LAMA TAK MAKAN DAN MASAK ASAM PEDAS IKAN DURI


LAMA TAK MAKAN DAN MASAK ASAM PEDAS IKAN DURI | Yaaa agak lama tak makan dan masak asam pedas ikan duri ni. Dan bila tiba-tiba Suami kata dia ada belikan ikan duri sekor besar untuk Sis, memanglah Sis gembira sangat, sebab ikan duri adalah kesukaan Sis. Lagi kalau masak asam pedas, memang selera bertambahlah gamaknya.. 

Dalam pada Suami tak makan ikan duri, tapi tiap kali ke pasar kalau terjumpa, pasti dia akan beli, cuma memang Sis pesan, kalau ikan durinya kecik, jangan beli, kalau besar barulah beli. Sis lebih suka saiz besar sederhana dari saiz kecik. Kalau kecik tu macam tak feel nak makan. Tapi kalau saiz besar, perghhh tang kepala dia tu Sis dah 'CHOP' dulu hahahaha..

Dalam rumah ni kalau yang makan asam pedas ikan duri hanya Sis, Yana dan anak bujang Sis aje, si Kakak dan Ayahnya memang tak makan. Tak tau kenapa. Ada jenis ikan aje yang mereka berdua makan. Tapi kalau jenis 'ikan bermisai' gini, memang Kakak dan Ayahnya tak makan. 

Lama Tak Makan Dan Masak Asam Pedas Ikan Duri

Lama Tak Makan Dan Masak Asam Pedas Ikan Duri

Haaa tengok tu dalam pinggan Sis tu, kan dah kata kalau kepala Sis yang punya hahahahaha. Memang anak-anak pun tak berani nak amik tang kepala tu, sebab dia tau kepala Emaknya yang punya hehehehe..Memang besar ikan durinya, dan ada pula beberapa telur dalam perut ikan tu, tapi tak banyak mana pun, sampaikan masa memasak pun, telurnya lenyap dari pandangan entah kemana huhuhu..

Yana kemain suka nampak telur ikan tu, tapi tu laaa sebab telurnya bukan banyak, so bila masak, hilang telurnya. Mungkin dia pecah dalam kuah asam pedas tu. Isinya manis dan lembut gilerr.. memang Sis makan seketul kepala, dan seketul isi, pun tak puas.. siap malam tu Sis meratah aje ikan dan kuahnya...sedap bak hang oiiii.. nikmatttt.. 

Lama Tak Makan Dan Masak Asam Pedas Ikan Duri

Lama Tak Makan Dan Masak Asam Pedas Ikan Duri

Lama Tak Makan Dan Masak Asam Pedas Ikan Duri

Resepi Asam Pedas Ikan Duri 

Bahan-bahan:
  • Seekor ikan duri saiz sederhana besar, dibersihkan dengan asam jawa
  • Selabu bawang besar *kisar
  • 3/4 ulas bawang putih *kisar
  • 5 inci halia *kisar
  • 10 sudu besar cili kering kisar *ikut suka pedas memasing
  • Sedikit belacan *kisar
  • 1 inci kunyit hidup *kisar
  • Sesudu lada hitam *kisar
  • Daun kesum
  • Asam keping
  • Air + asam jawa secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Sis masaknya memang belender semua bahan kisar. Then tumis sampai garing pecah minyak berulang-ulang. lagi lama lagi sedap. Korang abaikanlah senduk buruk tu. Beli baru pun, tetap juga nak guna yang buruk hitam tu hahahaha... 

Lama Tak Makan Dan Masak Asam Pedas Ikan Duri

Lama Tak Makan Dan Masak Asam Pedas Ikan Duri

Cara memasaknya :
  • Tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik minyak.
  • Masukkan air yang dibancuh bersama asam jawa dan asam keping.
  • Masukkan ikan dan daun kesum ke dalam periuk.
  • Kemudian biarkan hingga mendidih sambil dikacau perlahan
  • Setelah hampir masak masukkan bahan perasa secukupnya.
  • Matikan api dan hidangkan.

Sis tambah juga gula sikit dalam kuahnya sebagai bahan perasa. Dan kalau tak cukup pedas, Sis tambah lada hitam aje ke dalam kuahnya. Memang mabeles sedap dan paduuuuu... hehehehe.. 

Ada yang suka Asam Pedas Ikan Duri ni? Kita geng ! ! ! ..
Selamat memasak semua.. 


P/S: Harini masak lambat, sebab dah goreng nasi goreng kampung pagi ni.. :)

12 comments:

  1. Fuh padu. Memang sedap pedas, masam. Tempoh hari balik kampung babah belikan seko, masak asam pedas. Yang tukang makan PC dengan en suami je, babah mama tak makan. Fresh kawan babah jual masih hidup. Ada orang insangnya tak buang masak sekali manis katanya, tapi kami buang.Sis buang insang tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh Sis buang PC insangnya.. walau kita masak sendiri tau bersih tapi tetap buang.. takut kuah jadi hanyir kan..

      Delete
  2. sedapnya sis.. tapi kalau ikan duri ni saya kena beli dah siap siang. takut nak siang sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo Sis okay aje nyiang sendiri, tapi kalau besar sangat, minta kedai aje nyiangkan..

      Delete
  3. Ikan duri xpndai makan. Haha. Asam pedas kalau takde daun kesum hilang feel nk masak 🤣🤣🤣. Tgk sis masak confirm mabeles

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, mana laa namanya asam pedas kalau takde daun kesum hehehehe..

      Delete
  4. Akak pun suka tapi akak tak minat kepala ikan, suka isi aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe Lin segala semua ku bedal hahahaha kecuali ekor, tak berapa suka..

      Delete
  5. Banyak telur ikan duri ni. Tak pernah makan. Aduii kecur lak tengok lauk asam pedas tu. ngancam betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo tak pernah makan ikan duri ke Fizah? Kena cuba, sekali cuba pasti nak lagi hehehehe...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.