BUKAN SENANG NAK MAAFKAN DAN LUPAKAN


BUKAN SENANG NAK MAAFKAN DAN LUPAKAN | TENGAH free ni kita sambunglah menulis sambil menunggu ikan dan ayam defrost dalam sinki tu. Suami pula tengah takde ni, ada urusan 'kerja' laut, so kita free and easy je laa hujung minggu ni. Lagipun semalam dah seharian 'dating' ke sana sini dengan Suami, makanya harini kita kendiri di rumah pula. 

Niat hati nak sambung tidur bila tengok hujan turun dengan lebatnya, tapi sayangkan 'masa' tu, so lebih baik kita isi masa dengan menulis aje laa.. dan Sis terpanggil nak berkongsi satu pembacaan Sis di satu website ni yang menyentuh mengenai 'MAAF'. Lagi pulak semalam bila tengok episod akhir drama Ayahanda semalam, Sis sendiri berkata, 'Mudahnya memaafkan'... 

Tapi tu dalam drama lerrr, cuba realitinya.. ko ingat senang ke nak maafkan semudah itu dalam kes Mazni tu.. silap-silap perang tarik rambut kalau berjumpa depan mata oiii..dan kalau ada pun, tu engko, bukan Sis... kalau berani maii lerr cuba yaa.. bagi yang tengok drama Ayahanda tu, ye faham, kalau tak tengok, silalah tengok episod-episod minggu terakhir drama Ayahanda tu..

Bukan Senang Nak Maafkan Dan Lupakan

SEJUJURNYA untuk menyebut perkataan maaf adalah begitu mudah berbanding dengan payahnya untuk memberi kemaafan. Kebanyakan kita sukar untuk memaafkan kerana melibatkan hati yang cukup terluka. Tambahan pula, segala kezaliman yang dilakukan kepada kita bukannya mudah untuk dilupakan hingga mengganggu ketenangan hidup.


Akibatnya, segala aktiviti harian, segala kudrat tenaga, pemikiran dan perasaan kita akan dikerahkan untuk memikirkan soal tersebut hingga menjadi letih dan ada ketikanya perasaan sedih bercampur sayu berpanjangan. Akhirnya tiada lagi kekuatan untuk menceriakan diri. Paling tidak menangis aja sendiri. 

Sebetulnya berkaitan dengan maaf dan lupa, bukan senang nak maafkan dan lupakan, ianya dibahagikan kepada empat kategori iaitu; 
Maaf dan lupa
Maaf tetapi tidak lupa
Sudah lupa tetapi tidak maaf dan 
Tidak maaf dan tidak lupa.

Sis kategori, Tidak maaf dan tidak lupa. 

Bila di lihat kepada empat kategori tersebut, ramai beranggapan bahawa ‘Maaf dan lupa’ berada pada kedudukan yang tertinggi kerana menggambarkan kita begitu ikhlas memaafkan kesalahan mereka. Sebaliknya, jika kita telah memaafkan namun masih tidak dapat melupakan bermakna kita masih belum ikhlas untuk memaafkan mereka. Betul tak?.

Persoalannya, adakah secara realiti kita boleh melupakan segala perbuatan jahat kepada kita selama ini?

Adalah mustahil kita boleh melupakan segala peristiwa yang terakam di minda kita sama ada sesuatu perkara itu baik atau buruk. Sebab itu, bagi mereka yang mengatakan bahawa mereka telah maaf dan melupakan perkara tersebut adalah sebetulnya telah menipu diri sendiri.

Isunya adalah cukup jelas, kita akan mengingati semua perkara buruk yang berlaku kepada kita cuma harus mempelajari bagaimana untuk memastikan peristiwa tersebut tidak mengganggu diri kita. Apa yang nyata, kegagalan kita menangani hal tersebut boleh mendorong kita menjadi tidak tenang dan resah gelisah.

Dan disebabkan itu, untuk sentiasa berfikiran positif, kita tiada pilihan, kita harus berusaha untuk memaafkan dan mengawal setiap peristiwa yang menyakitkan tersebut hibernate atau tidak aktif dalam minda kita. Ini bermakna, kita harus ‘mengunci’ peristiwa tersebut supaya tidak menghantui diri kita lagi.

Secara kesimpulannya, syarat utama untuk ‘mengunci’ peristiwa tersebut adalah dengan memastikan kita menjauhi segala trigger atau pencetus yang boleh memudaratkan kita. 

Bukan Senang Nak Maafkan Dan Lupakan

Memaafkan?

Tiada yang lebih berkesan untuk menjadikan setiap peristiwa yang menyakitkan dalam minda kita kekal tidak aktif adalah dengan cara memaafkan walaupun berat. Tapi benarkah memaafkan dapat melupakan? Semudah itu ke?.

Ramai akan berkata; Jika hati kita sakit, marah dan kecewa, kita perlu segerakan kemaafan tersebut walaupun tidak menyebutnya secara zahir kerana dapat menjadikan kita tenang pada waktu yang tidak selesa.

Persoalannya; Tapi jujurkah kita pada diri kita sendiri?
Jawabannya; Hanya kemaafan boleh meneutralkan segala peristiwa buruk yang tidak dilupakan. 

Tapi itu bagi korang, dan bukan bagi Sis. . sekian.. 
Semoga Sis dikurniakan ketenangan pada dunia tipu-tipu ini.. 


P/S: Lebatnya hujannn.. lepas masak, makan, then tidur hehehehe.. jommm leee ..

5 comments:

  1. Ako pun tgk last episod semlm, tak sangka citer tu citer sebenar penulis rupanya..
    Nasib hepi ending...

    Yup nak sebut perkataan maaf ekceli realiti mmg susah!!
    Still, ako sendiri pun sesah nak maafkan orang, apatah lagi ako nak minta maaf ngan org ..

    ReplyDelete
  2. Nak lupakan itu tidak mudah sis. kadang semakin berusaha lupakan semakin jelas. Semoga apa pun yang kita rasa, seiring waktu hati dan fikiran kita boleh benar-benar memaafkan dan melupakan dalam masa yang sama.

    ReplyDelete
  3. Nasib baik wak tak pernah tonton drama Ayahanda tu

    ReplyDelete
  4. Last citer ni SA macam x puas hati la...macam cliche sangat...kalau bleh buat la ending dia lagi gempak..Mazni tinggalkan aziz ke..menyirap jer tengok perangai Mazni tu...for SA juga...entahlah..melupakan tu mmg x la..memaafkan tu boleh cuma x tau la ikhlas ke x memaafkan...

    ReplyDelete
  5. Betul tuuu..susah...tengok pada kesalahan la..hmm

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.