PELBAGAI AKTIVITI MENARIK SEMPENA BRICK-TACULAR HOLIDAY CANDYLAND DI LEGOLAND® MALAYSIA RESORT


PELBAGAI AKTIVITI MENARIK SEMPENA BRICK-TACULAR HOLIDAY CANDYLAND DI LEGOLAND® MALAYSIA RESORT | Berikutan pengumuman yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara Malaysia, baru-baru ni, LEGOLAND Malaysia Resort telah dibuka sepenuhnya setiap hari bermula dari 19 Disember 2020 tahun yang lepas. 

Korang dah ada ke sana ke? Jika korang ada baca posting Sis sebelum ni mengenai Brick-tacular holiday Candyland tu, pasti korang tau kan, pelbagai aktiviti menarik sempena Brick-tacular Holiday Candyland tu di adakan sepanjang musim cuti sekolah ni sehingga 19 Januari 2020. 

Semasa musim perayaan lepas dan cuti sekolah ini juga, LEGOLAND Malaysia Resort memperpanjang waktu operasi meraka pada hujung minggu (Jumaat hingga Ahad) bagi membolehkan korang dapat enjoy sepuasnya dan ada masa tambahan untuk menikmati perayaan BrickTacular tahunan mereka. 

Dan tahun ini, LEGOLAND Malaysia Resort telah berubah menjadi CANDYLAND! Yaaa, dah macam 'magic' pulak Sis tengok bila masuk je ke LEGOLAND tu, semua LEGO menjadi candy! Rasa nak gigit ajee hahahaha.. 

Okay jom Sis kongsikan antara aktiviti yang sempat Sis join bersama anak-anak saudara Sis ketika Sis ke LEGOLAND baru-baru ni. Cumanya agak terkilan jugalah, masa Sis pergi tu hari hujan, so ada antara aktiviti outdoor tu memang tak dapat Sis nak join!. Tapi takpe, mana yang dapat ni pun kami dah cukup enjoy sangat!!!.. 

Jom lihat aktiviti apa yang Sis sempat Sis join!..

Pelbagai Aktiviti Menarik Sempena Brick-Tacular Holiday Candyland Di LEGOLAND® Malaysia Resort

Pelbagai Aktiviti Menarik Sempena Brick-Tacular Holiday Candyland Di LEGOLAND® Malaysia Resort

LEGO® Friends LIVE Show - The Beginning Area @ Theme Park
1:00pm & 3:30pm (Thursdays)
3:30pm & 5:00pm (Fridays)

Kalau pergi LEGOLAND memang rugilah kalau tak tengok LEGO® Friends LIVE Show ni. Memang enjoy sangat. Sis sampai dah hafal juga lagu dan step tarian mereka tu, cuma menahan kaki bergoyang ke depan pentas aje. Kang tak memasal viral pulak kang hahahaha.. Dan yang bestnya, lepas tengok show korang boleh bergambar bersama mereka. Cuma masa hari kedua Sis tengok show ni, tinggal mereka bertiga aje, ermmm dimanakan Andrea (LEGO® Friends favourite Sis). 

Pelbagai Aktiviti Menarik Sempena Brick-Tacular Holiday Candyland Di LEGOLAND® Malaysia Resort

Pelbagai Aktiviti Menarik Sempena Brick-Tacular Holiday Candyland Di LEGOLAND® Malaysia Resort

Advent Calendar Party - The Beginning Area @ Theme Park
4:45pm (Thursdays)
6:00pm (Fridays)

Haaa yang ini tentu anak-anak suka, korang boleh tunggu dan tengok persembahan favorite characters korang secara live!. Sis last minit petang tu dapatlah jenguk kejap shownya, tapi tak dapat nak tunggu cabutan bertuahnya, sebab masa tu hujan dah mula turun, terus gerak balik hotel. Yaaa, tiap kali korang berbelanja minimum RM50 di semua retails store LEGOLAND tu, korang boleh join lucky draw ni. Resit pembayaran tu korang masukkan ke dalam box tu dan menangi cabutan bertuah dalam Advent Calendar Party setiap hari!. Mana tau nasib dan rezeki korang, memang set LEGO okay!. 

Pelbagai Aktiviti Menarik Sempena Brick-Tacular Holiday Candyland Di LEGOLAND® Malaysia Resort

Gingerbread hunt - MINILAND @ Theme Park
Daily (Setiap Hari)

Hari pertama masuk ke LEGOLAND tu, punyalah excited anak-anak sedara Sis nak merayap meronda hunting mencari Gingerbread Men ni di Miniland tu, tapi apakan daya jodoh tiada hujan turun dengan lebatnya. Tunggu punya tunggu hujan tak berhenti, makanya bergambar ajalah dengan patung kertas tu je. Kemudian esoknya barulah dapat merayap, tu pun tak amik pun gambar sebab hujan gerimis. Yaa untuk aktiviti ni, korang cari 10 Gingerbread Men dalam Miniland tu, dan korang akan menangi hadiah misteri dari LEGOLAND!. 

Pelbagai Aktiviti Menarik Sempena Brick-Tacular Holiday Candyland Di LEGOLAND® Malaysia Resort

Pelbagai Aktiviti Menarik Sempena Brick-Tacular Holiday Candyland Di LEGOLAND® Malaysia Resort

Sweet Spectacular - The Beginning Area @ Theme Park
6:50pm (Fridays) : See the Santa and all his Candyland Friends in the Christmas Countdown to the Festive Sparkles!
Countdown 2021 - at lobby Hotel 

Untuk aktiviti yang Sweet Spectacular tu, kalau korang nak balik sebelum keluar dari Theme Park tu, haaa korang bolehlah berjumpa dengan The Santa dan juga Candyland Friends yang lain dalam pakaian tema perayaan Krismas, dan korang boleh bergambar sama. Cuma Sis tak dapat nak menunggu so hanya bergambar dengan Santa LEGO aje laa hahahaha.. Hari hujan so masa pergerakan tu semua terbatas, ermmmm... 

Tapi yang bestnya, malam tu Sis dapat join countdown Happy New Year di ruang Lobby Hotel. Memang meriah dan happening ko!!!.. Semua dalam keadaan SOP berjaga-jaga. Korang jangan risau. 

Pelbagai Aktiviti Menarik Sempena Brick-Tacular Holiday Candyland Di LEGOLAND® Malaysia Resort

Pelbagai Aktiviti Menarik Sempena Brick-Tacular Holiday Candyland Di LEGOLAND® Malaysia Resort

Make LEGO Cupcakes and Candycanes - The Beginning Area @ Theme Park
Daily (Setiap Hari)

Untuk aktiviti ini, pasti anak-anak korang suka termasuklah anak-anak sedara Sis ni haa. Mana taknya, dapat bantu Mrs Claus membuat Cupcakes mengunakan LEGO dengan kreativiti memain warna dan bila siap aje, Cupcakesnya akan di pamerkan di tengah ruang tu haaa.. Tentunya laaa anak-anak excited bila cupcakenya siap dan dipertontonnya kan? So jangan lupa suruh anak korang mencubanya. 

Pelbagai Aktiviti Menarik Sempena Brick-Tacular Holiday Candyland Di LEGOLAND® Malaysia Resort

Pelbagai Aktiviti Menarik Sempena Brick-Tacular Holiday Candyland Di LEGOLAND® Malaysia Resort

Meet Sharkie – SEA LIFE’s Mascot - SEA LIFE Malaysia
Find the Candies
Daily (Setiap Hari)

Okay aktiviti ni mesti Mak-Mak pun suka hahahaha.. sebabnya siapa peminat game Candy Crush mesti sukalah nak hunting Candies dalam air ni kekekeke. Aktiviti senang aje, cari aje laaa 5 candies dalam aquarium SEA LIFE tu dan korang update dalam instagram korang dan tunjuk di kaunter keluar sana, Nanti korang akan dapat 'hadiah misteri' lagi hehehehe.. Dan jika korang bernasib baik, korang akan jumpa Sharkie (Sea Life Mascot) dan bergambar dengannya. 

Menarik Sempena Brick-Tacular Holiday Candyland Di LEGOLAND® Malaysia Resort

Pelbagai Aktiviti Menarik Sempena Brick-Tacular Holiday Candyland Di LEGOLAND® Malaysia Resort

Dan kalau nak ikutkan ada satu lagi aktiviti di Waterpark yang korang kena join tau. Tapi Sis tak sempat nak kesana sebab hari hujan sepanjang dua hari Sis menginap di sana. Hari pertama okay lagi hujan tak turun petang, ingat esoknya nak ke Waterpark, sekali esoknya dari pagi membawa ke petang hujannya, makanya berhuhuhu aje laa bebudak ni haaa.. 

Korang korang ke sana jangan lupa ke Waterpark dan saksikan Surfer’s Retro Show okay!

Korang apalagi, jom bercuti di Legoland Malaysia Resort dan dapatkan tawaran harga yang menarik sepanjang cuti sekolah ini! Pakej promosi Buy 1 FREE 1 Night pun masih lagi berlangsung. Buat tempahan segera sebelum semua tarikh full!..


Atau korang boleh membeli pas tahunan Triple-Park dengan harga tiket sehari yang sama (RM313 untuk dewasa dan RM259 untuk kanak-kanak) di laman web rasmi LEGOLAND dan nikmati 12 bulan penyertaan tanpa had ke Taman Tema, Taman Air dan Taman Tema LEGOLAND Malaysia SEA LIFE Malaysia. 
**Terms and conditions for purchases applies

Lihat lebih banyak lagi gambar di facebook pages @akusislin 

Untuk maklumat terkini mengenai promosi dan aktiviti, tetap berhubung dengan LEGOLAND® Malaysia Resort melalui Facebook dan Instagram.

Korang klik & booking di sini --> https://bit.ly/361ciRS 

Untuk penginapan kali ni, nanti Sis update kemudian ookay.. 


P/S: Kalau hari hujan memang spoil betul nak berjalan dan berjimba puas-puas di Legoland tau! Hurmmm.. 

14 comments:

  1. Bestnya, walaupun dah duduk lama di Johor masih belum berpeluang lagi ke Legoland nih..InshaAllah one day

    ReplyDelete
  2. Ni kalau anak saya nampak mesti dia dok berzikir suruh bawa dia ke sini. Sehari confirm tak puas kan.

    ReplyDelete
  3. Wow I want to bring my children there as well after looking at the various fun activities that kids could enjoy. :D

    ReplyDelete
  4. eh eh cantiknya header beliau 🤭

    syok gila spend time kat Bricktacular Holidays Candyland ni, meriah dengan aktiviti..Aisyah kemain suka haaa

    ReplyDelete
  5. Ni xtvt sepnjg thn 2021 ke utk aritu je? Aritu ako gi cam sendu je..

    ReplyDelete
  6. lamanya tak pergi themepark.. rindu betul

    ReplyDelete
  7. tak pernah sampai legoland lagi tapi macam menarik je. budak2 mesti suka. maknpak pun happy

    ReplyDelete
  8. bestnya. mesti kanak2 suka ada aktiviti gini. meriah

    ReplyDelete
  9. Belum sampai ke Legoland. Skrg dah jadi Candyland pula ye. Kalau dapat pi harus try semua aktiviti kat sana sempena Bricktacular Holiday event ni.

    ReplyDelete
  10. Bestnya Bricktacular Candyland ni. Bukan setakat budak2 je suka, mak2 nya pun mesti turut enjoy sekali.

    ReplyDelete
  11. Bestnya dpt pegi legoland. Dh lama tak jejak kaki kat sana sini 2012. Hishh nak kena pergi ni. Xleh tahan tgk sis lin asyik bersukaria kat legoland

    ReplyDelete
  12. Uiksss lamanya tak gi legoland. Macam2 dah ada sekarang ek..Insyallah lepas reda2 kes covid ni boleh la start jenjalan

    ReplyDelete
  13. What a wonderful and fun destination! It's perfect for the whole family for a quick weekend getaway and i think the children will definitely enjoy the live performances. Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  14. Baca entri ni terus rindu legoland. Teringin nak bawa anak2 ke sini lagi

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.