GARA-GARA TENGOK ATLET OLIMPIK, AKU BELI FACEMASK KN95 NI


GARA-GARA TENGOK ATLET OLIMPIK, AKU BELI FACEMASK KN95 NI | IKUTKAN dah melambak facemask kat rumah ni, satu kotak simpanan khas facemask tu penuh dengan facemask dari pelbagai jenis dan warna, tapi ehhh tetap juga nak beli lagi. Ni semua gara-gara tengok atlet olimpik aku beli facemask KN95 ni hahahaha.. 

Kadang tu memang suka belek dan tengok dalam Shopee, macam-macam jenis, corak dan warna ada, makin lama makin cantik facemask. Cuma tu lerr, ikutkan beli ikut keperluan aje kan, tapi sekarang facemask ni kalau beli tak rugi mana pun, memang kita wajib kena pakai pergi mana-mana. Tapi masaalahnya, sekarang ni nak pergi memana pun takde, so nak pakai bilanya? Hahahaha.. 

Tapi jujurnya laaa, kalaulah negara kita Malaysia ni kes Covid19 ni dah beransur baik dan pulih , insyaAllah Sis tetap nak pakai facemask, sebab fobia nak berdepan dengan orang ramai, masih dalam keadaan berjaga-jaga. Ye laa viruskan, kita mana nak nampak. Dah rasa macam, sana sini ada virus oii.. 

Dulu sebelum Covid19 ni pun, waktu Sis pergi Korea, rakyat mereka memang sentiasa pakai facemask, kadang duk tenung gak facemask dia, lain dari lain, dan bila dah kena macam ni, mereka dah biasa dah. Macam kita ni tak biasa, tu yang kadang pakai sekejap, dah semput hahahaha.. 

Gara-Gara Tengok Atlet Olimpik, Aku Beli Facemask KN95 Ni

Gara-Gara Tengok Atlet Olimpik, Aku Beli Facemask KN95 Ni

Kalau sebelum ni Sis beli jenis KF94 3ply 3D Protection Filter Mask, so selepas nengok majlis perasmian pembukaan sukan Olimpik baru-baru ni, dan bila nengok atlet Malaysia dan lelain tu pakai facemask KN95 4ply ni, terus Sis belek Shopee dan membelinya. 

Kalau pakai KF94 tu je dah rasa semput, bila pakai KF95 ni waduh... lagi rasa double tercungap oii.. sama macam pakai double facemask gak rasanya. Cuma dia agak selesa sebab ada ruang jarak antara hidung dan mulut tu dengan facemask kita, sebab ada muncung tu laaa..tak reti nak tulis macam mana hahaha.. 

KF94 tu pun dah okay sebenarnya, tebal dan selesa juga, tapi sebab nak double protection lagi, so beli plak jenis KF95 ni. Lebih tebal, lebih protect dan lebih selesa. Suami pun Sis beri dia guna yang ini. Sis dah pakai dah, cuma haritu masa pakai, banyak urusan, so sampai terlupa nak selpie bagai hahahaha.. 

Nanti laa Sis posing masa pergi cucuk vaksin dos 2 hehehehe.. 
Baju vaksin i pun dah sampai, hahaha tiberrrrrrr... 

Gara-Gara Tengok Atlet Olimpik, Aku Beli Facemask KN95 Ni

Gara-Gara Tengok Atlet Olimpik, Aku Beli Facemask KN95 Ni

Bezanya topeng muka jenis KN95 4ply boleh menapis virus pada kadar 95 peratus, bakteria (100 peratus), debu (100 peratus) dan debunga (100 peratus).

Fungsi facemask 3ply sama seperti KN95, iaitu boleh menapis virus pada kadar 95 peratus, tapi hanya menapis bakteria pada kadar 80 peratus, debu (80 peratus) dan debunga (80 peratus). So ikutlah korang nak lebih protect pilih yang mana. Cuma harga KN95 lebih mahal sedikit jika di jual di pasaran luar. 

Dan kebetulan orang kata rezeki kan, duk belek Shopee tu, sekali ada sale 99% off ko, so Sis dapat beli facemask KN95 ni dengan harga hanya 98sen sahaja hahahaha.. Tu yang Sis borong banyak sampai 30pcs. Geram punya pasal hahahaha.. puashati.. 

Bagi korang yang nak membelinya, cari aje laa di Shopee, ada yang murah dan ada yang mahal, tak kisahlah, janji pakai facemask ketika berada di luar okay. SOP jaga, jangan jadi 'beruk' di tepi jalan tu huhuhuhu.. nyampah kita 👿


P/S: Kita usaha, kita patuh, kita elak, tapi sampai bila nak macam ni?????.. cer jawab???... 

16 comments:

  1. Mask yg aritu beli pun x pakai lagi weii hehehe... Ater kita ni dok la mengumpul mask kekdahnya ye hehe

    ReplyDelete
  2. senang terpengaruh akak ni hehehhe.. tapi sekarang memang keperluan kn face mask nih

    ReplyDelete
  3. SA beli jenis yg K94..pun selesa..beli byk terus sbb KL kes tinggi...

    ReplyDelete
  4. Sama la. ritu bantai beli stok bebanyak sudahnya sama jugak tak kemana.

    ReplyDelete
  5. Sib baik beli mask .. kalau baju terjun ke gimnastik? huhu

    ReplyDelete
  6. Yeah, KN95 face mask is good. I'm also using this one now. Thank you for sharing your experience with me.

    ReplyDelete
  7. nampak lain kan..yelah selalu tgk citer korea diorang pakai mask mcm ni. dh terbiasa pakai even tak covid pun..kita la yg tak terbiasa

    ReplyDelete
  8. Tapi kan sis, kalau muncung panjang gitu, acaner nak double mask ye? Ke takyah double mask kalau dah pakai nie?

    Rawlins minat gak nak beli tapi sebab muncungnya tu

    ReplyDelete
  9. gara gara olimpik ya , hehe cantik juga reka bentuk face mask ni

    ReplyDelete
  10. Niceee...huhu..Moga sentiasa dilindungi dari wabak Covid 19 ni...Entahlah sampai bila, nak jawab pun i tak tahu la..HAHAHASaya dah beli jugak baju vaksin, baru dapat harini...standby aje..hahahahahaha...

    ReplyDelete
  11. Nampak macam selesa je sis. Btw ni berapa kali boleh pakai dan ada berapa dalm tu? Rasa macam nk beli juga risau dengan keadaan sekrg

    ReplyDelete
  12. Elok mask mcm ni sebab selesa nak bernafas. Sekarang pun better double mask kan memang sesuai sangat.

    ReplyDelete
  13. Bagus sis! bab facee mask ni tak boleh main main, kita kena pakai yang betul betul protective.

    ReplyDelete
  14. Kakk saya pun terjebak. Masa beli tu excited benor. Tak tanya pun headloop or ear loop. Hahahahhahaa. Sudahnya ruby serahkan kepada suami. Kahkahkah. Ambil lah utk u sayang. Padahal takleh pakai. Kikiki.

    ReplyDelete
  15. Pengaruh olimpik sangat ni. saya suka pakai jenis KF94. Lebih selesa dan selesa juga untuk double mask. Yang KF95 belum terjebak lagi. hihi
    Lagi selesa kot muncung gini

    ReplyDelete
  16. Nell pun dah start guna mask ni sejak company recommend this especially nak pergi buat groceries or tempat lebih ramai orang.. good one kan.. nanti nak topup stock boleh get this juga la from Shopee ya..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.