Header Ads


MENU MASAKAN CINA SEDAP DI RESTORAN CINA HOP SING 金 閣楼 PONDEROSA GOLF & COUNTRY CLUB


SUKA MAKAN MASAKAN CINA? JOM KE PONDEROSA GOLF & COUNTRY CLUB! | Kalau bab makan makanan cina ni kan, bukan senang juga nak cari tempat makan masakan cina yang benar halal. Yang ada pun cuma No Pork No Lard ajer. Itu pun kalau up takut juga ada yang kurang selesa, tapi takpe, jika kita rasa pasti ianya benar halal tanpa bahan yang haram, jangan was-was, takut nanti jatuh plak syubhah. So maaflah, tepuk dada tanya selera memasing ya.

Dan baru-baru ini Sis terpanggil untuk mencuba makan masakan cina di Restoran Cina Hop Sing 金 閣楼 di Ponderosa Golf & Country Club Johor Bahru yang jika dari rumah Sis di Pasir Gudang, adalah dalam 20 minit perjalanan jika tidak jem dan tersekat dek lampu merah jalanraya. 

Bagi pemain golf tentunya tau laaa di mana letaknya Ponderosa Golf & Country Club ni. Ianya adalah sebuah resort yang mana jika korang menginap di sini, korang boleh dapatkan pakej-pekaj penginapan berserta dengan aktiviti bermain golf sekali. 

Dan di sini juga ada beberapa restoran dan cafe makan yang memudahkan korang untuk lepak dan minum bersama geng-geng golf atau kengkawan korang. Termasuk juga Restoran Cina Hop Sing 金 閣楼 ni yang berada di tingkat 2 dari aras lobby. Naik tangga aje, tak payah naik lift. 

Restoran ni menyediakan menu-menu yang memang di masak dengan cara dan resepi masakan cina. Dan jika korang nak mencubanya, buat masa ini Restoran Cina Hop Sing 金 閣楼 menawarkan pakej makan tengah hari dan juga malam dengan pelbagai jenis pilihan menu yang pasti menepati selera korang. 

Jom lihat menu-menu yang kami pilih dan Sis makan pada hari tu. 

Masakan Cina Sedap di Restoran Cina Hop Sing 金 閣楼

Masakan Cina Sedap di Restoran Cina Hop Sing 金 閣楼

Masakan Cina Sedap di Restoran Cina Hop Sing 金 閣楼

Masakan Cina Sedap di Restoran Cina Hop Sing 金 閣楼

Masakan Cina Sedap di Restoran Cina Hop Sing 金 閣楼

Masakan Cina Sedap di Restoran Cina Hop Sing 金 閣楼

Set hidangan ini ada mempunyai 6 course set Lunch & Dinner yang berharga RM100 untuk 4pax. So kalau korang share, makanya hanya 1 orang cuma bayar RM25 ajelah untuk hidangan set gini. Tak ke murah tu oii!! ..

Cuma untuk kali ini, Sis cuba makan set berharga RM368 untuk 6pax. 

Antara menu yang sedia ada adalah: (ikut urutan gambar di atas) 

- Steamed Seabass with special sauce 
- Fried Chicken & Ginger (crispy ginger slices)
- Claypot Beancurd
- Fish Maw & Crab Meat Soup
- Fried Rice with Sardine & black bean 
- Tanyuan Peanut Sauce 
- Chinese tea

Memang semuanya sedap dan menyelerakan, terutamanya ayam goreng bersama kepingan halia rangup tu, rasanya sangat mabeles!! . Dan portionnya pun banyak untuk satu hidangan. Kami makan pun sampai kekenyangan tersandar perut hahahaha. 

Memang puashati bagi mereka yang suka makan masakan cina dan jenis kuat makan hahahaha. Bila dah kenyang muka ada senyummm hahahahaha ..

Masakan Cina Sedap di Restoran Cina Hop Sing 金 閣楼

Masakan Cina Sedap di Restoran Cina Hop Sing 金 閣楼

Masakan Cina Sedap di Restoran Cina Hop Sing 金 閣楼

Masakan Cina Sedap di Restoran Cina Hop Sing 金 閣楼

So bagi korang yang nak mencubanya, silalah buat tempahan meja seawal mungkin ya. Sebab tempatnya terhad dan selalu aje full-house. So buat tempahan sebelum makan. Kalau nak walk-in, kira nasiblah jika ada kekosongan. Elok booking dulu. 

So apalagi, siapa yang suka menu masakan cina sedap, jom ke Restoran Cina Hop Sing 金 閣楼 di Ponderosa Golf & Country Club Johor Bahru. Sila angkat telefon, dan terus booking yaa.. sebut nama Sis Lin nanti dapat plain water free hahahahaha.. *gurau jerrr..

Restoran Cina Hop Sing 金 閣楼 
Ponderosa Golf & Country Club 
No 3, Jalan Ponderosa 1/1, 
Taman Ponderosa, 81100 JB, Johor

Operational Hours:
Mon - Sun : 11am - 3.00pm,
Last order 2.30pm
6pm - 10pm,
Last order 9.30pm

For bookings:
☎️ 017- 766 2636 (Ah Yee) / 019- 779 9841 (Sales)
Email : enquiry@ponderosagolf.com 
[NO Pork NO Lard]



P/S: Ayam goreng dengan kepingan halia tu memang killer menu di sini, sangat sedap sangat ookay!! ..must try!..

24 comments:

  1. Murahlah sis, RM100 utk 4 org, next time boleh dicuba ini

    ReplyDelete
  2. Kakk saje kan ko kak. Time PKPB kemain makan besar. Muraah plak tu. Jilat skrin tau.

    ReplyDelete
  3. wah..murah jugak tu ek sis..nampak ikan tu sedap je..aduiii.. ajom kita

    ReplyDelete
  4. eh murahnya sis! nanti nak cubalah kalau pergi Johor nampak menyelerakan! hahah tq tau for suggestion nanti nak cuba nyumsss

    ReplyDelete
  5. Terliur pulak yanie tengok gambar menu dia. Harga dia murah gak tu, insya-Allah pergi Johor boleh try makan dekat sini.

    ReplyDelete
  6. Adoiii sedap2 la kak oiiii...tp kte mampu telan air liur je laa dr kejauhan yg sdg pkpb ni wakakak

    ReplyDelete
  7. wah loving the dishes here. the fish looks so delicious!

    ReplyDelete
  8. I love masakan cina. Sedap sangat. Kalo pegi dinner kat luar, mmg kedai cina muslim la yg jd 1st choice 😊

    ReplyDelete
  9. Sebagai seorang berdarah Cina, ini memang kegemaran Rawlins. Memanh susah cari yang halal. Yang ni jauh plak. Suh dia pindah KL sis hehe

    ReplyDelete
  10. uikkk halia goreng ek...teringat aku halia dimasak cara istimewa kat satu hotel dulu tu...hihi

    ReplyDelete
  11. kalau masakan cina paling suka crab meat sup tu la. tengok gambar pun tau sedap.. yummy

    ReplyDelete
  12. saya kurang sikit kalau nak makan makanan cina ni. tapi nampak sedap pulak. nanti bolehlah cuba. :)

    ReplyDelete
  13. Ingatkan kepingan tempe tadi. Hehe first impressions nampak biasa jd tapi sis kata sedap tu curios plak rasa

    ReplyDelete
  14. Curious nak tahu Tanyuan Peanut sauce tu. Ayam goreng dengan kepingan halia crispy tu agak rare juga letak halia kan.

    ReplyDelete
  15. Uisshh sedap tu. Saya memang suka Chinese cooking, especially seafood.

    ReplyDelete
  16. Tergugat betul nafsu makan tengok ikan tu haha. Tengok gambar pun nampak sedap dah. Kalau dapat rasa, confirm sedap ni.

    ReplyDelete
  17. Dah lama tak makan maknaan cina halal. Tengok makann ni sedp pulak.. Ada mneu yang baru nampak mcm penaut sauce tu.

    ReplyDelete
  18. Murah jugak tu harga dia. Menu dia nampak menarik. Terliur tengok pepagi ni

    ReplyDelete
  19. Steamed seabass tu mmg nampak sedap bethol... Harga pun sangat berpatutan berbaloi datang makan kat sini

    ReplyDelete
  20. Lapar terus dibuatnya tengok gambar2 makanan dari restoran ni. Perghh bethol2 mur2 kalau 6 course meals at this price. Tengok portion dia pun not bad.. Will try this next time.

    ReplyDelete
  21. Boleh ajak boss AM yg suka main golf ke sini nnti.. dia sibuk maim golf, AM apalagi sibuk menjamu selera n penuhkan kantung perut.. hehehehe.. sedap n nmpk memarik menu d sini..

    ReplyDelete
  22. Terliur tengok gambar, rasa nak makan sekaranv je. Thanks for sharing. Mmg mencari tempat makan masakan cina yang best

    ReplyDelete
  23. seriously, chinese food mmg sedap....

    ReplyDelete
  24. Biasanya restoran cina yg tls no pork tu ramai gak org melayu mkn, mmg sedap masakan cina, pernah makan tp restoran cina yg halal

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.