ALHAMDULILAH, REZEKI DARI LAUT


ALHAMDULILAH, REZEKI DARI  LAUT | AGAK lama juga laaa takde makan ikan segar dari laut, dan semalam alhamdulilah, rezeki dari laut Allah beri. Fresh from the sea hahaha.. ini pun dah suku, ada separuh lagi dah banyak sedekah kat orang je kata Suami. Banyak-banyak kang ada termuntah pulak freezer kat rumah ni..

Paling Sis suka dan teruja, haaa tu Ikan Bayan yang color ala hijo biru tu, sedap woo kalau di bakar aje tanpa buang sisiknya. Suami memang tau Sis suka ikan tu, tu dia kata, ikan lain dia bagi orang, ikan bayan tu semua dia kutip sebab tau Sis suka hehehe.. alhamdulilah.. 

Alhamdulilah, Rezeki Dari Laut

Dan yang merah tu, Ikan Kerapu Bara, itu ikan kegemaran Suami. Mahall woo ikan tu kalau jual di kedai. Pernah sekali kami makan seafood, duk tanyalah tokei kedai, ikan apa sedap, sekali dia baginya ikan kerapu bara ni masak stim limau, Suami dah kata dah, mahal ni woo ikannya, memang betul, time nak bayooo, terkejut kami anak banak, ikan aje dekat dua ratus lebih, amekkawww... 

Sejak dari tu, kalau nak makan, memang tak amik lee kerapu bara ni, atau di kenali dengan Red Grouper, ehh ye kann.. tapi berbaloi arrrr, memang sedap nak matikkk rasa ikannya.. Sis yang tak suka makan ikan kerapu, tapi kalau kerapu bara ni, Sis makan, sedap isi dia, lagi kalau masak stim... 

Dah selamat di potong-potong ikannya malam semalam dengan Suami. Bertambah stok lauk basah dalam freezer.. alhamdulilah, rezeki dari laut. Anak kata dah macam restoran, nak makan apa cakap hahaha.. tapi kalau tak rajin, tak berasap gakkk hahahahaha.. 

Okaylah, tu je nak share.. tengah free and easy ni kan, up lee satu post..selagi ada masa, kang time bizi, jangan kata satu post, dua hari pun tak update blog kang hahahaha.. 


P/S: Agak-agak malam ni ada bunga api Merdeka tak ek...

3 comments:

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.