Header Ads


WORDLESS WEDNESDAY - IKAN SIAKAP STIM HALIA


WORDLESS WEDNESDAY - IKAN SIAKAP STIM HALIA | Inilah menu yang boleh Sis katakan sedap dek tekak untuk di makan sepanjang Sis berpantang di rumah. Rasanya dah 3 kali Sis masak menu Ikan Siakap Stim Halia ni dan Sis meratah sesaja tanpa makan nasi. 

Caranya, kemam-kemam, then telan. Yaa masih belum ada keberanian nak makan nasi dek sebab masih lagi terasa sakitnya untuk menelan selepas Sis buat pembedahan buang tonsil di KPJ Pasir Gudang baru-baru ni. 

Memang blur dan jadi perasaan marah juga, bila ketikanya ko lapar tapi tak boleh makan. Sis bukan orangnya diet atau menjaga snagat badan, Sis orangnya 'pemakan', jadi bila Allah tarik nikmat makan tu sekejap, rasa terkedu seketika.. tapi takpelaa, inilah peluang untuk Sis mendetoxkan badan dan mungkin berat badan pun akan berkurang. 

Kalau kurus tu 'BONUS'.. 

Ikan Siakap Stim Halia



P/S: Pagi ni Sis ada temujanji follow-up dengan Doktor Nidzam jam 10am.. Okay nanti sambung...

15 comments:

  1. alahai..kesiannya sis...kalau SA pun sama kita lapar tapi x boleh makan...sabar eh..insyaallah nanti sihat macam biasa semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn nak marah pun adaa, tapi nak buat macam mana, kena le banyak bersabar dulu SA ...

      Delete
  2. asalkan masuk makanan dalam perut tu syukur rasanya.Dari tak makan langsung..Sedap jugak siakap stim halia tu..Tapi kalau tak sihat, letaklah apa depan mata.,Semuanya rasa tak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Eda, makan bubur tu telan-telan aje, janji masuk perut.. makan ikan tu pun, kemam-kemam then telan huhuhu

      Delete
  3. feveret sisyat juga ni..siakap stim.
    semoga cepat baik Sislin :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laaa Sis, kadang siakap beli memang masak stim ajee..

      Delete
  4. Sedapnya
    Sesuai untuk orang yang sakit tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Wak, tapi tak boleh le nak kunyah, hanya mampu kemam-kemam then telan...

      Delete
  5. ni best! klu p tomyam wajib order

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, kalau pedas lagi sedap, ni halia kosong ajee...tak boleh makan pedas..

      Delete
  6. dah macam makan orang pantang ekkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, makan semua boleh, masaalah dia sakit nak kunyah ajeee dan telan huhuhu

      Delete
  7. ammi kalau lapar terus boleh jadi raksasa gorgon. jadi en. abah dah tau jangan dibagi bininya lapar...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.