DOA MURAH REZEKI AMALAN NEELOFA


DOA MURAH REZEKI AMALAN NEELOFA | Bagi Sis, rezeki yang sedikit tetapi diberkati Allah adalah lebih baik dan tinggi darjatnya berbanding rezeki yang banyak tetapi tidak diberkati. Tidak menjadi soal sama ada banyak atau sedikit rezeki itu. Apa yang lebih penting adalah rezeki yang cukup. Biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi. Sesungguhnya rezeki Allah itu cukup luas.

Hari-hari kita baca doa, tapi faham ke tidak doa yang dibaca tu?

Kalau ada di antara kita yang bertanyakan soalan sama, dah tiba masa untuk ubah atau tukar cara kita berdoa. Mungkin kalau sebelum ini kita hafal dan selalu berdoa dalam Bahasa Arab, selepas ini boleh tukarkan doa-doa yang kita baca itu kepada Bahasa Melayu pula.

Bila dah faham doa, pasti lebih seronok untuk memohon permintaan dari Allah. Sekali gus kita juga akan lebih khusyuk dan lebih menghayati doa yang dibacakan

Ramai sebenarnya antara kita yang seakan memperlekehkan kuasa doa, tapi yang nampak, lihatlah sendiri apa yang berlaku pada Neelofa.

Dia berkongsi doa yang selalu dia amalkan, Neelofa berkata dengan mengamalkan doa ini, rezeki yang Allah kurniakan kepadanya tidak pernah-pernah putus, malah semuanya terasa sangat ajaib. Itulah kuasa doa sebenarnya. Yang penting niat kita tu. Allah Maha Mendengar. 

Doa Murah Rezeki Amalan Neelofa

Juga antara doa Neelofa ..

Ya Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Perancang,
Berikan aku rezeki seluas langitMu, rezeki yang berkat, rezeki yang tak pernah putus seperti air zam-zam, rezeki yang bertebaran di seluruh pelusuk dunia seperti mana air zam-zamMu bertebaran di seluruh pelusuk dunia.

Rezeki yang membawa kebaikan, rezeki membawa aku ke syurgaMu, rezeki yang tak disangka-sangka, rezeki yang menjangkau akal fikiran, rezeki yang boleh membantu aku untuk berdakwah di negara-negara Islam, membantu membawa pendakwah-pendakwah ke seluruh dunia untuk berdakwah.

Rezeki yang boleh membawa aku dan seluruh keluarga, sahabat, guru-guru, kenalan aku ke syurgaMu Ya Allah.


P/S: Aamiinn... Salam Maulidurrasul 1442H/2020 buat semua pembaca @akusislin .. 

12 comments:

  1. Moga sentiasa dibukakan pintu2 rezeki buat kita semua. Aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn, jom kita sama-sama amalkan dan submit doa yaa Faizzah..

      Delete
  2. Saya suka juga doa yang diamalkan ni... Kalau boleh, memanf kena panjang sikit doa untuk part rezeki ni.. kannn.. Moga sentiasa diluaskan rezeki buat kita semua... AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Nona, kalau boleh nak hafal. Dan kita pun boleh tambahkan juga doa kita sendiri..

      Delete
  3. Thanks for d sharing kak... Nak amal jugak

    ReplyDelete
  4. Aamiin. nak SS doanya ni. Moga kita semua dapat rezeki yang barkah.

    Psst~ lama dah tak singgah sini. Salam november sis Lin. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah..Moga manfaat buat kita,..
      Yaa laa sibuk dengan peti aias baru ek hahahaa

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.