RUPANYA MEMANG SEDAP TOMYAM LETAK SANTAN NI YE!


RUPANYA MEMANG SEDAP TOMYAM LETAK SANTAN NI YE! | Korang dah cuba? Aitt duk share-share kemain lagi, tapi belum cuba ke waakkk? Hahaha. Kalau jenis Sis ko ni, pantang nampak benda viral dan senang nak masak, memang akan di cubanya. Dan salah satunya ni haaa, Tomyam Bersantan. Rupanya memang sedap Tomyam letak santan ni ye!.

Memang ini adalah kedua kalinya Sis mencuba Resepi Tomyam Santan dan untuk resepi kali ni pun ternampak di timeline facebook yang kebanyakkannya friends Sis semua share. Lihat pada resepi memang sonang nak masaknya. Bahan mentah macam segala jenis seafood tu terpulanglah pada kita nak letak apa, tapi yang penting, ada bahan untuk membuat kuah tomyamnya tu dan juga santan. 

Mulanya bila Sis cakap kat anak Sis, Kakak, Sis nak buat resepi tomyam santan ni, Kakak agak pelik, then Sis tunjuk dan share kat anak resepinya dari facebook tu, baru anak kata, 'Cubalah Mak, macam sedap aje'. Sebab yang pernah Sis masak dulu, Kakak takde rasa, sebab tu dia rasa pelik, padahal makan kat kedai tu, ada je tomyom tu letak santan hahahaha.. 

TAPI ... jeng jeng jeng..

Macam biasa laaa, Sis ko ni derhaka akan resepi, kalau ikut resepi asal, mereka menumis dulu rencah tomyam tu, tapi Sis tak, Sis leburrr aje semua macam masak tomyam biasa, cuma dah mendidih tu Sis letak santan tu.. Pun cara yang sama Sis buat sebelum ni hehehe..

So ikutlah memasing ek..nanti laa Sis cuba plak cara menumis tu haa.. Yang ini kita buat ikut selera tekak kita, yang penting, masak seperiuk licinn semua hahahaha..

Jom semak resepi ..

Rupanya Memang Sedap Tomyam Letak Santan Ni Ye!

Rupanya Memang Sedap Tomyam Letak Santan Ni Ye!

Okay, kalau ikut resepi Sis, haaa itulah semua bahan-bahannya. Rencah tomyam tu pun Sis guna yang tersedap setakat ini yang Sis suka, Thai Tom Yum. Kalau korang nak letak rencah tomyam lain pun boleh, ikutlah suka ko. 

Lain-lain bahan seperti dalam gambar tu laa, kecuali Sis tak guna dan letak lengkuas ya. Takut pahit nauu rasa, kang anak tak makan pulak. So guna halia macam biasa ye sudah. Dan bahan seafoodnya pulak, Sis hanya guna udang sahaja, takde letak bahan lain, ikutkan boleh aje masuk sotong dan ayam yang sedia ada dalam aisbox tu, tapi saje nak buat tomyam udang, so udang sesaje lerr..

Lepas tu, bahan-bahan tu semua hiris dan masuk ke dalam periuk kecuali santan dan udang. Lain bahan leburrkan aje. Then korang tunggu laaa mendidih yaa. 

Rupanya Memang Sedap Tomyam Letak Santan Ni Ye!

Rupanya Memang Sedap Tomyam Letak Santan Ni Ye!

Lepas dah mendidih, haaa masukkan udang, then biarkan sekejap mendidih lagi, barulah masuk santan. Santan tu korang agak-agak aje laa nak masuk berapa banyak, macam Sis, guna setengah kotak aje. Kacau-kacau, rasakan dulu, jangan lupa plak letak garam dan serbuk perasa. 

Kalau rasa kurang pedas, tambahkan rencah pes tomyam korang, kalau nak kick lagi, ketuk je cili api. Tapi untuk Sis cukuplah setengah santan tu je. Memang sedap dah rasa kuahnya, 

Satu yang Sis tak berapa nak gemar pes rencah tomyam di tumis macam resepi asal tu, sebab ianya mengeluarkan minyak, kalau yang macam Sis buat ni, takde minyak, so light-light je laa teksturnya tu macam masak lomak, tapi rasa tomyam..

Sedap wooo..korang cubalah.. ikutlah suka korang nak menumis ke nak leburr macam Sis, yang penting resepi tomyamnya letak santan hehehehe..

Sesekali mencuba kelainan kan, apa laa salahnya..ikut tekak memasing.. 

Harini duk fikir plak nak masak apo ekk.. sebab harini anak-anak sorang balik lambat, sorang nak keluar dengan kawan, sorang lagi masih di Mersing.. Ayahnya? Diet tak makan malam katanya hahahahahaha.. 


P/S: Emaknya? Dapat secawan kopi arissto dah cukup bahagia dah hehehehe.. 

20 comments:

  1. Kita memang selalu makan tomyum santan ni terutama kalau restoran autentic thai, tomyumnya memang kebnyakan bersantan, paling sedap kat Carabao, memang menghirup sehingga ke titisan terakhir laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn kak, lagi satu orang kata ada tu mereka guna air beras kak, ye atau tidak tak tau, yang pasti tomyum kedai memang sedap hahahaha

      Delete
  2. Saya suka juga tomyam bersantan, lagi-lagi kalau yang tambah pedas, memang kaw rasa dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, sekarang nak masak tomyum, keje nak masuk santan ajee hehehe

      Delete
  3. tapikan, pes thai tomyam tu masak macam tu je pun rasa sedap. kena try letak santan pula lepasni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar! Pes tu masak cenggitu aje dah sedap Kaella...

      Delete
  4. ni baru first time tau masakkan tomyam letak santan ni, waa teringin nak rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cubalah Atie, memang sedap, nak tumis boleh, nak leburr terus pun boleh..

      Delete
  5. dah lama tak makan tomyam, sejak dua menjak nie kurang gemar yang masam2, tapi letak santan ini kurang kot rasa asam dek rase lemak santan kan... boleh lah cuba nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee betul, kurang sikit rasa masam, tapi masih kekal rasa timyum tu mengikut berapa banyak pes kita letak..

      Delete
  6. betul sislin..tomyam santan mmg sedap..smpai shida pn lupa cmne nk buat tomyam biasa hahaaa ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, dah tersuka plak dah, keje nak letak santan aje kalau masak tomyum Shida...

      Delete
  7. Ada orang suka tapi ai tak berapa gemar. Tapi dulu pernah makan tom yam santan yang sedap sangat kat kuantan. Tak tau wujud lagi ke tak kedai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuantan tu yang Paya Rumput tu ke>? kalau situ memang femes tempat makan Thai..

      Delete
  8. memang sodappp...tapi jarang2 buat...sebab santan tak selalu ada kat rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha belilah sedozen dan simpan macam aku, nak masak ada je bahan..

      Delete
  9. Memang sedap! Kalau balik segamat selalu makan kat kedai Aslan Thai Tom Yam. Tomyam dia letak santan dan rasa macam original tomyam Thai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo sedap laaa plak mendengonya nama kedai tu, nanti ke Segamat boleh cuba..

      Delete
  10. oo tak pernah cuba lagi tomyam santan ni. Nanti cik tk try buat! nampak sedap tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try laaa CK, kalau resepi asal mereka tumis, yang ni Sis buat lebur aje macam baisa..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.