MASAK CAMPAK-CAMPAK PUN SEDAP JUGA!

MASAK CAMPAK-CAMPAK PUN SEDAP JUGA! | KALAU dah malas, memang masak pun campak-campak je la kan, tapi masak campak-campak pun sedap juga okay! Hehehe. Tu sedap bagi tekak seisi rumah Sis laa, untuk tekak family korang Sis tak tau laa.. sebab ada orang bila masak details gilerr segala bahan dan cara, tapi kalau Sis, masak je apa ada, janji masak, perut pun kenyang. 

Nak tunggu semua bahan ada, memang lambat ler nak masak. Nak ke kedainya, nak siapkan bahannya lagi. Lain kalau memang dah prepare awal-awal, haaa yang tu bolehlah masak gaya 'chef' kat dapo, kena kat Sis Lin ko, jangan kata masak je campak-campak, nak hidang pun, Sis tayang dari kuali dan periuk batu Sis jerr ko hahaha.. #AdaAkuKesah 

So far dah doploh lapan tahun kawin ni, kalau suruh Sis masak apa jer, bolehlah berani Sis mencubanya, cuma ada certain tu kadang, beranikan diri mencuba, bila dah menjadi, nak cuba lagi, adoiii seriauuu... satu perangai Sis, bukan kata dah cuba, terus konpiden nak buat lagi, tapi jenis takut nak buat lagi, takut lain dan rasa tak sama, huhuhu.. 

Contohnya masa Sis masak Nasi Dagang dan juga Sup Tulang Merah, haaa itu memang jujurnya sekali tu buat, memang cun gilerr kejadiannya, lepas tu sampai laaa ni Sis takde buat lagi hahahaha..  takut tak menjadi seperti sebelumnya kekekek..

Mee Bandung Mudah Dan Sedap

Dan lagi satu kalau masak versi campak-campak ni, yang jenis masaknya guna 'pes', haaa tang guna pes tu memang best hahaha.. ko masak camne pun, kompom sedap, tapi kalau pesnya sedap laaa.. Macam Pes Mee Bandung Mak Pon yang Sis guna ni, pesnya memang sedap.. so far takat ni, takde lagi jenama lain yang boleh kalahkan pes Mak Pon ni.. 

Sis siap beli di Shopee dan simpan stoknya bebanyak, senang agak nak makan, memang main campak je pesnya dalam periuk dan ko campak pulak semua bahan dalam periuk tu sekali. Semudah ABC je ko. Sampaikan tak payah tambah garam dan serbuk aji dah, siap to eat kalau dah mendidih tu. 

Tu yang kalau ko masak Mee Bandung guna pes Mak Pon ni, masak campak-campak pun sedap okay. Siapa yang dah cuba memang tau le kesedapannya pes ni. Yang tak suka Mee Bandung pun, rasa Sis kalau cuba, mesti suka, macam anak sulung Sis hehehe.. 

Ada satu lagi pes Mak Pon yang sedap, yaitu pes Mee Soto, tapi Sis belum pernah cuba, tu kawan yang kata.. nanti nak try juga laa.. Korang yang belum cuba, silalah mencubanya.. Kat Shopee je ada jual..


P/S: Sesungguhnya seketul Sis Lin ni orangnya simple jer, malas nak menyusahkan diri, sekian.. 

9 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. campak2 tu la yg buat sedapp he hee
    licin nak lg airtangan mama kan

    ReplyDelete
  2. Dah ada benda mudah, buat apo nak susah2, tak gituhhh

    ReplyDelete
  3. Masak campak-campak tapi tetap dengan ketulusan hati itu yang power. Sedap sangat.

    ReplyDelete
  4. Sis Lin punya campak-campak nampak sedap.

    ReplyDelete
  5. msk main campak2 ni utk pro je ni. hehe

    ReplyDelete
  6. Siyes,saya masih terbayang sup tulang merah yang hang masak tu Lin oii..Dok telioq sampai la ni tulang kambin tu..🍲

    ReplyDelete
  7. Sama lah. jenis saya kalau masak asal masuk perut kenyang sudah. hahaha renyahhh la nak prepare sekali makan 3 4 laukk. tak koserrrrr diknon :P

    ReplyDelete
  8. Campak dengan penuh kasih sayang
    tentulah sedap

    ReplyDelete
  9. huishh menyelerakan ni.. sedapnya tngokkkk

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post