Header Ads


SELAMAT PAGI AHAD!


SELAMAT PAGI AHAD! | Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua pembaca blog @akusislin tidak kira di mana semua berada. Moga semuanya sihat dan sentiasa dalam rahmat kasih Allah swt. So apa plan korang harini? Bagi warga negeri Johor, sudah tentu laa ada yang bekerja dan juga anak bersekolah, sebab kami di Johor ni cuti umum hanya Jumaat dan Sabtu aja. 

Bagi mereka yang bercuti Sabtu Ahad, sudah semestinya laaa kan harini adalah hari cuti dan rehat korang. Sama jugalah Suami dan anak Sis yang bekerja. Mereka cuti hari Sabtu dan Ahad. So memang hari berehat laa buat mereka. Apalagi, ke-laut lerr Suami tu memancing. Yang anak plak, lepas Subuh meyambung tidur...gitu leee..

Sis pulak, lepas Suami dah gerak memancing, Sis kemas-kemas dapur apa yang patut, then terus haa duduk kat laptop siapkan task mana yang perlu dan terus menaip update blog haa... semalam seharian takde update blog. Dok enjoy staycation 2 hari 1 malam di Suasana All Suites Johor Bahru

Yaaa penginapan singkat Sis bersama anak sulung Sis yang pulang ke Johor sebab PKPB di Selangor tu. Plan asal nak bawa Suami, tapi sebab anak nak sangat ikut, so Suami bagi peluang ler bawa anak Sis, kasi dia release tension sikit dek buat Master dia tu. Alhamdulilah, terima kasih Suami yang memahami.

Selamat Pagi Ahad

Selamat Pagi Ahad

Kisah penginapan di Suasana All Suites Johor Bahru tu nanti kemudian Sis cite ya. Tapi kalau korang nak tengok keadaan bilik Executive Suites mereka yang akan di buka tempahan pada Isnin (Esok), korang boleh ke Facebook Pages @akusislin Sis tu okay. Semua Sis dah upload situ. 

Harini pun Sis ada event Media Preview Lunch. Di mana? Tungguuu...jeng jeng jeng...

Ye lerr, kang semua nak cite tak surprise plak kang, bior le rahsia dulu hehehe.. But apa-apa pun, terima kasih buat semua pengunjung Sis yang singgah membaca pengisian blog Sis ya. Semalam pun walau tak update, PV tetap maintain lebih dari 10k. Alhamdulilah.. 

So bagi yang bercuti-cuti tu, selamat beristerirehat dan juga selamat menjamu selera bersama keluarga. Patuhi SOP dan #StaySafe ya.. 


P/S: Jom buat nasi goreng untuk anak-anak.. :) 

12 comments:

  1. Kita pukul 10 plus malam semalam goreng nasi, Pak Inche sibuk lapar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghhh lewatnyaa...kalau uma kita 10pm ke atas memasing dah layan movie Korea hahahahaha

      Delete
  2. bestnya staycation, at least tukar suasana baru kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeee Atie, sesekali tukar angin stay kat luar..

      Delete
  3. Sekali sekala dapat staycation ni memang dapat segarkan fikiran sekejap. :) selamat berhujung minggu sis Lin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Aien.. bukannya senang nak bercuti walau singkat sekalipun...

      Delete
  4. Cantiknya view.. Teringin pula nak bawa family lepak sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan Faizzah, bawalah, harga pun mampu milik dan semua kemudahan ada..

      Delete
  5. ko ni, kakak tak marah ek upload gambo tu dalam entri ni..hahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Kakak tau, engko le tu yang cakap tu hahahahah

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.