Header Ads


'DIFFLAM ANTI-RADANG LOZENGES' PENYELAMAT SAKIT TONSIL AKU SEBELUM MAKAN


'DIFFLAM ANTI-RADANG LOZENGES' PENYELAMAT SAKIT TONSIL AKU SEBELUM MAKAN | Selamat pagi semua orang, apa khabar? Moga hari ini Selasa 13/10/2020 semuanya dalam keadaan baik-baik juga. Begitu juga warga rakyat Putrajaya, Kuala Lumpur juga Selangor yang akan melalui fasa PKPB sekali lagi bermula malam ini. 

Kita fikir positif aje la kan, ini semua untuk kebaikkan bersama. Dah malas nak fikir kluster itu kluster ini, yang penting #kitaJagaKita ye sudah, jangan terlalu selfish dan meyombong diri seolah kau tu kebal sangat ekk.. Sama-sama kita berdoa moga negeri yang terkesan akan pulih dan menurun kesnya dan Malaysia akan cepat bebas dari jangkitan wabak Covid19 ni, aamiinn..

Berbalik kepada tajuk, harini masuklah hari yang ke-16 hari pemulihan Sis selepas pembedahan Tonsil Sis pada 28/9/2020 lepas. So far hari ini semakin sihat dan rasa sakit tu berkurang. Cuma makan aje laa Sis masih tak berani nak makan yang kasar-kasar dan terlalu keras. Cuba juga tapi selepas tu ko tanggung lerr sakitnya huhuhu..

Tapi sejak selepas follow-up seminggu lepas, Doktor ada berikan Sis 'ubat' gula-gula Difflam Anti-Radang Lozenges ni untuk di hisap dalam mulut, alaa macam kita makan gula-gula biasa tu laaa..cuma yang ini lain sikit. Difflam ni ubat, bukan sesuka hati ko nak beli aje yaa.. memang takde jual di kedai runcit atau pasaraya mana-mana. Farmasi mungkin ada, tapi terkawal. 

Difflam Penyelamat Sakit Tonsil Aku Sebelum Makan

Sebabnya bila ko makan Lozenges ni, lidah dan tekak yang sakit tu ada rasa kebas. So macam kes Sis ni, bila habis aje makan or hisap Lozenges ni, sakit kat tekak atau keliling tu berkurang, so bila nak makan selepas tu, kesakitan tu berkurang laaa..tak sakit seperti sebelum ni. Itulah yang rasa nikmatnya dapat telan dan kunyah huhuhu.. 

Kalau tak jangan harap nak telan macam biasa, sakit oiii.. Sampai terfikir dalam kepala, kenapalah masa dalam warded dan selepas keluar ward tu Doktor tak nak bagi Lozenges ni huhuhu..takde laa rasa terseksaa jiwa batin nak makan adeiii ...

Difflam Penyelamat Sakit Tonsil Aku Sebelum Makan

Doktor bagi Sis yang hijau ni rasa Mint Fresh Sugar-Free. Tak silap ada warna lain dan rasa lain juga, Sis pun tak tau kawan yang bagitau, katanya dulu dia dapat warna purple. Entahlah, korang tanyalah Doktor sendiri kalau ada jenis lain. Mungkin ada khas thap kesakitannya. Sis dapat yang ini pun dah bersyukur. 

Memang bagus, lepas Sis dapat Lozenges ni, lega rasa tekak tonsil Sis. Kadang sampaikan waktu malam nak tidur pun Sis makannya, biar tak rasa sakit tekak tu. Memang banyak kegunaannya. Lebih sesuai untuk yang sakit tekak tonsil atau batuk kuat.

Apa itu Lozenges dan fungsinya

Lozenges merupakan sediaan berbentuk gula-gula yang mengandungi ubat. Ia mengandungi satu atau lebih ubat-ubatan biasanya berperisa manis. Fungsi lozenges adalah untuk memberi kelegaan dan keselesaan ke atas iritasi rongga tekak.

Bahan aktif yang terkandung dalam lozenges memberi fungsi yang berbeza-beza. Setiap jenama dan jenis lozenges juga mempunyai bahan aktif yang tidak sama. Bahan-bahan aktif ini memberi kesan seperti kesan analgesik, anestetik, antiseptik, antimikrobial dan antitusif.

Kegunaan Lozenges
Lozenges digunakan dalam rawatan, sebagai kawalan, pencegahan, & penambahbaikan penyakit, keadaan dan gejala berikut:
  • Radang tekak
  • Periodontitis
  • Sakit selepas pembedahan dan selepas trauma
  • Selepas pembedahan dan selepas trauma edema
  • Radang mulut
  • Radang tekak
  • Penyakit reumatik
  • Plak gigi
  • Gingivitis
  • Jangkitan mata
  • Jangkitan kulit

Bentuk lozenges yang berada di pasaran

Terdapat 2 jenis lozenges di pasaran iaitu lozenges yang dihasilkan melalui proses pembentukan (moulded) dan pemampatan (compressed).

Bagaimana ia bertindak

Lozenges bertindak dengan melarut perlahan-lahan apabila dihisap di dalam mulut atau boleh juga dikunyah dan ditelan. Lozenges yang sering digunakan memberi kesan setempat (kebas) di dalam mulut. Ia juga boleh digunakan untuk kesan sistemik jika bahan aktif itu diserap melalui lapisan dalaman mulut atau ditelan.

Bagaimana cara menggunakan lozenges

Hisap atau kulum dalam mulut dan lozenges akan larut secara perlahan-lahan apabila dihisap. Ada juga lozenges yang boleh dikunyah dan ditelan bergantung kepada jenis lozenges yang digunakan.

Kesan sampingan lozenges

Tiada kesan sampingan yang serius pernah dilaporkan dengan penggunaan lozenges. Walau bagaimanapun, kesan sampingan yang biasa berlaku adalah tidak serius seperti hipersensitiviti dan iritasi pada mulut.

Langkah berjaga-jaga

Tiada laporan menyatakan lozenges tidak sesuai digunakan semasa mengandung atau semasa menyusukan bayi. Walau bagaimanapun, seperti semua ubat-ubatan lain, korang perlu mendapatkan nasihat perubatan daripada doktor korang sebelum mengambil ubat ini jika korang mengandung atau menyusukan bayi.

Jika korang mengambil lebih daripada satu ubat sila dapatkan nasihat daripada ahli farmasi atau doktor sebelum mengambil lozenges. Tapi ingat, jangan sembarang ambil dan makan yaa. Sila dapatkan nasihat doktor korang atau ahli farmasi sebelum menggunakannya. 

Sumber : MyHealth 

So korang yang ada sakit tonsil macam Sis ni, yang susah nak makan dan telan, cubalah minta pada Doktor korang atau pergi farmasi dan dapatkannya dengan bantuan yang pakar. Sejak makan Difflam ni, barulah boleh nak telan, kunyah dan makan. Tapi kebas dia tu tak lama, lepas habis kesan tu, sakit tu ada lagi cuma tidak seperti sebelumnya.. 

Sis kongsikan aja, moga manfaat buat mereka yang memerlukannya.. sekian.. 


P/S: Suami yang batuk-batuk pun Sis bagi juga makan ubat Difflam ni, nampak juga kelegaan kat dia..alhamdulilah .. 

20 comments:

  1. sis i got bronchitis , i am taking this to sometimes lebih2 lagi sebelum tido.. kalau tak, susah nak tido

    ReplyDelete
  2. Diffla ni bagus. Suami cx haritu sakit tekak batuk. Tekak merah. Ubat sakit tekak doktor bagi dah habis tapi masih juga batuk sakit tekak. Last² pergi beli difflam dekat farmasi. Terus legas lepas consume sehari dua. waima harga dia agak keras tapi berbaloi.

    ReplyDelete
  3. Kalau tak silap PC adik ipar PC batuk teruk pergi farmasi disyorkan gula-gula ni..PC panggil gula-gula..hehehe.

    ReplyDelete
  4. Lozenges nie peneman Rawlins bila Rawlins sakit tekak. Alhamdulilah, selalunya sakit akan berkurangan dan hilang kemudiannya. Thanks sharing info nie Sis Lin

    Moga makin sembuh ye

    ReplyDelete
  5. Pernah ambil yang warna kuning ke oren dulu. Kakak ipar nurse syorkan. Masa tu memang batuk lama tak baik-baik. Sedap jer rasa dia. Lega la juga. Ambil masa juga la nak betul2 baik.

    ReplyDelete
  6. Ni lozenge yang hospital bagi. Kalau lozeng biasa macam strepsils tu macam mana pula? Boleh digunakan untuk tonsil juga ke sis lin?

    ReplyDelete
  7. mungkin lozenges ni tak sesuai di awal pembedahan, sebab tu doc tak bagi dulu.

    ReplyDelete
  8. Kak min pun time demam n sakit tekak memang amik lozenges jenama ni..tp yang kaler pink. Mmg serasi dengan kak min

    ReplyDelete
  9. Baru tahu ada gula2 bagus utk batuk & sakit tekak ni. Akan syorkan pada anak buah la utk try. 😊

    ReplyDelete
  10. Moga cepat sembuh Sis Lin, Nanti kalau terkena sakit tekak nak try juga difflam ni... terima kasih diatas perkongsian

    ReplyDelete
  11. Sebelum ni kita selalu juga ada masalah sakit tekak ni tak tahu kenap kurang minum air kot tapi bila ada ubat lozenges ni bagus mudah dan senang nak ambilll...

    ReplyDelete
  12. Saya pernah makan Strepsils yang warna purple yg ada numbing effect tu. Tapi yg ni maybe lagi kuat la kot

    ReplyDelete
  13. Wahh boleh kongsikan informasi ni dengan saudara mara juga kot-kot ada yg hadapi masalah sama. Tapi mungkin juga doktor tak bagi awal2 tu sebab tak sesuai lepas operate kot.

    ReplyDelete
  14. Baru tau lozenges ni sbb selalu klu sakit tekat saya cari lozenges Dequadin je haha... moga cepat sembuh sepenuhnya..

    ReplyDelete
  15. Speedy recovery ya Sis Lin, fully recovery soon. Bagus juga bila tahu ada Lozenges ni.. In case Kitkat akan lalui fasa yang sama, at least boleh request something like this juga...

    ReplyDelete
  16. Kalau sakit tekak biasa boleh ambil juga lakan.. Sebb nad sakit tekak ni. Nak try la makn difliam ni..

    ReplyDelete
  17. ooo yang ni kalo tonsil aku bengkak hari tu bagus makan ni...skang da kecut ha...

    ReplyDelete
  18. Nikmat boleh telan makanan tanpa rasa sakit kan kak. Kalau awal2 doktor bg sure selesa masa makan tu ye. hehe. eh boleh utk melegakan jangkitan mata dan kulit juga tu.

    ReplyDelete
  19. Baru tahu ttg ubat ni. Lebih elon dr jenama lain di pasaran eh..ok lin moga cepat sembuh

    ReplyDelete
  20. Next time bila sakit tekak blh beli ubat ni sbb kdgw tau tau nak beli ubat yg sesuai

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.