PUSAT MEMBELI-BELAH TOPPEN BINA JEJANTAS DAN PERKENALKAN JENAMA BARU


PUSAT MEMBELI-BELAH TOPPEN BINA JEJANTAS DAN PERKENALKAN JENAMA BARU | Pusat Beli-Belah Toppen telah mengumumkan perancangannya untuk membina jejantas baharu yang akan menghubungkan Toppen dengan kawasan peruncitan berdekatan bagi memberikan kesenangan kepada semua pengunjung. Jejantas 86 meter yang dibina merentasi Persiaran Bandar Desa Tebrau ini akan membolehkan komuniti untuk bergerak dengan selamat dan mudah di antara Toppen dan Aeon Tebrau. 

Pusat Beli-Belah Toppen bina jejantas dan perkenalkan jenama baharu

Laluan Pejalan Kaki Untuk Merapatkan Jarak Fizikal

Majlis Bandaraya Johor Bahru telah memberikan kelulusan awal untuk membina jejantas yang akan menghubungkan hentian bas di Toppen kepada kawasan parkir luar AEON. Pembinaan jejantas telah dimulakan pada awal Ogos dan dijangka akan siap sepenuhnya pada Januari 2021. Jejantas berbumbung ini akan memudahkan pengguna dan pekerja dan memberi alternatif yang selamat untuk melintasi jalan raya yang sibuk .

“Hampir setahun Pusat Beli-Belah Toppen dibuka, kami masih komited dengan visi kami untuk menjadikan Toppen sebagai nadi dan hab komuniti di Johor Bahru. Kami sentiasa mencari idea baharu bagi menambahbaik akses di dalam dan sekitar pusat kami, termasuk di Tebrau secara keseluruhannya,” kata Joakim Hogsander, Pengurus Besar Pusat Beli-Belah Toppen.

“Dengan jumlah pengunjung dan penduduk yang tinggi di kawasan ini, kami menjangkakan jejantas ini akan memanfaatkan seluruh komuniti semasa berkunjung ke Toppen, IKEA Tebrau, AEON atau melintasi ke lokasi sebelahan. Ini adalalah inisiatif yang kami sumbangkan dan kami berharap ia dapat memberikan kemudahan kepada komuniti sebagai kemudahan awam demi masa depan yang lebih sihat dan selamat.”

Memperkenalkan Pilihan Jenama Baharu Di Bawah Satu Bumbung “Topp”

Meskipun Malaysia menghadapi cabaran ekonomi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Toppen terus mengalu-alukan kemasukan sebanyak 13 penyewa tempatan dan bebas untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan dalam bidang Kecantikan & Kesihatan, Fesyen, Makanan & Minuman (F&B), Perabot & Isi Rumah, Barangan Elektrik & Digital dan juga beberapa perkhidmatan baharu. Jenama baharu tersebut terdiri daripada D'Natural, O'Care, Top Secret, Historia Hair Salon, Shoe City, Prestar Jeans, TW Shoes Station, JIRE, SAY CHIZU Hokkaido Cheese Toast, MyeongDong Topokki, My Digital Lock, Segi Ganjaran Money Changer dan ONEXOX.

Pusat Beli-Belah Toppen bina jejantas dan perkenalkan jenama baharu

Pusat Beli-Belah Toppen bina jejantas dan perkenalkan jenama baharu

Pada bulan September, Toppen telah memperkenalkan ruang Kecantikan & Kesihatan yang dikenali sebagai Beauty Stories, by Toppen. Kawasan ini telah direka suai untuk menempatkan banyak pilihan jenama kesihatan dan kecantikan yang menawarkan produk kecantikan, produk penjagaan kulit dan kuku dan juga produk kesihatan.

Dengan pertambahan rakan niaga kami, 92% dari 1.2 juta kaki persegi ruang perniagaan ini telah disewakan dan telah melengkapi daya tarikan sedia ada seperti IKEA Tebrau, TGV Cinemas, B.I.G Supermarket dan Harvey Norman. The Topp, iaitu hab komuniti unik pusat beli-belah ini, menyediakan taman permainan air, taman luncur, kebun zen, gelanggang serba guna dan ruang menjamu selera terbuka untuk dinikmati oleh para pengunjung.

Pusat Beli-Belah Toppen bina jejantas dan perkenalkan jenama baharu

Pusat Beli-Belah Toppen bina jejantas dan perkenalkan jenama baharu

“Sebagai pusat beli-belah yang dimiliki Ikano, kami sentiasa berusaha untuk menjadi pusat beli-belah yang lain daripada runcit tradisional dan seterusnya mencipta ruang perjumpaan untuk semua. Hakikatnya, kami pasti bahawa orang ramai mahu mengunjungi tempat yang selamat dan penuh inspirasi untuk membeli-belah, menjamu selera, melepak bersama kawan, bermain dengan anak-anak dan menyempurnakan keperluan harian. 

Kami amat bersyukur kerana mendapat sokongan sekumpulan rakan niaga yang terus meyakini kami dan melihat pelbagai peluang untuk membina perniagaan mereka di Toppen. Dengan setiap pembukaan ruang niaga baru, bukan sahaja ia dapat memenuhi keperluan komuniti kami, tetapi peluang pekerjaan juga diwujudkan untuk rakyat Malaysia dan ini adalah sesuatu yang berbaloi dilakukan,” kata Arnoud Bakker, Ketua Sewaan, Ikano Centres.

Dan Banyak Lagi…

Hogsander menerangkan: “Kami sentiasa berusaha untuk memenuhi setiap keperluan. Kami sedar bahawa tahun in amat sukar bagi ramai orang. Dan sebab itulah kami telah mengambil langkah untuk memastikan masyarakat dapat terus berkumpul dan membina pengalaman positif dengan cara yang selamat. Toppen telah menyusun proses ketat untuk menjamin kesihatan dan keselamatan para pengunjung kami. 

Pusat Beli-Belah Toppen bina jejantas dan perkenalkan jenama baharu

Pusat Beli-Belah Toppen bina jejantas dan perkenalkan jenama baharu

Kami telah menyediakan pengimbas haba dan tempat daftar masuk MySejahtera di semua pintu masuk, meningkatkan rutin pemeriksaan kami dan meletakkan dispenser pencuci tangan di serata pusat beli-belah. Langkah berjaga-jaga ini telah diambil dan kemudahan komuniti di The Topp telah ini dibuka semula kepada pengunjung. Pengunjung serta rakan dan keluarga boleh memilih untuk memanjat tembok batu atau meluncur dengan rakan-rakan, manakala kanak-kanak dan dewasa boleh bersantai di taman permainan air atau beriadah di gelanggang serba guna.”

Pusat Beli-Belah Toppen yang dibuka pada November 2019 adalah salah satu daripada lima pusat beli- belah bertunjangkan IKEA Southeast Asia. Menyusuli kejayaan gedung dan pusat beli-belah IKEA lain di rantau ini, Toppen akan terus mengembangkan konsep pusat beli-belah tradisional untuk membina kehidupan harian lebih baik bagi lebih ramai orang.



P/S: Kalau ke Toppen ni, memang tak pernahnya habis jalan, besau sangat tempatnya, sebab bersambung dengan IKEA.. 

10 comments:

  1. Kali pertama jejak sini sebab Encik Laki bawak ingat nak main air dengan bebudak. Sekali, hujan. Haha Lepas tu dah xde pergi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe sekarang dah dibuka dah Aien , haritu tutup sekejap, cuma berjaga-jaga ajalah kan tengah wabak ni..

      Delete
  2. Yesss.. besar.. saya pun x jalan habis... pergi tempat tertentu je.. dan balik pastu.. baru dua tiga kali pergi... sejak PKP, belum singgah lagi... Nantilah nak terjah again .. Macam nampak benda benda baru je tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, dah berapa kali pergi, memang tak jalan habis lagi Nonnn, besar sangat, sampai kdang sesat oii hahahaha

      Delete
  3. pernah gi sekali.. syok gak cuci mata hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr banyak kedai, memang syokk leee merayap dalam tu..

      Delete
  4. pernah pergi johor skali ja.... bila nth nak dpt pergi sana lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah wabak ni, eloklah duduk je rumah dulu, nanti dah reda mai lee Johor..

      Delete
  5. eh eh, model dalam gambar pertama sekali tu minta bayaran royalti katanya...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.