Header Ads


100,000 McCafe ICED LATTED PERCUMA UNTUK RAKYAT MALAYSIA SEMPENA BULAN OKTOBER HARI KOPI ANTARABANGSA


100,000 McCafe ICED LATTED PERCUMA UNTUK RAKYAT MALAYSIA SEMPENA BULAN OKTOBER HARI KOPI ANTARABANGSA | Siapa sini Coffee Lover? Yaa bagi peminat minuman kopi, terutamanya McCafe iced latte di McDonald's jangan lepaskan peluang ini, dapatkannya secara percuma sepanjang bulan Oktober bersempena sambutan Hari Kopi Antarabangsa (International Coffee Day) yang berlangsung pada 1 Oktober lepas. 

Sis sendiri pun sukakannya dan sudah pun dua kali dapatkannya hehehe. Kalau beli siap 2 cawan, satu simpan peti ais. Lagi laa pulak tengah sakit tonsil ni, dapat sedut sejuk-sejuk, memang laaa nikmatnya. So korang bila lagi? Tips nak lebih sedap dan kaw, kalau beli jangan add-on sugar, baru kaww rasa kopinya oii..tapi ianya percuma melalui McDelivery sahaja ya!. 

Eh jap, bukan Iced Latte je percuma, ada lagi kopi percuma, sila baca sampai habis ya hehehe. 

“Rakyat Malaysia gemarkan kopi dan di McCafé, tetamu kami dapat menikmati secawan kopi yang penuh aroma dalam suasana mesra dan selesa di McDonald’s yang mereka kenali dan sukai, pada bila-bila masa. Oleh itu, pada Hari Kopi Antarabangsa ini, kami gembira untuk memperkenalkan beberapa tawaran istimewa selama sebulan kepada pelanggan kami di seluruh negara, di mana mereka berpeluang menikmati tawaran-tawaran eksklusif untuk pelbagai minuman McCafé,” kata Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald's Malaysia

“Bukan itu sahaja, kami juga memudahkan penggemar minuman McCafé untuk menikmati kopi kegemaran mereka melalui kemudahan saluran Pandu-Lalu dan McDelivery. Sejak McCafé pertama kali dilancarkan di Malaysia pada tahun 2012, kami mendapat sokongan padu yang berterusan daripada pelanggan yang sangat menggemari rangkaian kopi berkualiti kami,” tambah Melati.

100,000 McCafé Iced Latte Percuma Untuk Rakyat Malaysia  Pada Bulan Oktober Sempena Hari Kopi Antarabangsa

Kopi McCafé diperbuat 100% daripada biji kopi Arabica yang berkualiti premium, dipanggang sederhana gelap dan baru dikisar. Setiap cawan hanya akan disediakan atas pesanan pelanggan bagi memastikan kesegaran kopi dan mengekalkan aromanya. Kesemua minuman dan pencuci mulut juga mematuhi keselamatan makanan dan standard halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Biji kopi yang digunakan untuk membuat minuman berasaskan espresso di McCafé diperolehi secara lestari daripada pembekal yang disahkan halal.

Minuman McCafé yang disediakan oleh barista yang dilatih secara profesional, ditawarkan dengan nilai hebat dari RM5.99 untuk rakyat Malaysia menikmati kopi espresso yang berkualiti tinggi dan penuh beraroma. 

“Di McDonald's, kami sering memperkenalkan minuman McCafé baru sebagai tambahan kepada rangkaian minuman kami supaya pelanggan dapat mencuba pelbagai jenis kopi berasaskan espresso premium di mana-mana cawangan 296 McCafé di seluruh negara,” kata Melati.

Selain daripada 100,000 Iced Latte percuma, McDonald's Malaysia juga akan menawarkan pelbagai tawaran McCafé sepanjang bulan, termasuk Americano percuma semasa Masa Sarapan di restoran Pandu-Lalu McDonald's dan hanya RM1.99 untuk menebus Iced Latte saiz sederhana melalui aplikasi McDonald's. 

Selain itu, aktiviti pensampelan kopi dan tawaran menarik bagi pelbagai minuman kopi juga akan berlangsung di restoran McDonald’s.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran menarik McCafé sepanjang Oktober, sila layari





4 comments:

  1. yes!!!!!!!!!!!!!!!!!eh tapi serious percuma ? wow

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn ayuh leee kita order McDelivery hahahaha

      Delete
  2. wahhh syok lerr, aku belum dapatkan lagi kopi latte percuma ni..mcdelivery pun takde..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, masa banyak lagi..boleh le order...ke jomm kita pi Sabtu ni hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.