PAGI-PAGI DAH SIAP MASAK KAMBING KURMA BERIANI


PAGI-PAGI DAH SIAP MASAK KAMBING KURMA BERIANI | MASA posting ni keluar, Sis baru aje mengemas siap dapur dan menunggu nak mengeringkan peluh sambillah duduk menaip blog ni haa.. kira posting ni dah macam 'fresh from oven' okay hahaha.. maunya tak, pagi-pagi dah siap masak kambing kurma beriani, ko ngase?..

Last minit kata Suami semalam malam, opisnya ada buat makan-makan untuk raikan sambutan hari lahir Suami baru-baru ni. So ada budak opis yang order makanan tapi Suami minta Sis masakkan lauk kambing untuk di bawa ke opis. 

Mulanya nak mencari udang ke nak masak sambal udang, tapi semalam ke sana ke sini mencari udang, semua tak berapa besar dan tak berapa elok, so ada stok daging kambing tu, Sis kata masak aje la kambing.

Pagi-Pagi Dah Siap Masak Kambing Kurma Beriani

Pagi-Pagi Dah Siap Masak Kambing Kurma Beriani

Macam biasa laa, kalau masak daging, kenalah lembutkannya dulu dalam periuk Noxxa. Memang sejak ada Noxxa tu, senang kerja memasak Sis bab daging ni. Dah takde dah makan daging liat hehehehe.. walaupun periuk Noxxa tu dah pecah, tapi sedia berkhidmat tiap kali Sis nak gunakannya.

Cuma, sejak dah pecah tu, hanya Sis aje yang boleh guna dan tau nak gunakannya dalam keadaan pecah tu. Orang lain termasuk anak pun tak berani hehehe.. tapi tak mengapa, kan dah ada peiruk pressure cooker baru tu, opssss... hehehehe.. nanti kita rasmikan okay.. 

Mesti korang agak pelikkan, dah kurma, pastu beriani pulak tapi takde nasi beriani.. heheheh yaaa masakan ni Sis guna dua pes rempah, rempah kurma dan rempah beriani.. tu yang dinamakan Kambing Kurma Beriani.. 

Pagi-Pagi Dah Siap Masak Kambing Kurma Beriani

Pagi-Pagi Dah Siap Masak Kambing Kurma Beriani

Resepi sama je macam korang masak kurma daging, cuma korang tambahkan rempah beriani ke dalamnya, ikutlah anggaran berapa banyak daging korang masak, sama banyaknya dengan rempah kurma. Rasa dia sedap, korang cubalah.. 

Dan untuk resepi masak kurma ni, biasanya Sis follow resepi Mat Gebu ni.. memang sedap, cuma bahan sampingan macam lada hijau, tomato semua Sis tak letak, last minit pepagi ni, memang masak kosong aje. Kalau letak lagi sedap.. Tadi tu masak mana sempat je laa, janji sedap.. 

Alhamdulilah, Suami dah bawa ke opis dah tu.. harap kenalah dengan selera tekak mereka yaa.. Dan ada gak tambahan, Sis orderkan roti jala dua kilo beserta kari juga untuk Suami bawa ke opis.. Rezeki merekalah harini.. 

So semua dah siap masak, apalagi, jom laaa kita duduk mengosok baju dan tudung pulak.. 


P/S: Haraplah panas sampai ke petang ni, duk sidai bantal dan karpet tu berderet di luar... 

4 comments:

  1. sedapnya nampak. saya tak pernah lagi makan kurma kambing. ada rezeki nak try lah nanti

    ReplyDelete
  2. Ya Tuhan, godaan apakah ini....

    ReplyDelete
  3. Sesekali makan kurma kambing memang terhiburlah tekak dan perut..huhuhuhuhu. ngences..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.