kan.. 

Okay done.. 
Good Luck buat korang semua .. 


P/S: Alhamdulilah, harini bertambah SIHAT... :) 

6 comments:

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.