SALAM MAULIDUR RASUL 1442H/2020


SALAM MAULIDUR RASUL 1442H/2020 | Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al-Ahzaab, ayat 56)

Begitulah hebatnya amalan berselawat. Jasa yang cukup besar Nabi Muhammad SAW kepada umatnya adalah Baginda menyebabkan kita dapat mengecapi nikmat iman dan Islam. Jika mati dalam keadaan tiada iman dan Islam, kita akan kekal tinggal di dalam neraka buat selama-lamanya.

Bagi mendapatkan jaminan syafaat daripada Nabi SAW itu adalah dengan berselawat sebanyak 10 kali pada waktu pagi dan petang.

Salam Maulidur Rasul 1442H/2020

Salam dan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
“Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan kepada Nabi Muhammad dan keluarganya,”

Pada tanggal 12 Rabiul Awwal setiap tahun, umat Islam seluruh dunia  memperingati kelahiran Rasululah s.a.w. yang telah berjuang dan berkorban menyebarkan ajaran Islam kepada umat manusia yang ketika itu hidup dalam kegelapan.

Sambutan Maulidur Rasul juga menzahirkan rasa kasih sayang kita kepada Rasulullah s.a.w dengan amalan ibadah berselawat seperti Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab ayat 56

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Bersempena dengan hari Maulidur Rasul ini, Sis menyeru kepada rakyat Malaysia khususnya umat Islam supaya bertekad dan bersatu hati bagi menangani wabak Covid19 ni bersama, patuhi SOP dan patuhi araham dari Kementerian Kesihatan bagi memastikan kita menang dalam menangani wabak yang sedang berlaku dalam negara kita Malaysia ini. 

Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 159.

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
“Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.”

Semoga segala usaha kita diberkati oleh Allah s.w.t. Aamiinn ..


P/S: Selamat bercuti dan banyakkan berselawat ya sahabat.. Ajomm lee kita memancing harini!..

7 comments:

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.