Header Ads


SEDAP SANGAT KE SUSU BERPERISA DURIAN NILOFA TU?


SEDAP SANGAT KE SUSU BERPERISA DURIAN NILOFA TU? | Yang dah pernah mencuba Susu Berperisa Durian Nilofa ni cuba jawab soalan tajuk tu. Sedap ke tidak? Hehehe...ada yang macam terkulat-kulat ya nak menjawabnya, tak sedap ek? Hahahaha..

Sebenarnya bukan tak sedap. Sedap pada rasa susunya tapi bila dah minum satu je nak tanya, 'Mana rasa duriannya?' hehehehe. 

Soalan tu bagi mewakili anak tekak seorang pesakit tonsil ni je, kalau tekak korang Sis tak tau ler. Jujurnya memang sedap, cuma tu lee, macam tak kena dengan namanya 'berperisa durian', sebab bagi Sis takde rasa dan bau durian sedikit pun hehehe. Rasa pelik ada lerr. 

Boleh di katakan, sedap lagi yang edisi pertama tu Susu Pisang Nilofa tu dan juga Susu Kurma Nilofa tu. Tu yaa benar rasa pisang dan kurma, tapi tang perisa durian ni, ermmm memang tekak Sis takde plak rasa durian, tapi susunya tetap maintain sedap. 

Masa mula post kat Facebook tu, ramai tanya, 'sedap ke tidak?'. Yaaa sedap bagi Sis sebab rasa susu dia, namun kalau nak kata benar-benar rasa durian tu, memang tidak. So bagi mereka yang tak makan atau tak suka durian, memang boleh cubanya, sebab memang takde bau dan rasa durian.

Maaflah ini pengakuan percubaan review dari Sis, untuk tekak korang, korang beli dan cubalah sendiri ya..

Sedap Sangat Ke Susu Berperisa Durian Nilofa Tu?

Mana nak beli Sis?

Sis beli dnegan kawan Sis, dia hantar terus kerumah. Sekotak ada 6 tak silap Sis RM28 kot.. lupa plak tanya haritu. Kalau beli 1 paket, RM5 rasanya. Nak kepastian korang tengok je laa IG @Nilofa tu ya. 

Dan kalau korang sekitar Johor, kalau nak dapatkannya, korang boleh terus wahtsapp Miss Shieda +60 12 481 2914 untuk penghantaran terus ke rumah. 

Alaa cubalah sekali, kalau sedap beli lagi, kalau tak sedap, janji dah mencuba. Ingat jangan suka baca dan dengar cakap orang, nak tau silalah mencubanya ya. 

Sedap itu Subjektif.. 
Ok done review hehehehe... Bai..


P/S: Rasa Sis kalau Nilofa keluar Susu Berperisa Mangga lagi sedap hehehehe.. atau Honeydew.. Durian ni macam tak ngam jee rasa dia untuk di gandingkan dengan susu..ermm ..

8 comments:

  1. betul, yg penting kena cuba sendiri baru boleh nilai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, kena cuba sendiri..kalau tak asyiklah duk baca komen orang aje..

      Delete
    2. baca komen org then terus percaya pula, padahal bila dah skali cuba baru tau sedap ka tak...kan

      Delete
    3. Betul, cuba sendiri baru tau sedap ke tidak kannn..

      Delete
  2. ni nanti mesti Iman ngendeng jugak ni, haha

    ReplyDelete
  3. Yup, mangga la sedap dari durian. Honeydew pun.. Macam yang dalam kotak tu Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan...durian ni macam tak kena gandingkan dengan susu..tu tekak Sis lerrr

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.