MENGINAP DI 'EXECUTIVE SUITES' SUASANA ALL SUITES HOTEL JOHOR BAHRU, DAH MACAM RUMAH SENDIRI!


MENGINAP DI 'EXECUTIVE SUITES' SUASANA ALL SUITES HOTEL JOHOR BAHRU, DAH MACAM RUMAH SENDIRI! | Yaa dah macam berada di rumah sendiri aja gayanya. Dengan keluasan seluas 644sq feet, ianya memang satu ruang yang besar di lengkapi dengan 1 ruang bilik tidur, dapur, ruang makan dan ruang tamu, tandas beserta makeup room dan juga balkoni yang menyajikan pemandangan bandaraya Johor.

Baru-baru ini Sis berpeluang menginap di Suasana All Suites Hotel Johor Bahru yang terletak di pusat bandaraya Johor (belakang Persada), di mana bangunan dan liftnya bersekali dengan Amari Hotel dan juga Zenith Hotel. So korang jangan rasa sesat plak kalau masuk bangunan ni tapi ada nampak ada hotel lain dalamnya. Yaaa sekali 3 hotel dalam satu bangunan yaa.. 

Penginapan 2 hari 1 malam Sis bersama anak Sis memang percutian tanpa di rancang, main redah aje, dan kebetulan Executive Suites ini baru sahaja di buka untuk tempahan pada Isnin lepas dan jika sekarang korang nak menginap di sini, yaaa sudah boleh. 

Harga memang sangat berpatutan serendah RM330nett dengan servis dan kelengkapan yang di sediakan. Sis sendiri pun teruja waktu pertama kali melangkah masuk ke dalam Executive Suite ini yang berada tingkat 32. 

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Haaa ko tengok laaa tu, besar tak bilik Sis? Untuk 2 orang memang tersangat laaa luas dan lapang. Sebab tu Sis kata, menginap di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, dah macam rumah sendiri! Kan kann...lengkap semua kelengkapan dan keperluan. Kalau datang sini korang bawa baju aje laa then enjoy laaa berehat macam rumah sendiri.

Betul! Executive Suites ni kalau korang nak stay sini, pastikan memang korang datang untuk berehat dan tinggalkan semua masaalah kerja atau memang nak releasekan tension. Sebab menginap di sini dengan apa yang korang lihat di atas, satu percutian yang sangat menenangkan. Memang puashati laa. Yang bestnya korang boleh menonton filem unlimited, sampai la ko tertido hehehe.

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Executive Suites ni ada banyak pilihan jika korang nak stay. Bagi Sis yang datang berdua dengan anak, Sis amik aje yang 1 bedroom, so dalam bilik menempatkan satu buah katil King. Tapi jika korang datang family, lebih dari 4 orang, korang boleh amik Executive Suites 2 bedroom atau 3 bedroom. Yang itu memang sangat luas dan puashati!!. 

Untuk bilik Sis 3203 ni, kalau ko ke balkoni, pemandangannya nampak le sekitar bandaraya Johor tu. Tak le indah sangat pemandangannnya. Tapi bagi Sis tak amik port pun, bukan ko nak tido kat balkoni pun, silap-silap ko pi balkoni tu semata nak bergambo aje hahahaha. Yang penting keselesaan berada dalam dalam tu haa.. 

Dan yang BESTnya!! Ada arissto machine coffee woo!! Ini paling Sis teruja nau bila nampak. Dannnnn dek kerana selepas menginap di sini lerr, sampaikan 'now' Sis sendiri sudah ada arissto machine coffee ni di rumah sendiri hahahaha.. adeiii memang lain machiamm rasa kopinya, tu yang Sis suka!! 

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Untuk biliknya pula, ianya menempat 1 buah katil King yang sangat-sangat selesa, besar dan paling bestnya bantal dia tu tak lokek! Yaa Sis suka akan bantal di tempat tidurnya, satu bantal besar dan satu lagi satu bantal kecik, memang best, gebu, lembut dan mudah sangat Sis lelapkan mata. Bukannya apa, ada sesetengah hotel, bantalnya keras oi, then sebiji ajee.. so bila dapat gini, satu kepuasan tidur bagi Sis di sini. 

Kalau dari gambar tu, korang akan nampaklah tandasnya ada 2 pintu kan? Satu pintu dari ruang depan, dan satu lagi pintu dari dalam bilik, so mudahlah kita nak masuk pintu tang mana gitu, asalkan ko masuk keluar jumpa tandas tahun 2020..hahahahaha. 

Semua kelengkapan lengkap! Untuk set mandiannya bau dia wangi giler, sampai Sis sendiri tak guna pun Sis punya. Mana taknya set mandian Executive Suites ini dari Gilchrist & Soames UK ko! Patutlaaa wangi..syhhh Sis siap bawa balik wangian sabun dia hahahaha..mohon halal yaa.. 

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Eh..banyak pulak gambar nak cite pasal bilik airnya saje ek hahahaha.. Ye laa bilik airnya luas macam boleh tidur sorang dalam tu haaa. Siap ada makeup room dan ruang mengosok. Almari pun siap sedia dengan hanger dan juga bathrub (baju lap mandi aka baju buat tidur, Sis ko belasah) hahaha.. 

Tadi dah kata dah bantal di bilik tidurnya tak lokek kan, haaa tu ko tengok, pun ada lagi extra bantal dia bagi, memang nak bagi tidur tak bangun-bangun ke haperrr ni haaa.. Peti besi keselamatan pun ada. Dan yang syokknya iron dia. Sis ko gosok baju kan, dah macam pakai iron steam jenama mahal tu oii, sekali gosok depan, dengan belakang sekali siap tergosok, canggih betul.. 

So korang yang menginap di sini, bawa je laa baju, then lain-lain keperluan, guna aje yang sedia ada, memang puashati. Haaa jangan lupa pulak baju mandi dan juga baju bersukan, sebab apa lepas ni kita nak ke kolam renang dan juga gym! Moh leee kita..

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Jeng jeng jeng...lawa tak suasana kolam mandi di Suasana All Suites Hotel Johor Bahru ni? Yaaa untuk ke kolam mandi (swimming pool), dari tingkat Executive Floor tingkat 32 tu, korang kena masuk lift turun ke tingkat 33A ya. Di sini terletaknya Suasana Suites Cafe Johor Bahru yang mana makan sarapan pagi, tengah-hari dan malam semuanya di sini. Yup, betul dekat dengan kolam tu. 

Haa yang viral set Romantic Dinner tu pun, mereka buat di Suasana Suites Cafe Level 33A ni juga. 

Gym dia? Yaaa pun sama juga bertempat di level 33A ni. Masuk je pintu depan tu, korang akan nampak Gym dia dulu sebelah kiri, sebelah kanan Suasana Suites Cafe, dan jalan terus ke depan, barulah jumpa kolam renang tu. Untuk kolam renang dan Gym, di buka dari jam 7am hingga ke 10pm yaa. 

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Dari siang check-in membawa ke malam memang tak puas meronda, walaupun pusing-pusing situ juga hahahaha.. Ye laaa kita nikmati pulak suasana malamnya selepas makan malam kan. Memang cantikkk woo.. Sis dan anak lepak lee sekejap sambil makan keropok di kolam menikmati suasana malam dari Suasana Suites Cafe ni. 

Nak bergambar lebih-lebih, maklum lerr pencahayaan bukannya on point nauu..buat sakit jiwa aje kang nengok. Dapat le sekeping dua buat kenangan di sini. Bila lihat anak dah letih, moh lee kita balik tidur. 

Eh pstt tu ko nampak tu depan lift ada kursi hehehe, menarik perhatian betul kat Sis tau. Kisahnya berguna juga kursi tu depan lift, sebab menunggu lift yang naik turun tinggi tu makan masa, so dapatlah berehat duduk kejap hahahaha... Prihatin  sungguh tau mereka ni, maklum laa, Sis ni ala-ala masuk katagori 'warga tua' lutut kendur nak berdiri lama hahahaha.. 

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Pagi Sabtu tu, rasa macam alahaii malasnya nak bangun dari katil, dengan ekonnya yang sejuk, bantal selimutnya yang gebu, lagi tambah malas nak bangun oii.. Nak taknak kena bangun, sebab berkejar nak pi Gym dan juga sarapan pagi. Biar cepat pergi, cepat kenyang kakakakakah.

Sebelum makan, dapatlah melayan sekejap dalam Gym tu barang 15minit hahahaha. Kalori ko terbako tak sampai pun 50 calories, masuk Suasana Suites Cafe, bedal sarapan pagi, lagi berganda-ganda tambah kalori hahahahaha.. matikkk laa nakkk, semua makan di sini sedap semuanya huhuhu. 

Yaaa untuk sarapan pagi tiada buffet buat masa ini, hanya ala-carte sahaja. Untuk pagi tu Sis orderlah Freddies's Signature Fish Soup Noodles dan untuk anak Sis, dia makan American Classic Breakfast. So far okay laa rasa fish soup tu, tapi pastikan korang minta lada jeruk, lagi tambah sedap woo. Menu sarapan pagi lain ada juga, Lontong dan juga Nasi Lemak. Sebab yang dua tu biasa-biasa, so sebab itulah kita amik yang luar biasa hahaha.. tapi tetap sedap masakan airtangannya Chef Ben Ting!.. 

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Lepas sarapan, Sis teruskan lagi jenjalan pusing-pusing sekitar kawasan. Dan kalaulah korang banyak nauu baju kotor, di sini pun ada sediakan ruang mencuci baju, alaa senang cakap dobi laa. Yaa di tingkat yang sama juga. So sambil korang mencuci, korang boleh jenjalan di kolam sementara menunggu baju siap. *lupa nak tangkap gambarnya. 

Dan seperti biasa laa, check-in jam 3pm, dan check-out jam 12pm, tapiii jika korang menginap di Executive Suites ini, mereka beri kelonggaran sikit untuk Complimentary Late Check Out at 1pm , maksudnya, korang boleh laa check-out lewat sikit hingga 1pm  dan terus menunggu Hi-Tea. Aperr Hi-Tea?? Hahahaha..

Yaaa barangsiapa yang menginap di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, akan mendapat PERCUMA Hi-Tea seperti gambar di atas tuuu.. Set minum petang mereka berikan percuma kepada korang. Ekslusif okay!! Menu tersedia hanyalah menu makanan kuih-muih tradisional kita aja. Antaranya, Mee Siam, Kuih Kaswi, Onde-onde, Popia, Samosa, Carrot Cake, Brownies Cake & juga free flow Teh Tarik. Not bad laa, semuanya sedap aje bagi tekak Sis hahahaha. 

Menginap Di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Dah Macam Rumah Sendiri

Kalau menginap siap pakej macamtu sampai petang kenyangnya, lepas check-out balik! terus membuta aje kann hahahaha. 

Dan jangan lupa! Patuhi SOP, pakai pelitup mulut dan jangan scan suhu pakai tangan hahahaha.  

Sekian sahajalah perkongsian pengalaman Sis menginap 2 hari 1 malam di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru kali ini. Ada rezeki kita stay yang 3 bedroom plak, boleh bawak Suami dan anak-anak yang lain.. 

Untuk tempahan dan pertanyaan harga, korang bolehlah terus hubungi +607-2670148 atau direct ke sales team mereka Ms Efnerina +60 17-767 5074 atau Ms Izzati +60 11-273 88910. Ye laa nak sebut harga kang, takut ada promo lain plak kan? So better korang tanyalah sendiri ya. 

Suasana All Suites Johor Bahru
82C Jalan Trus, 80000 Johor Bahru
Email: reservationssjb@umland.com.my


Terima kasih Suasana All Suites for excellent hospitality yang sangat memberikan kepuasan! 


P/S: Sis memang enjoy gile stay sini, tak dann nak keluar makan ke atau jenjalan sekitar bandar. Just stay and relax, enjoyyy the every moments ❤

18 comments:

  1. rindu betul suite dia...sampai ri ni masih belum move on..haha...terkenang2 woiii

    ReplyDelete
  2. Nice sangat la bilik dia.. Memang homey je rasa. Tengok dari gambar pun memang rasa tak nak balik je... :)

    ReplyDelete
  3. Seelesa dan nampak mewah. Suites tu lawa, tapi kalau un p ramai2 pun ambil bilik biasa,, bilik suites tak padan dengan harga,.. best tu mmg best..kalau ada org belanja okay je..heheh

    ReplyDelete
  4. fancy gateaway ni! bestnyaa..rasa nak pergi pula

    ReplyDelete
  5. serius cantik la bilik die..nampak mewah sangat. jarang hotel bagi mesin coffee tu. wah..coffee morning la di tepi jendela kan.hehe

    ReplyDelete
  6. wow memang besar suite dia, yg best semuannya lengkap dan selesa dan harga pun sangat berpatutan.

    ReplyDelete
  7. Suasana sesuai dengan suasana hotel tersebut. Hahaha. Seronoknya orang tu takda PKPB ehhhh. Memanggil kita di KL utk ke hotel. Sedapnya masakan chef kan. Huwaaaaaaaaa.

    ReplyDelete
  8. Luas betul bilik dia.memang terasa tak nak balik camni. Dengan makanan menyelerakan tu, hurm bila nak habis PKPB ni..lol

    ReplyDelete
  9. Menarik, dalam hotel ada hotel lagi. Konsep hotelnya pun macam homestay tapi hotel

    ReplyDelete
  10. cantiknyaaa hotel dia dah macam duduk rumah sendiri tapi vibes ala-ala rich people

    ReplyDelete
  11. omg cantiknya tempat ni! siap ada gym, swimming pool and coffee machine lagi! cant wait to visit :)

    ReplyDelete
  12. Suka sangat konsep staycation kat Suasana Hotel ni.. byk sgt instaworthy spots lak tue.. silap hari bulan masuk hotel tak kuar explore sekitar dah.. bergambar jer kerja.. Cafe dia pun awesome macam dining kat awangan. Swimming pool view pun cantik.. perfect la tempat ni..

    ReplyDelete
  13. pertama sekali tengok tempat Makan dan makanan yang disediakan. Kedua bilik dan bilik air. ketiga tempat untuk ootd. haishhhh nak stay jugak laa

    ReplyDelete
  14. Tempat dia memang eksklusif sangat la.. Cantik sangat.. Besr pulak tu bilik dia.. Siap ade mesin kopi.. Makanan pulak sedap.. Huishb bestnya kalau menhinap dekat sini

    ReplyDelete
  15. cantik sungguh la suite dia... design luar pun cantik je boleh ootd... ohhh kat sini la ek akak terpikat nak beli aristo tuu...hahhahhaah

    ReplyDelete
  16. Harga yg sangat berpatutan untuk suite yg sebesar tu. Sesuai untuk bawak keluarga atau buat slumber party with the girls. :-)

    ReplyDelete
  17. Nampaknya macam best lar menginap dekat suite yang amat besar ni. Wow. Memang sesuai untuk seisi keluarga yang besar kan.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.