RESEPI BUTTER CHICKEN CHEESE MUDAH DAN SEDAP


RESEPI BUTTER CHICKEN CHEESE MUDAH DAN SEDAP | MENU semalam Sis masak untuk anak-anak. Yaa memang masak satu menu ni aja semalam, semangkuk terak Sis masak. Then gorengkanlah telur dadar sebagai menu tambahan.. memang semalam mood nak masak bebanyak lauk malas, so masak sejenis ni jer.. pun licin semangkuk.. 

Butter Chicken Cheese memang kegemaran anak-anak. Lagi banyak cheese lagi anak suka, tapi banyak sangat kang muak pulak kan, letak agak-agak je laa.. dan lagi satu kena pedas dan agak pekat, kalau masak cair sangat, anak tak suka, dan rasa light-light butter pun anak tak suka, so kena pedas-pedas manja sikit, baru sedap. 

Kalau Ayahnya memang tak layan le menu ni, muak katanya. Untuk Sis okay jer, buat jamah-jamah.. semalam pun Sis tak makan nasi, gatal order Mee Celup kat Foodpanda, teringin beno nak makan Mee Celup. Nasib baik dapat yang sedap, so puas lee hati makan semalam. Anak-anak makan le butter chicken cheese mereka hehehehe.. 

Resepi butter chicken cheese mudah dan sedap ni ada Sis bagi di bawah ni, bagi yang nak mencubanya, silalah.. paling senang nak memasaknya.. 

Resepi Butter Chicken Cheese Mudah Dan Sedap

Resepi Butter Chicken Cheese Mudah Dan Sedap

Resepi Butter Chicken Cheese 

Bahan-bahannya : 

Ayam di porong kecil dan di goreng terlebih dahulu. 
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Cili padi 
    *semua di cincang

  • Daun kari
  • Kepingan cheese
  • Susu cair
  • Bahan perasa

Cara Memasaknya :
  1. Bawang putih, bawang besar dan cili padi di cincang. 
  2. Kemudian panaskan kuali masukkan butter, bila butter cair masukkan bahan cincang beserta daun kari.
  3. Tumis sehingga naik bau, kemudian masukkan ayam yang sudah di goreng, gaul-gaul rata. 
  4. Masukkan susu cair, kuahnya ikutlah banyak mana ayam korang. Masukkan bahan perasa. 
  5. Kemudian masukkan cheese, gaul-gaul, bila agak pekat, tutup api. 
  6. Sedia hidang. 

Mudah kan? Dan sedap, yumsss.. 


P/S: Anak kata kalau menu ini hari-hari pun takper, ermmm ...

10 comments:

  1. ermmmm muak oii klu hari2 hahaha

    ReplyDelete
  2. Menu fav Iman ni. Hari2 pun tak apa, sama laaaa.. hahaha

    ReplyDelete
  3. fuhhh mantap..lemak-lemak tu..aduss..syok..nak lagi best ratah macam tu je..

    ReplyDelete
  4. Telan air liuq jap mak tang ni. Bisok ku nak buat tak ada geng nak makan.

    ReplyDelete
  5. sedap tapi tak boleh makan selalu, muak kadang tu heheheh

    ReplyDelete
  6. Sedap butter chicken cheese. Pedas pedas tu baru tak muak makan.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.