PERTAMA KALI MASAK SUP TULANG MERAH SINGAPURA NI, NASIB BAIK SEDAP


PERTAMA KALI MASAK SUP TULANG MERAH SINGAPURA NI, NASIB BAIK SEDAP | Macam-macam resepi dari sana sini dah Sis ko BELEK, kalau tak belek resepinya Mat Gebu, resepi Che Nom, kekadang tu belek gak resepi kak Hanieliza, tapi harini bukak pulak resepi Sheila Rusly, sebab mencari resepi Sup Tulang Merah Singapura, so terjumpa resepi Sheila Rusly ni. 

Ikutkan nak masak Daging Bakar Cecah Sambal Asam, tup-tup check dalam freezer, kesahnya Suami ada beli Gearbox ni sekilo. Then pagi tadi tanya nak masak apa, Suami kata masaklah Sup Tulang Merah, nanti beli roti cecah. Terus tertelan air liur bila mendengar ayat Suami hahahaha.. bukan tertelan sebab kecur, tapi kepala duk fikiaq, 'Buatnya tak menjadi kang, naya pulak tulang tu' hahahaha..

Tapi takpe, kita cuba, tak cuba mana laaa kita tau kan. Harini pulak kelam kabut sikit Sis. Dan kepala pulak serabut tengok keadaan rumah yang macam nak raya ni. Sana sini tong cat dan adoiii tak boleh nak kata laaa.. lemas nafas nengok.. ni semua projek si Ayahnya dan anak-anaknya.. entah bilalah nak siap ni oii.. 

Pertama Kali Memasak Sup Tulang Merah Singapura Ni, Nasib Baik Sedap

Pertama Kali Memasak Sup Tulang Merah Singapura Ni, Nasib Baik Sedap

Tengok keadaan rumah, kekadang habis je masak, terus Sis duk dalam bilik. Baca buku, rehat dan kalau takde keje dah, Sis habiskan buku Juzuk Quran tu dendiam dalam bilik. Mata tak boleh nengok keadan rumah, dah macam rumah kotai, huhuhu.. 

Tapi sebab sekarang Sis tengah melayan Netflix drama Dewi tu, lepas masak duduk lee depan tv melayan drama, lantak le keadaan rumah yang lintang pukang depan mata tu hahahaha.. Pepandai lee anak banak tu kemas nanti.

Okaylah, bagi korang yang nak mencuba resepi Sup Tulang Merah Singapura ni, Sis kongsikan resepinya, bahan dan cara memasaknya mudah aja. Pertama kali memasaknya pun, Sis rasa ini paling senang dan sedap.. hampir 4 keping roti dah Sis meratah cecah dengan kuahnya hehehehe.. 

Resepi Sup Tulang Merah Singapura 

Bahan-bahannya ; 
  • 1 kg tulang gear box
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/4 cawan sos cili
  • 1/4 cawan cili kering kisar
  • 1/2 sudu besar tomato puri
  • 5 biji bawang putih (kisar)
  • 5 biji bawang merah (kisar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 1 sudu besar jintan manis (di sangai tanpa minyak)
  • 1 sudu besar jintan putih (di sangai tanpa minyak)
  • 1/2 sudu tea serbuk lada hitam
  • 4 sekawan
  • Daun pandan
  • Garam
  • Perasa
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • 4 liter air (merebus)
  • Minyak Masak

Pertama Kali Memasak Sup Tulang Merah Singapura Ni, Nasib Baik Sedap

Pertama Kali Memasak Sup Tulang Merah Singapura Ni, Nasib Baik Sedap

Cara Memasaknya ;
  • Rebus tulang gearbox sekejap bagi buang air darah pada daging 
  • Buang air dan rebus semula dgn 4 liter air sehingga 2 jam 
  • Bila tinggal 1/2 jam sebelum cukup 2 jam mulakan tumisan sup
  • Panaskan minyak, masukkan daun pandan, tumis 4 sekawan dan bahan kisar sehingga naik bau
  • Masukkan jintan manis dan putih (lepas di sangai, kisar dahulu jintan-jintan tersebu)t
  • Masukkan sos tomato, sos cili dan tomato puri
  • Masukkan semua bahan tumisan dalam rebusan tulang tadi
  • Masak sehingga kuah pekat
  • Masukkan serbuk lada hitam, garam dan perasa
  • Hiaskan dengan daun bawang, daun sup dan bawang goreng
*Sis guna Noxxa aje untuk melembutkan tulang. Kemudian ikut cara no-4 tu sampai siap.

Kita tunggu, apa kata Suami Sis pulak ya hehehehe.. harap-harap sedaplah kat tekak dia. Korang kena mencubanya.. Selamat mencuba.. 


P/S: Korang tengok tak drama Dewi tu? Eee geram betullah, dasar kaki SONDOL punya perempuan!!!

39 comments:

  1. Alamak, pressure cooker kena beli ni.... tak pernah makan sup merah Singapore.. nyumnyummm.. nanti nak try buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, pakai pressure senang nak lembut daging, pastu tinggal step mereneh jee...

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulilah Wak, Suami pun kata sedap...

      Delete
  3. perghh..tgk pun dah thu sedap..:)

    ReplyDelete
  4. pernah makan tapi tak pernah lagi masak hehehhe... kalau tengok orang buat menggoda dia punya color tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, sebelum ni pun Sis beli jerr.. ini kali cuba, sebab resepi dia senang Dana..

      Delete
  5. sekali pandang mcm ayam masak madu yg nasi kandar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sekali pandang jee, kalau rasa sekali, pasti nak lagi heheheh

      Delete
  6. Omg!!! Kte dah lama cari resipi sup tulang merah ni! Thanks sis nnt nak try

    ReplyDelete
  7. Hahaha.... seriau nak makan sup merah...!!
    Amcam, sedap x abg sabar cakap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa ko seriau? hahahahaha...
      Yaa alhamdulilah, sedap kata Abang aku hahahaha, selamat menjadi...

      Delete
  8. perghh sedap ni. guna pressure cooker tu lagi sedap makan tulang tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, cepat lembut tak perlu rebus lama..

      Delete
  9. woooo ini ada pernah tngk kat youtube food hunters..
    depa pi Singapore mesti rasa sup tulang merah ni.. sedap nampak !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Sis pulak tak pernah makan kat SG..semua beli dan makan di JB aje..
      Ini kali baru try buat sendiri..

      Delete
  10. Wah tengok ni teringat makan kat Singapura... dah lama benor taj makan sup merah ni... tq share resepi nak simpan n bila senang bole cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kak, di SG memang femes ni.. pergi sana katanya kalau tak makan sup tulang merah memang tak sah hehehe

      Delete
  11. menarik ni. memng fav setiap kali ke sg/jb. nak try buat sendiri tapiiiii lama nau nak rebus tulang tu😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa nanti buatlah Bae, memang sedap resepi ni.. pestime buat menjadi..

      Delete
  12. Kalau dah pandai masak, bagi resepi apa pun jadi tau. Cer bagi Rawlins, maybe kita akan order GrabFood je hahaha

    Terus teringat makan kat Spore

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha marilah ke JB nanti Sis masakkan untuk Rawlins hehehe

      Delete
  13. Wahhh,, bukan senang nak masak Sup Tulang Merah ni kan.. very the time consuming, salute sis la.. (Y) wondering boleh guna pressure cooker untuk masak the same menu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, Sis kalau takde Noxxa tu, memang takde nyaaa laa masaknya.. dah ada Noxxa keje mudah nak masak..

      Delete
  14. wow the soup tulang merah gearbox looks so delicious. I wish I can cook so well like you Sis Lin. Let me try it out

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat sedap, you must try this recipe...

      Delete
  15. fuh terliur yer tengok! rasa nak buat lah, dah la PKP ni nak bercuti ke JB lama lagi. buat sendiri jer lah nampak yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe try laaa Huda, memang tidak menghampakan, serius sedap..

      Delete
  16. Oh tak pernah cuba lagi ni sup tulang merah Singapura. Nk kena pegi Singapura la ya kalau nk dapatkan yg ori? Nk buat sendiri takde pressure cooker.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, kalau nak rasa asli, kena ke SG.. tapi nak puashati buat aje sendiri Ummi hehehe

      Delete
  17. My first time tengok sup tulang merah macam ni, tapi nampak sedap juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke? You must try.. Sis rasa di KL pun ada orang jualnya..

      Delete
  18. Wahh nampak sedap sis. tak pernah cuba lagi sup tulang merah ni. selalu dengar je org kata sedap. nyumsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. sedap Ika, trylah buat sendiri, resepi tu memang sedap dan mesti jadi punya..

      Delete
  19. favret saya nie sis...klo de tulang gear box nie mmg buat masak nie je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, dulu nak buat was-was, sekali cuba, waaa jadi pulak Suzie, next memang boleh masak lagi laaa...

      Delete
  20. love reading all your recipe articles, i learn so many new dishes from you each day. never knew sup tulang singapura has such thick and red gravy, really tempted to try making this!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.