BETUL KE MIMPI DI PATUK ULAR BERMAKNA KITA DI SIHIR?


BETUL KE MIMPI DI PATUK ULAR BERMAKNA KITA DI SIHIR? | Korang ada yang tau mengenai maksud mimpi tu? Kalau ikut perangai Sis, Sis memang tak suka percaya akan mimpi-mimpi ni, yaa dari dulu sampailah sekarang, diri sendiri kata, 'mimpi tu mainan tidur', akan tetapi, setelah beberapa kali, apa yang Sis mimpi, ianya menjadi kenyataan atau petunjuk buat Sis, maka sejak itu bila Sis bermimpi sesuatu, Sis akan takut dan terus mencari, apakah maksud mimpi tersebut.

Bukannya apa, Sis jenis tak suka nak tau benda yang buruk dan yang ngeri, takut nanti susah nak move on atau nak teruskan perjalanan esoknya, serius cakap, sangatttt takut. Korang ada yang macam Sis ke? 

Dan baru-baru ini, sewaktu Sis staycation di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Sis telah bermimpi Sis di patuk ular hitam seakan biru gelap warnanya di tangan kanan Sis. Masa ular tu patuklah terus Sis tersedar dari tidur dan lihat jam hampir jam 3am lebih sikit. Ya Allah sangat menakutkan, siap Sis raba pegang tangan Sis tu. Macam real terasa ular patuk oii..

Dan esoknya Sis keluar nak sarapan pagi di Suasana All Suites Cafe Hotel tu, Sis terus bercerita dengan Sunah dan Ajan. Sunah dengan mukanya yang terkejut terus kata, 'Uisshh Sis, baik pergi berubat', dan Ajan pulak kata, 'Setahu Saya mimpi ular tu ada kaitan dengan perbuatan sihir'... Nauzubillah min zalikk!.. 

Betul Ke Mimpi Di Patuk Ular Bermakna Kita Di Sihir?

Aiyooo gambar ular ni mengelikan Sis ko..cecepat menaip ni oiii...adoiiiiiii....yang ko pi upload gambo tu dah kenapa Sis oii..

Okay sambung balik, dan sejak mimpi tu, Sis ko memang susah nak tidur malam, seakan di bayangi oleh mimpi ular tu. Dan ramai kawan dan group whatsapp juga yang Sis tanyakan maksud mimpi di patuk ular tu. Dan terkejutnya, rata-rata semuanya berkata benda dan maksud yang sama juga seperti Sunah dan Ajan cakap tu...siap ada kawan tu cerita pernah terjadi kepada dirinya dan memang betul dia kena sihir sampai sakit bertahun lamanya...adeiii.. so dia suruh Sis berhati-hati. 

Bertambah risau dan takut plak rasa. Tapi takpe kita ada Allah, dan kita jangan terlalu taksub juga dengan mimpi ni. Mungkin ianya benar mainan tidur, tapi jangan juga lupa mungkin juga ianya satu petanda kepada kita supaya berjaga-jaga atau mungkin juga sebagai tanda kita kena perbaiki diri kita.. 

Sis ada bagitau Suami gak, dia pun cakap hal yang sama, tapi dia cakaplah, banyakkan membaca Al-Quran dan berzikir. Biar hati tenang dan di lindungi selalu. 

kalau korang percaya tak mimpi kena patuk ular tu bermakna kita kena sihir? ... 

Takpelah, benar atau tidak, kita berserah aje. Jaga solat dan banyakkan membaca Al-Quran seperti yang Suami bagitau tu.. 

Sis kongsikan di bawah ni apa yang kawan Sis hantar di wahtsapp group kami. Kotlah boleh jadi panduan dan ingatan kita bersama. Bukan suruh percaya tapi beringat.. 

Mimpi Di Patuk Ular Tanda Kita Di Sihir.
Tanda-tanda Diri Kita Telah Di Sihir. 
  • Mimpi ular, mimpi dipatuk ular, apa sahaja mimpi berkaitan ular kemungkinan besar ada kaitan dengan sihir. Selalunya ular berwarna hitam. 
  • Pening kepala yang berpanjangan terutama pada waktu senja
  • Mimpi yang menakutkan (mimpi manusia yang sihir kita, mimpi ditikam, mimpi dibunuh dengan kerap diikuti dengan ketidakselesaan pada kesihatan, mimpi di toreh pisau * bangun pagi kita rasa teramat sakit pada kawasan ditoreh/ditikam) 
  • Sakit dada dan resah menjelang senja
  • Sakit di dalam perut bagaikan di pulas urat perut atau terasa bagaikan ada benda yang
  • bergerak di dalam tubuh dan sering terasa bagai di tusuk di perut.
  • Mula nampak alam ghaib, mata boleh nampak kelibat si penyihir berada di mana-mana tetapi kita tidak ketahui siapa dia
  • Berlaku perkara yang pelik di sekitar kita umpamanya berbau kemenyan, hanyir, wangi dan sebagainya
  • Menderita sakit yang tidak di ketahui punca dari doktor
  • Terdengar suara-suara yang memanggil nama kita, terasa hidup bagaikan di awan awangan. 
  • Pening atau pengsan apabila dibaca ayat ruqyah kepadanya.
  • Kerap pengsan tanpa punca
  • Terlalu sakit pada salah satu bahagian badan pada waktu-waktu tertentu sahaja, sakit ini hanya menyerang pada satu bahagian badan sahaja contohnya di bahagian tapak kaki.
  • Rumahtangga tiba-tiba menjadi panas atau dingin tidak sama seperti sebelum ini. Rasa sayang, kasih dan cinta tiba-tiba hilang, perasaan benci terlalu tinggi dalam diri. Hinggakan kita tidak mampu melihat wajah pasangan.

Dan ada sebahagian petanda di atas Sis juga alaminya... Allahuakbar..Moga Allah jauhi diriku, keluarga dan orang sekelilingku dari kejahatan ilmu hitam yang kejam.. aamiinn.

Doakan Sis dan keluarga Sis ya.. 


P/S: Kalau korang ada pengalaman atau lebih tau hal ini, tinggalkan komen yaa.. 

34 comments:

  1. Harap2 hanya mimpi buaian tidur.
    Semoga dijauhi daripada segala kemudharatan dan musibah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun harap begitu..tapi sejak dua tiga hari ni, meacam-macam benda pelik jadi kat Saya Wakkkk

      Delete
  2. harap2 gangguan tidur je sis..

    Tapi dalam pada tu kena hati2 jugak.
    Banyak kan zikir, baca quran ..
    semoga semuanya baik2 je sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Diana, kat rumah pun dah mula bukak ayat Ruqyah non stop, risau sangat..

      Delete
  3. Ni pengalaman ena sendiri sering mimpi ular hitam beberapa tahun tapi abaikan je. Rupanya mmg ada gangguan. Berubat dengan ustaz ada saka keturunan lama2 nak kan ena. Kira keluarga tak tahu pon sebab ni zaman dulu. Lepas berubat darushifa kita akn letih sgt tdo je beberapa hari. Badan lebih ringan. Ustaz tu cakap ena akn dpt mimpi lepas berubat. Sekali betol mimpi tu lain macam. Beratus ular dtg nak patuk smpai hujung kaki die berhenti ada kelibat sorang pakai jubah putih cakap dkt ular jgn ganggu ena lg. Ular tu sume patah balik. Alhamdulillah mmg xde mimpi tu dah. Cuba lah cari ustaz darushifa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar..ada juga benarnya kan Ena, sama laa seperti kawan Sis ceritakan pengalaman dia tu..tu dia suruh Sis segera pergi berubat...

      Delete
  4. Allahu...aku baca kisah ena tu jadi makin risau pulak dengan ko ni..jomm ahh jumpa Ustaz Hussin! aku nak berubat sekali..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Sunah, dan lagi satu, 2 3 hari ni macam-macam benda pelik jadi kat aku...aku sendiri jadi takut..

      Delete
  5. dulu masa kecik2 org cakap mimpi kalau di patut ular bermaksud nak bertemu jodoh.. ni baru first time dgr klu mimpi dipatuk ular tanda kita disihir :( aduhhh..scarynya..
    insyaAllah moga family sis sentiasa okay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..tu pun ada salah satunya, dan juga ada orang kata juga, mimpi ular pun ada rezekinya..wallahuaklam...

      Delete
  6. Allahu saya tengok gambar ular tadi pun dah seram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..sebab nak kann ada kena mengena gan ular hitam, tu yang letak tu haaaa

      Delete
  7. Saya pernahhh mimpi dikelilingi ulor...ada yang cakap, jodoh nak dekat..tapi tu lama dulu....tengok2 mainan tidur je..belum ketemu jodoh..hehe..tapi berpeluh2 jugak mimpi gitu...Sis kalau rasa aneh, tr la berubat..cuma bila berubat ni memang penat sikit...Harap dah tak mimpi gitu lagi sis.....AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawak laaa ko Nonn oii...
      Sis tak pernah Non mimpi ular hitam kena patuk, kalau mimpi terserempak ular ada, tapi macam dalam mimpi tu tengah jalan dalam zoo...

      Delete
  8. Semoga baik2 saja utk sislin dan keluarga. Jika masih khuatir passl mimpi tu, baik segera jumpa yg berilmu yg dapat bantu sis 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaminn, yaaa Hayati, nanti nak pi berubat ni.. dah tanya pada yang berkenaan..

      Delete
  9. Sis, abah LH pandai berubat orang. Abah kata kalau mimpi ular (kerap) petanda gangguan jin atau sihir. Banyakkan dengar ruqyah, rapatkan diri dengan Allah dan banyakkan baca Quran. Benda-benda macam ni jangan terlalu fikir sangat sebab jin memang suka permainkan minda manusia. Senang kata, benda macam ni bergantung pada minda kita. Jadi sis kena kuatkan minda cekalkan hati. Minta-minta dilindungi. Last sekali kalau masih tak berubah setelah beramal, pergilah berubat. Tapi carilah pengamal perubatan yang betul-betul berpegang pada paksi Allah. Bukan yang pelik-pelik. Semoga sis sekeluarga dilindungi sentiasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar.. benar sekali, sama dengan apa yang ustaz tu bagitau.. doakan Sis ya..

      Delete
  10. Yg sy pnah dgr, mimpi ular tandanya ada org nk masuk meminang. Tp tu la, sy bukan la arif sgt bab2 ni. Dlm kebudayaan lain pulak, ada yg anggap ular tu simbol kelembutan dan kasih sayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tu tau juga, mimpi kena belit gitu.. tapi tu laa, mimpi mainan tidur katanya...

      Delete
  11. Takut maksudnya ada yg nak pinang lin jadi mak mertua kot.. hehe.. tapi mmg ayu ada dengar kalau mimpi ular berbisa mcm satu tanda ada org dekat dendam dgn kita. Dulu ms kecik pernah mimpi kena belit ngan ular sawa. Tapi mak cakap.. tuhan nak tunjuk lah tu, lambat bangun subuh.. ekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha.. tu sudah semestinyaa Ayu..
      Memang takut, so now memang tengah usaha nak berubat..

      Delete
  12. seMoga sis sekeluarga dijauhkan dr segala kejahatan. Tp x silap sy, sy pernah tgk ceramah tafsir mimpi tentang ular. Katanya ada rezeki yg baik menanti. Harap begitulah ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaminn, mudah-mudahan semuanya baik-baik aja...

      Delete
  13. I once dream about snake too. scared until awake! BTW I wish to go for staycation at Suasana All Suites coz it's nice to stay for whole family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Fadima...sangat menakutkan..
      Come to Johor..

      Delete
  14. Yup pernh baca kat twitter, kalau mimpi tu sihir. Tapi tak tau la kan.. Harap2 baik2 sahaja ye sis.. Nad ade baca juga patutnya mimpi jangan bgtau sesiapa.. Entahla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Nad, ngeri sangat! Ketakutan sampai sekarang sebab macam-macam benda berlaku sejak-sejak ni...

      Delete
  15. Moga sis dan keluarga dijauhkan daripada orang yang hasat dengki suka hantar perkara yang tiada akidah ni. Sis kena banyak berdoa dan juga dekat dengan Allah moga kita dilindungi amin...

    ReplyDelete
  16. Scarynya bila mimpi mcm ni. Dah la Kitkat ni mcm ada 6th sense sejak dulu lagi.. Boleh mimpi benda in advanced..
    Tapi bukan selalu la... Recently pun asyik mimpi pelik2 jer.. Tacod bethol bila baca ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo sama juga macam Sis ekk.. sebab tu kadang sendiri jadi takut kann dengan gelap huhuhu

      Delete
  17. Allah, mintak jauh la dari kena buatan orang atau sihir2 ni. Takut pulak bila baca. Semoga sis lin sekeluarga dilindungi.

    ReplyDelete
  18. Moga-moga semua berlaku dengan baik ya. Minta jahat / sihir tu dijauhi.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.