HEADER BLOG TERBARU DESIGN BY AZHAFIZAH GRAPHIC


HEADER BLOG TERBARU DESIGN BY AZHAFIZAH GRAPHIC | Amacam, sweet tak header baru blog www.sislin76.com tu. Siapa kata tak lawa, citarasa kita memang berbeza hehehe. Bagi Sis bila dapat aje design siap dari Azhafizah Graphic ni, perrrghh terus suka terbuntar mata Sis. Sebabnya ada rerama purple ko hahaha.

Kalau sebelum ni template blog, watermark dan design blog semua Sis serah pada Cik Sun, tapi untuk kali ni kita tukar selera sakura sikit. Bukannya apa, entah macam mana, masuk aje blog Sihatimerahjambu azhafizah.com tadi malam, terpandang header blog dia, dan Sis terpikat, padahal sebelum ni dah banyak kali masuk blogwalking, cuma malam tadi entah apa angin melintas, terpikat & memikat hati sungguh header hahaha. 

Then ada ruangan 'message' di bahagian tepi side bar dia, apalagi, Sis saja le hantar mesej dan bertanya, kotlah dia amik upah buat design header. Ngade-ngade kan nak bermesej situ bagai, padahal boleh aje email ke wahtsapp ke kan hahahaha...


Tak lama kemudian email di balas, dan ternyata iyaaaa, Fizah ada amik upah buat design header hehehe. Yehaaaa..maka berbalas-balas email laa kami untuk bertanya apa yang Sis mahukan. 

Setelah menjawab dan bagitau apa yang Sis mahukan, juga sudah siap buat pembayaran, dengan sekejap aje email lagi sekali terjawab dan Fizah hantar design pertama. Untuk design pertama ni, mata Sis tak berapa nak suka, tapi cantikkkk.. cuma kehendak design yang Sis nak kann tu tak menepati citarasa Sis...terus fikir, alaaa macam mana nak bagi Fizah faham apa yang Sis nak ekkk....

Fikir punya fikir...okay, Sis bagitau Fizah, Sis nak header simple dan macam header Fizah aje. Tulisan berekor-ekor macam design asal header Sis tu, then nak ada rerama terbang seolah melukis tulisan tu..

Kemudian, selepas hantar email tu, Fizah pun dah jawab dan hantar design terbaru malam tadi juga, tapi Sis dah off dan masuk tidur. Sampailah esoknya (harini), Subuh tadi Sis bukak email dan lihat. Terus WOW sukanya Sis!!!! Cantik dan menepati apa yang Sis nakkkkkk...

Yeah!! Akhirnya bertukarlah header blog Sis terbaru tu. Yang bestnya siap pakej, boleh buat watermark sekali. Terima kasih Fizah!!..

Korang yang tak cerewet, kalau nak bertukar header ke atau apa ke, boleh la juga dapatkan servis dari Azhafizah Design ni ya. Boleh email ke azhafizahgraphic@gmail.com 



P/S: Sis ko ni tak cerewet, janji menepati apa yang Sis suka, terus ON ajerr... hehehehe.. kalau Sunah faham sangat perangai Sis hahaha.. 

34 comments:

  1. cantik.. Fiza punya tangan memang ada magic.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, gambar dia blognya pun semua cantikkk

      Delete
  2. Betul kak diana setuju!

    tgn fiza betul2 berseni..servis fiza every year guna utk marketing bznes :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan ramai bersetuju mengenai tu..tu yang cuba amik servis dia, puashati..

      Delete
  3. Wah! Lawa design header yang fiza bt. Kreatip 😘😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bolehlah cuba dengan dia yaaa Shima..

      Delete
  4. Simple tapi cantik..cute sangat.Bila tak cerewet mudah nak bekerjasama kan Sis.Banyak hal atau urusan pun jadi mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa PC, memang nak simple aje, taknak terlalu crowded...boleh buat watermark sekali..

      Delete
  5. nice.. sweet sgt... gambar² di blog fiza pun memang cantik² kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul..kalau nengok gambar dia, kalah photografer profesional hehhehee

      Delete
  6. Ai tak boleh upah orang buat header sebab adakalanya ai cepat bosan dengan heade sendri and nak main tukar2. So pembaziran di situ. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kalau jenis macamtu haaa, baiklah buat sendiri, boleh tukar bila-bila masa je suka kannn...

      Delete
  7. so simple and so neat! suka klu header mcm ni ,,,,, ibarat rama2 tu yg tulis kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kannn... betul.. Atie kalau nak guna servis Fizah, silalah, puashati..

      Delete
  8. apesal kat laptop aku rerama tu kaler pink haaa..saje je kan nak buat bertelagah pasal kaler ni dari dulu sampai bila2 memang takde penyelesaian..ahhahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha mata aku tetap nampak purple hahahaa walaupun anak-anak aku pun kata pink hahahaha

      Delete
  9. suzie pn dulu buat blog header dengan azhafizah..memang puas hati..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo pernah juga yaa.. puashati kann Suzie..

      Delete
  10. Alhamdulillah.sama² kasih.menepati juga akhirnya. Mata fiza kata butterfly tu warna pink. Hihi..Terima kasih banyak² untuk semuanya sis Lin. Semoga bertambah semangat berblogging :)

    Senang deal dengan sis lin. Betul betul betul yang tak cerewet boleh order dan ambil order mana termampu buat masa ni. Terima kasih sekali lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha mata Sis ko juga yang nampak purple Fizah..tak apa janji Sis suka dan puashati..
      Terima kasih Fizah..next time boleh laaa tempah lagi heheheh

      Delete
  11. wah simple dan cantik!!! Fiza memang kreatif!

    ReplyDelete
  12. Ehh, nak jugaklah...sempena masuk tahu baru..ngeeeeheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah, puashati Non, janji ko dapat apa yang ko nak, jangan cerewet hahahaha

      Delete
  13. Simple dan berseni, cantik designnya, kreatif betul !

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.