Header Ads


JOM CERGAS SAMBIL BERAMAL DENGAN COWAY RUN 2020!


JOM CERGAS SAMBIL BERAMAL DENGAN COWAY RUN 2020! | Coway Malaysia akan menganjurkan Coway Run 2020: Change The Game selama sebulan pada bulan November ini. Bakal menjadi salah satu larian maya yang paling mengujakan tahun ini, para peserta dari seluruh negara boleh menyertainya di mana saja dan bila-bila masa dari 1 hingga 29 November.

Mana-mana warganegara Malaysia atau pemastautin di negara ini (berumur 16 tahun ke atas) boleh mengambil bahagian dalam larian 40km tanpa catatan masa, yang melibatkan pengalaman permainan 'level-up' di mana pelari boleh mengumpul lencana pencapaian apabila mereka melengkapkan pencapaian penting sepanjang tempoh larian yang ditetapkan - Tahap 1 (3km pertama), Tahap 2 (10km), Tahap 3 (20km) dan Tahap 4 (40km).

GET FIT WITH COWAY RUN 2020 FOR A GOOD CAUSE!

Coway Run 2020 yang menyeronokkan ini akan merangkumi pusingan mingguan Sunday Boss Fight dari 7 pagi hingga 11 pagi – menawarkan pelari yang menempuh jarak minimum 1 km dalam jangka masa yang ditetapkan peluang untuk merebut hadiah mingguan yang menarik.

Peserta juga dikehendaki untuk menyinkronkan aplikasi larian atau kecergasan mereka ke akaun VRace by Sportheroes mereka, sebuah e-platform khusus yang membolehkan peserta merekodkan jarak yang dilalui dalam larian maya.

GET FIT WITH COWAY RUN 2020 FOR A GOOD CAUSE!

Penyertaan anda di Coway Run 2020 akan menjadi lebih bermakna dengan usaha amal - di mana RM10 dari setiap tiket yang dibeli akan disumbangkan ke Happy Water Project Coway, yang membiayai inisiatif untuk menyediakan air bersih dan mempromosikan amalan kebersihan yang baik di kalangan masyarakat Orang Asli di seluruh negara. 

Jadilah lebih cergas dan sihat sambil menyumbang ke arah misi yang mulia ini!

GET FIT WITH COWAY RUN 2020 FOR A GOOD CAUSE!

Dapatkan pakej kumpulan istimewa hanya dari RM35 seorang dan bakar kalori bersama keluarga dan rakan-rakan anda!

Untuk menyertai larian ini, daftar secara atas talian (sebelum 29 November 2020) di www.eventbrite.sg/e/coway-run-2020-change-the-game-virtual-run-tickets atau untuk maklumat lanjut, sila layari www.cowayrun.com.my .


P/S: Bagus betulkan program macam ni, tapi tengah Covid19 ni, hati-hati ya semua..

14 comments:

  1. Kepada yang berminat
    Selamat melarikan diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe Wak lari ke kebun aje laa Wakkk hehehehe

      Delete
  2. alahai teringin nak berlari tapi badan berat pulak, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe alaa Kak, buat bristwalk aje tetiap petang ke pagi dah cukup..dalam rumah pun boleh juga...

      Delete
  3. activiti mcm ni best! tambah2 klu ada geng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan Atie, Sis kalau berlari rasa tak mampu, kalau takat bristwalk lari anak-anak tu boleh ajee...

      Delete
  4. Dalam keadaan sekarang bukan tidak boleh beraktiviti cuma perlu lebih berganda berjaga-jaganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PC, kena amik langkah berjaga. Sis kalau gi bristwalk pun pilih tempat berlari yang kurang orang...

      Delete
  5. memang bagus aktiviti mcm ni tapi mcm biasa la kena banyak berhati2..jarak..mask semua penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee betul..sebab biasanya berlari ni ramai kann, so patuhi SOP ..

      Delete
  6. Cantiklah design tshirt. Banyak juga dapat tu. Banyak juga dah buat larian alam maya ni. At least ada aktiviti untuk kekalkan kesihatan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee sekali bayar penyertaan banyak plak dia bagi doorguft tu kannn...

      Delete
  7. ooo virtual run ok lah...boleh buat kat mana2 selagi patuh SOP kan...adik aku suka ni, tapi dia da ada hobi baru lak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr kot laaa ko nak join gakk, jomm lerr hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.