Header Ads


CARA NAK ELAK CERMIN MATA BERKABUS APABILA MEMAKAI PELITUP MUKA


CARA NAK ELAK CERMIN MATA BERKABUS APABILA MEMAKAI PELITUP MUKA | Siapa sini pakai cermin mata, mesti dia faham akan tajuk ni. Yaa betapa remeh dan rimasnya laa tiap kali pakai pelitup muka then pakai cermin mata, tapi cermin mata jadi berkabus dek sebab hembusan nafas yang keluar dari pelitup muka tu bila bernafas. Kadang Sis ko sampai nak fed-up oii..buka terus cermin matanya hahahaha!

Kalau sebelum ni kalau keluar ke shopping mall atau kemana aje, memang Sis akan pakai cermin mata Sis, ye laaa sedia maklum kita ni rabun jauh, kang orang senyum-senyum dari jauh, Sis ko buat bodo plak hahahaha. Tapi tu lerr, jadi masaalah pulak ialah isu lensa berkabus yang berkait rapat dengan pemakaian penutup muka.

Korang yang pakai cermin mata tu, korang buat apa biasanya? Lap-lap macam wiper ke? Or bior aje le berkabusnya???.. 

Sis terbaca perkongsian dari Hello Doktor ni yang boleh jadikan manfaat bersama buat si pemakai cermin mata termasuk Sis. So Sis kongsikan di sini ya. 

Cara Nak Elak Cermin Mata Berkabus Apabila Pakai Pelitup Muka!

Gambar kredit dari posting Ben Ashaari Bergaya Dengan Cermin Mata


Bagaimana penutup muka membuatkan cermin mata berkabus?

Penjelasan sains yang ringkas di sebalik kejadian ini ialah, apabila udara hangat menyentuh permukaan yang sejuk, kondensasi akan terbentuk. Sebagai contoh paling senang untuk difahami, kaca mata korang akan menjadi berkabus saat keluar dari tempat atau kereta yang sejuk, lebih-lebih lagi dengan kehadiran air conditioner.

Perkara yang sama berlaku dengan pemakaian penutup muka. Apabila nafas hangat korang keluar dari bahagian atas topeng, ia akan menyentuh lensa cermin mata dan menyebabkannya berkabus.

Apa yang boleh korang lakukan untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku? Berikut adalah beberapa idea berguna yang boleh diamalkan!

Berita baiknya adalah masalah ini bukanlah perkara yang baharu, dan doktor serta golongan profesional telah menemui beberapa cara untuk mencegah kaca mata berkabus.

#1 Pastikan pelitup muka bersesuaian dengan korang

Banyak pelitup muka perubatan mempunyai jalur logam yang dapat dibengkok yang membolehkan pemakai membentuknya mengikut kesesuaian hidung dan pipi mereka. Tambahan itu, harus dipastikan pelitup muka tersebut benar-benar sesuai dengan bentuk hidung korang.

Ini kerana penutup muka yang kemas akan mampu menutup tulang hidung dan mengelakkan wap udara hangat keluar ke arah kaca mata korang. Selain itu, korang juga harus menyesuaikan saiz tali gelung telinga penutup muka. Ini kerana apabila korang memakainya dengan betul dan selesa, korang akan mampu untuk bernafas melaluinya dan wap tidak akan bergerak ke bahagian atas atau sisi.

#2 Gunakan semburan atau wipe anti kabus di pasaran

Alatan ini dikatakan sangat berkesan untuk digunakan terhadap lensa cermin mata, walaupun harganya mungkin agak mahal. Namun begitu, perlu korang ingat bahawa alatan anti kabus ini mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik pada lensa dengan lapisan tertentu, seperti anti silau, anti cap jari, atau anti kotor.

Semburan serta pengelap bersifat anti kabus ini sangat efektif dalam menyelesaikan dilema pengguna kaca mata yang memakai pelitup muka.

#3 Hanya gunakan sabun dan air

Taktik seterusnya sering digunakan oleh para doktor dan golongan profesional selama ini. Yang korang perlukan untuk menyelesaikan masalah spek berkabus ini hanyalah dengan menggunakan air sabun dan kain yang lembut!

Untuk menggunakan teknik ini, korang hanya perlu mencuci lensa cermin mata dengan air sabun dan membuang lebihan cecair. Korang boleh membiarkan lensa kering secara sendiri atau mengelapnya dengan kain lembut sebelum memakai cermin mata korang semula.

Mengapakah kaedah ini berfungsi? Ini kerana sabun akan meninggalkan lapisan nipis yang bertindak sebagai penghalang kabus.

Makanya, pastikan korang mencuba taktik sabun ini ya! Hehehe.. So lepas ni cuci aje dengan sabun...kadang Sis guna wet tissue ajerr...


P/S: Lama tak buat cermin mata, ingat nak buat lee baru yang trendy sikit hehehehe.. mana ek murah kat Johor ni dan berbaloi?..

23 comments:

  1. Itu la berkabus je kalo bernapas. geram eh. ditekan² besi kat pelitup tu bior tetap kat idong supaya tak kabus. Kalo x, mendung je pemandangan. Haha

    ReplyDelete
  2. Tips bermanfaat
    Nasib baik wak tak bercermin mata

    ReplyDelete
  3. thank you thank you !!! sbb mmg masalah time driving

    ReplyDelete
  4. masalah sama yang saya hadapi kak. terima kasih atas perkongsian tips ni. nanti boleh la cuba.

    ReplyDelete
  5. Haaa ni tips yg sgt berguna utk mereka yg pakai spek! Rata2 merungut pasal ni hehe

    ReplyDelete
  6. Great tips for those who wear glasses

    ReplyDelete
  7. satu lagi cara sis, jangan bernafas...ehhh

    ReplyDelete
  8. nak buat spek best meh datang KL ...nanti boleh jalan2 sekali , ala KL ngan Johor tu kan sebelah jerrr ...#ehhh ahahahaha

    ReplyDelete
  9. Terima kasih dengan tip-tip di atas. Kerna ia sangat berbantu Naim sebagai pemakai spek mata. Tidak di nafikan bila bernafas rasa berwap kanta spek tu hehe

    ReplyDelete
  10. Thanks for your tips. I need it because I find it hard for me sometime as a glasses wearer also. Sometimes hard to breathe now I gonna try your tips

    ReplyDelete
  11. Waa..ada tips yang bagus rupanya. Selama ni punya laa berkabus spek 😅

    ReplyDelete
  12. Tips yang gunakan sabun tu saya pernah cuba, untuk swimming goggles. Memang berkesan.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih perkongsian ni mmg sgt membantu sy, buat masa sekarang sy akan cuba tips #3 dulu.

    ReplyDelete
  14. Geram taw especially kita dah excited nak bergambar, masa tue kita tengah excited lagi cepat cermin mata berkabus... Grhhh!! Obvious lak tue dalam gambar... Thanks for the tips.. Nak cuba try test la skrg juga...

    ReplyDelete
  15. good to know this Sis Lin.memang selalu specsaya berkabus sebab pakai mask. jadi spoil. rasa nak tanggal je mask.

    ReplyDelete
  16. Baru tau tips ni. Boleh cari wipe anti kabus nanti. Seksa wooo tak nampak huhu

    ReplyDelete
  17. Info yv menarik. Nanti boleh cr wipes ni. Ayu pakai spek.. tapi utk membaca jer

    ReplyDelete
  18. Thanks for the tips, kadang i pun ada masalah ni, kena selalu wipe my glasses.

    ReplyDelete
  19. kita keluarkan spec lap2 pakai balik

    ReplyDelete
  20. baru tau! sebab sejak kena pakai mask ke mana2 ni, mesti akan berkabus. lepas ni bolehlah amalkan tips yang sis bagi tu. :)

    ReplyDelete
  21. Problem ni memang selalu sis! Hahahah... relate sangat sangat... geram dibuatnya... rupanya guna sabung pun boleh...alahai lah... Next time nak guna taktik ni...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.