SCHA AL-YAHYA DILANTIK MENJADI DUTA BAHARU JENAMA MEERACLE!


SCHA AL-YAHYA DILANTIK MENJADI DUTA BAHARU JENAMA MEERACLE! | Seiring dengan slogan MEERACLE Leading The Way, pada 26 Oktober 2020, MEERACLE telah mengumumkan Scha Al-Yahya sebagai DUTA MEERACLE . Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih giat dijalankan, ia tidak menghalang jenama kecantikan dan penjagaan kulit yang telah bertapak sejak 5 tahun lalu ini untuk mempromosikan duta mereka di platform -platform media sosial seperti Instagram , Facebook dan Twitter. 

Demi menghormati dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), pihak MEERACLE mengambil langkah untuk mengumumkan duta baru mereka melalui laman media sosial walaupun telah membuat perancangan selama berbulan untuk mengadakan majlis pengumuman duta di sebuah hotel terkemuka, dan ia disambut positif oleh netizen.

Artis tanah air yang lebih dikenali sebagai seorang ikon fesyen yang terkemuka ini juga sangat menitik beratkan penjagaan kulit dan menjadikan beliau figura terbaik sebagai wajah MEERACLE. 

Scha al-Yahya Dilantik Menjadi Duta Baharu Jenama MEERACLE!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MEERACLE , Puan Sharifah Itasha Jamalullai , pencarian duta baharu MEERACLE telah dirancang secara teliti dan syarikat kecantikan ini telah lama mencari duta dalam kalangan ikon wanita dan bersesuaian untuk membawa jenama MEERACLE. “Sejujurnya pada saya , Scha Al-Yahya , memenuhi semua kriteria sebagai DUTA dan WAJAH MEERACLE . Beliau dihormati di dalam industri seni dan seorang yang sangat mementingkan penampilan , pelantikan Scha Al-Yahya sebagai duta kepada MEERACLE adalah sangat tepat.”

Memetik petikan kata daripada duta baharu MEERACLE , Scha Al-yahya berkongsi kenapa beliau memilih MEERACLE sebagai produk tempatan yang pertama memenangi hati Scha. “Pada Scha MEERACLE adalah satu brand yang sangat besar di dalam pasaran kecantikan , dan melihat perkembangan MEERACLE selama 5 tahun ini, Scha tidak teragak-agak apabila MEERACLE ingin melantik Scha sebagai duta. Malah Scha berbangga dapat berkerjasama dengan satu jenama yang sangat besar seperti MEERACLE , dan produk -produk yang dihasilkan MEERACLE memang sangat berkualiti dan menepati cita rasa Scha”

Scha al-Yahya Dilantik Menjadi Duta Baharu Jenama MEERACLE!

Scha al-Yahya Dilantik Menjadi Duta Baharu Jenama MEERACLE!

Produk MEERACLE yang akan dibawa oleh Scha Al-yahya terdiri daripada 5 produk penjagaan kulit iaitu dua hero produk MEERACLE, Gemstone Facial Serum dan Gemstone Facial Cleanser dan juga produk keluaran terbaharu MEERACLE yang baru dilancarkan pada awal Februari tahun ini iaitu MEERACLE Under The Sea Collection yang terdiri daripada Toner, Moisturizer dan Scrub. 

Mementingkan hidrat pada kulit, koleksi Under The Sea mempunyai kandungan yang bagus untuk kulit wajah seperti Niacinamide dan bahan-bahan berasaskan kehidupan laut seperti Algae dan Laminaria Digitata. Menurut Scha Al-Yahya, selaku duta MEERACLE, selain mementingkan penjagaan kulit yang lengkap, beliau juga sangat memandang berat tentang kualiti dan kandungan yang terdapat didalam produk-produk kecantikan.

Untuk sesiapa yang ingin menemu bual Scha Al-Yahya dan MEERACLE, sila hubungi Cik Bella bella@meeracle.com.my atau di talian 018-2524467. 



P/S: Memang sesuai sangatlah kan Scha jadi dutanya, kulit dia halus cantik sangat! Suka tengok sebab tak pakai makeup pun dah natural beauty.. 

8 comments:

  1. cantiknya scha dlm iklan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn memang nampak lain wajah dia kannn..

      Delete
  2. hari tu tgk masa melodi ka hlive temu ramah dia.. mmg sesuai sbb kulit dia cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melodi rasanya, seri ibu mengandung kannnn

      Delete
  3. wah dia eh duta baru...sesuai sgt..kulit dia pun cantikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerrr CT, memang sesuai sangat, sebab dia macam natural beauty kannn

      Delete
  4. wahh selalu nampak iklan meeracle ni kat highway..nanti keluar muka scha pulak lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeee ko bayangkan laaa kalau aku jadi dutanya, muka aku yang macam piring ni terpampang tepi highway Pulai hahahahahhaa

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.