SEMALAM SUAMI MANCING DAPAT IKAN PARI BESAR! ALHAMDULILAH


SEMALAM SUAMI MANCING DAPAT IKAN PARI BESAR! ALHAMDULILAH | 'Ehh ko ni, Laki mancing dapat ikan pun nak update, dah takde cerita lain ke?', Kalau ada yang memekak dek posting ni, senang aje Sis ko jawab, 'Di sebabkan yang mancing itu Laki aku laa, aku update, kalau yang mancing tu Laki kau, tak kowser aku nak update ngokk'..hahahahaha..

Jangan tak percaya, pernah ada yang berkata macamtu, apa aje yang Sis update, ada je tak kenanya, seolah katanya, semua benda Sis nak update nak cerita, tapi dia tak baca ke, apa yang Sis update ni hanya cerita tentang Aku Sis Lin aje, takde kena mengena dengan hal orang, so buat apa Sis ko nak rasa insecure? Ko nak baca ye baca, kalau rasa semak taknak baca, klik je button X tepi kanan tu ya. Sekian..

Berbalik pada tajuk, yaaa macam biasa laaa, jika Sabtu Suami tak mancing, dah luangkan masa bersama Family, makanya hari Ahadnya Suami akan pergi memancing. Memang dah pesan, mesti kena ada satu hari dia cuti dan luangkan masa untuk family, so Sabtu tu Sis sekeluarga pergi hadirkan diri ke majlis perkahwinan anak kawan Sis di Eco Polladium Platinum Hall Bizmilla. Sesambil melawat kawasan gituh hehehehe. 

Meriah, dapatlah jumpa kawan-kawan jiran setaman lama dulu.. 

Semalam Suami Mancing Dapat Ikan Pari Besar! Alhamdulilah

Semalam Suami Mancing Dapat Ikan Pari Besar! Alhamdulilah

Pagi Ahad tu, berkira-kira juga Sis nak lepaskan Suami pergi memancing, sebabnya keadaan ketika tu hujan dan angin juga kuat. Sis belek kaji cuaca, memang hujan dan angin kuat ribut katanya. So siapa aje tak risau kann.. Tapi sebab kata Suami dah berjanji dengan kawannya, makanya, ermmm hujan pun dia redah juga laaa.. 

Seawal jam 6.30am Suami dah gerak dari rumah ke Kong Kong Laut. Sis mampu berdoa moga semuanya dipermudahkan dan selamat pergi dan selamat balik membawa hasil yang lumayan. Dan ternyata, walaupun hujan, kalau dah rezeki tu tak kemana gituu.. 

Akhirnya dapat juga laaa menaikkan 4 ekor ikan pari besar dan kecik, dan juga ada beberapa ekor ikan lain juga dari seharian memancing semalam. Tengok gambar yang Suami hantar di wahtsapp, perghh kemain besauu ikan parinya, terus terbayang dalam kepala, masak asam pedas sedapnya oiii... letak jeruk sawi, arghhhh yummmsss!!..

Balik aje ke rumah, terus Suami cuci dan siangkan kesemua ikannya, tapi Suami hanya bawa balik seekor aje, yang lain bagi pada kawan-kawan, ye laa rezeki kita kongsi bersama, takde rezeki, nganga aje laaa hahahaha.. 

Bila dah siap siang semua ikan sonang keje Sis, tinggal masak aje kan, kalau tak, bercinta gakk Sis ko nak nyiangnya oii.. So menu kita harini, tentunya laaa Asam Pedas Ikan Pari bersama sawi jeruk..

Semalam Suami Mancing Dapat Ikan Pari Besar! Alhamdulilah

Siap aje menyiang ikan semua, Suami mandi dan solat, tiba-tiba mengajak pi ngeteh pulak, padahal baru aje lepas makan, ermmm..yang Sis ko plak malasnya nak bersiap, ye laa duk ngadap nengok Gegar Vaganza sebetulnya tunggu Muss keluar nyanyi. Nasib baik masa balik ke rumah, Muss belum lagi nyanyi hahahahaha..

Tak kemana pun, Suami ajak makan Yong Taufu ajer, katanya hujan-hujan sedap makan sup, iyo laaa, dengan Sis ko sekali tumpang sekaki hahahaha habis gak semangkuk besar kami berdua makan, alhamdulilah.. 

Eh..korang nak tengok tak gambar ikan pari besar yang Suami Sis dapat tu? jeng jeng jeng..

Semalam Suami Mancing Dapat Ikan Pari Besar! Alhamdulilah

Taraaaa... besat tak tu? Muka terpaksa di woww kan atas faktor rentung di tengah panas hahahaha. Bagi Sis cukup besar walau ada lagi besar orang dapat hahahaha...sebesar ini pun dah rezeki namanya, janji tak kumpaw!! hahahaha... 

Ada cerita sedih yang Suami ceritakan mengenai pari yang mereka dapat. Ada salah seekor ikan pari yang kawannya naikkan, ada seekor tu, sebelum mati, ikan pari tu tiba-tiba mengeluarkan 4 ekor anaknya. Mungkin sebelum tu ikan pari tu bunting, so bila dia nak mati, dia lepaskan anaknya dari dalam perut, sedih ko bila Suami cerita. 

Suami angkat anaknya lepaskan ke dalam laut. Ohhh siannyaaa... Suami dan kawannya pun, manalah tau ikan tu bunting ke apa ke kan, dapat aje terus naikkan. Selepas 10minit tu lee baru ikan tu beranakkan anaknya tu dalam boat, tapi ikan parinya dah mati, anaknya aje yang di lepaskan. 

Ikut kata orang tua, kalau ikan pari bunting macamtu, isi ikannya akan rasa 'hancing', orang kata laaa, lagipun Sis pun pernah kena, memang rasa hancing! Tu Sis kata kat Suami, nanti cuba tanya kawannya tu, ada rasa hancing tak?..

Gitulah cerita orang memancing, tapi hati Sis manyak syokk laaa bila semalam Suami mancing dapat ikan pari bsesat! Alhamdulilah.. rezeki..

So apalagi jom kita sesiap bahan, masak asam pedas ikan pari sawi jeruk.. 


P/S: Cuaca sejuk aje pagi ni kan, adeii rasa nak sambung tidur aje sekejap...

22 comments:

  1. uih besau..puas sis makan ikan pari tu.letak daun kesum bebanyak..haduiii... sodap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyeee tunggu ler kang nak mengulainya hahahahaa

      Delete
  2. sedapnya asam pedas pari.. tp x nmpk gambo asam pedas sis.. ni mesti kes x sempat ambik gambo ni... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha Kak Min, baru nak masak tengah hari ni haaa..sebab malam tadi ikan baru dapat hahahaha... tak baca le tu hahahaha

      Delete
  3. Ku ingatkan.. ada gambar asam pedas ikan pari, rupanya gambar ypng taufu, hahaha.

    Lin, yg akk tahu, ikan pari hancing tu kalau kena tangkap masa period, kalu beranak, tak pernah pulak tahu apa rasa ikan parinya nanti. Nanti update eh, betul ke hancing ikan pari beranak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha ikannya baru nak masak le Kak oii harini...
      Tu lee ingat-ingat lupa laa, takpe nanti kita suruh Suami tanya kawannya tu, sebab ikan tu kawannya yang bawa balik kak...

      Delete
  4. Memang cukup besar tu? Semuanya besar2 tu ke?? rezeki la..
    Saya kalau ikan pari ni suka buat masak lemak cili padi. letak tomato . Kalau asam pedas anak2 tak makan sangat.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa yang 4 ekor tu semua besar gitu, sekor je kecik Diana...

      Delete
  5. Besarnya rezeki ya...
    Kalau Mrs. A nih! mesti kena siap-siap siang kalau tak masaklah sendiri muahahhaaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, kena siap nyiang, kalau tak, tak muat nak sumbattt...

      Delete
  6. alahai sedih pulak baca pasal ikan pari beranak tu...huhuhuhu

    hari tu masa aku belajar pasal cara siang ikan pari, penulis ada share, kalo dapat ikan pari, bila letak dalam bekas, biar bahagian atas badannya menghadap atas..kira kita telangkupkan lah...jangan lentangkan bahagian bawah menghadap atas, nanti air kencing dia kena isi dia...sebab tu jadi hancing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa ada juga baca Sun, tapi lebih kepada bunting sebenonya.. dan telungkup ikan tu pun ada yang kata supaya ikan tu lemah tak boleh melawan dan ekornya tak di rentap ke kita...begitulaaa

      Delete
  7. kalau ada pari paling suka masak lemak cili padi...bakar dlu lepas tu baru masukkan dlm kuah lemak cili padi..klo isi nipis buat pari bakar jer..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pun sedap, tapi jarang masak lemak, biasa masak asam pedas je Suzie..

      Delete
  8. besarnyaaa!! waaa mesti happy gila bila dpt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, si pemancingnya laaa happy hahahahah

      Delete
  9. buat pari bakar pun sedap ni. Next, gambar ikan pari asam pedas dengan sawi jeruk please. Sedapnya kalau dapat ikan fresh gini. bertambah nasi makan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, next nak buat gak pari bako, sedapnya laaahaiii

      Delete
  10. kussss semangat beso ikan pari.. stok lauk bape hari tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha stok untuk 2 kali masak tu hehehee

      Delete
  11. Perghhh besaq tu parinya... Sedap jugak kalau bakaq cicah ayaq asam kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kann, bakar masak sambal, curah atasnya adoii sedapnyaaaa

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.