KALAU PENAT MEMASAK, YONG TAUFOO VIRAL KAN ADA!


KALAU PENAT MEMASAK, YONG TAUFOO VIRAL KAN ADA! | Yaa apa susah, apa nak digaduhkan, kalau penat memasak, Yong Taufoo Viral kan ada! Hehehe.. Senang cite. Sekarang pun senang, bukak handphone, bukak apps, klik-klik bayar terus sampai depan rumah. Kalau rajin start enjin pick-up sendiri. Terpulang semuanya di tangan korang. 

Dua tiga hari lepas adik-adik Sis semua staycation di rumah Sis 3 hari 2 malam, so hari yang last day sebelum mereka semua balik, paginya kami semua dah sarapan roti canai kosong 30 keping, so tengahari tu hujan pun turun, so Sis malas nak masak, makanya Sis belanja adik-adik order Yong TauFoo Viral di belakang rumah Sis ni aje order guna Foodpanda. 

Kalau sebelum ni memang agak susah nak makan dan cari Yong TauFoo, sekarang senang dah, dah ada jual di belakang rumah aje. Order online aje, tak sampai setengah jam sampai hehehe. 

Kalau Penat Memasak, Yong Taufoo Viral Kan Ada!

Kalau Penat Memasak, Yong Taufoo Viral Kan Ada!

Nama restorannya Rose Villa. Selain Yong TauFoo kedainya juga ada jual Laksa Johor, Mee Kari, Nasi Ayam dan juga aneka lauk pauk makan tengahari. Dulu kalau anak Sis masih bersekolah, memang rajin Sis beli Nasi Ayamnya, anak bujang Sis suka. 

Tapi bila dah tau ada menu Yong TauFoo ni, haaa menu ni laaa yang rajin Sis order, lagi-lagi kalau time demam. Memang selera makan pepanas kan. 

Isinya pun banyak tak lokek. Yang bestnya, masa order kita takde nak pilih-pilih bahan, semua di sediakan dalam semangkuk tu. Kalau korang tengok bahannya tu semua, nampak mewah kan? Takde laa kata orang banyak tepung dan sayur aje kann.. 

Kalau Penat Memasak, Yong Taufoo Viral Kan Ada!

Kalau Penat Memasak, Yong Taufoo Viral Kan Ada!

Dia jual dalam 3 set berbeza. Ada small, mediam dan large. Dan semalam Sis order large, paling besar sekali. Harga lupa lah Sis nak tengok yang sebetulnya. Sebab semalam masa order ada diskaun 15% dalam foodpanda, so 2 bekas besar (large) tu Sis hanya bayar RM56 sahaja. Siap kuah dan sos sambalnya. 

Kalau nak sos hitam atau kuah hitam lebih, korang tulis je kat note apps foodpanda tu, nanti mereka bagi lebih. Biasa memang Sis buat macamtu kalau nak apa-apa tambahan. So far so good servisnya. 

Yong Taufoo ni kalau makan time hujan, memang nikmat wooo... panas-panas hirup kuah sambil nengok Netflix  filem tamil hantu, memang menjadi laaa licin semangkuk hahahaha..

Yaaa ko, hujan-hujan ni nengok cte tamil hantu best wooo hahahaha.. duk dalam selimut manjang dengan Kenit hahahaha.. 

Kalau korang yang area berdekatan Taman Scientex Pasir Gudang nak mencubanya, tu tengok kat bekasnya tu yaaa no wahtsapp dan info mereka. Jangan malas nak tengok, Sis ko lagi malas nak menaipnya hahahaha.. 


P/S: Ketam oo Ketam...harini masak ketam ke haaaa... lalalalala..


6 comments:

  1. Sedapnya yong taufoo..sejak PKP tak beryong taufoo.selalu beli pasar malam je. senang lah da ada jual gini kak..anytime teringin boleh makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah selalu beli di pasar malam je, sekarang dah senang dah Sis, belakang rumah aje ada jualnya...

      Delete
  2. favorite ni. mudah ada packing cmni. Xpayah nk keluar cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Ena, lebih mudah, tak payah pilih, dan ramuan bahan dia semua lengkap dan sedap...

      Delete
  3. hahaah i klu tgk cita hantu mmg tak pernah makan..sbb tkot nanti tak lalu sbb too many blood hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha Sis tengok apa je laa movie semua nak mencekik... tapi sekarang dah slow sikit, sebab sedang cut sugar huhuhuhu

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.