MENU MAKAN TENGAHARI DUA HARI LEPAS


MENU MAKAN TENGAHARI DUA HARI LEPAS | Dah dua hari barulah nak update sini ek. Haa dari situ ko tau kan, bukan Sis ko nak update hari-hari kat blog tang masak-masak ni, agak dah takde idea barulah korek gambo dan update kat blog. Nasib jugalah siap masak, amik gambar then save aje dalam phone. So bila takde idea nak update, bantai aje update kat blog hehehehe.. 

Sebenarnya ada cerita di sebalik gambar menu ni. Ikutkan malas nak update, sebab tak fikir konon nak update masuk blog. Cuma amik gambar dan hantar ke group wahtsapp family aje, so hidang pun dengan pinggan 'comot' macamtu guna mangkuk DIY je ko. Takde lee hidang dengan pinggan mangkuk cecantik semenggah orang lain, sebab Sis jenis 'aku tak kisah'.. sebab dah itu laa guna harian Sis, mana senang dan mudah, tu laa Sis guna. 

Lain lerr kalau Sis ni foodphotograhy kaa, tu yaa kenalah amik dan hidang lelawa, atau hidang untuk tetamu ke, memang guna lawa sikit pinggan mangkuk, tapi untuk di rumah jee, mana ado je laa Sis pakai, tu sebab masa tangkap gambar ni anak bising; 'Mak, pinggan Mak lelawa tu simpan buat apa, lagi pergi letak dalam pinggan daun tu' hahahahaha... tu ayat anak Sis membebel bila tengok gambo ikan tu dalam pinggan daun tu, lalalalalala...

Yaa ikutkan biasanya memang Sis hidang guna pinggan lawa sikit, cuma masa siap menu ni semua, tak fikir nak letak update dalam blog, so Sis hidang je laa dengan pinggan mana ada. Janji siap masak. Tak tau pulak akhirnya masuk ke blog ni kan hahaha makanya gasak le ko di situ.. janji hidang, makan, perut pun kenyang hahahaha.. 

Meh tengok menu makan tengahari Sis dua hari lepas.. 

Ikan Bawal Masak Sos

Ikan Bawal Masak Sos 

Sayur Pucuk Paku Masak Lemak Udang

Sayur Pucuk Paku Masak Lemak Udang

Sambal Belacan Tumbuk

Sambal Belacan Tumbuk + Ulam Petai

Memang jadi kesukaan anak-anak kesemua lauk tu. Makan berulang-ulang, lawan pulak dengan sambal belacan, memang bertambahlah nasi di pinggan kann.. Alhamdulilah juga, anak memang tak cerewet, cuma anak sulung aje laa dia sorang tak makan daging, so kalau masak menu daging, kena masak menu lain untuknya. Lain-lain menu semua anak bedal. 

Pagi tadi Sis hanya bakar roti aje, dan anak-anak semua tak sarapan. Dan harini anak-anak request minta masak Ikan Merah Masak Kari. Karinya dah atas dapur pun tu, ni sambil-sambil menunggu didih laa duk update dan edit blog posting ni haaa.. Sayur Kobis pun dah siap masak, Sambal Belacan pun dah siap beserta Bayam Basil, kang siap je lauk kari, dah boleh makan. 

Korang masak apa harini? .. 


P/S: Ingat nak ke pasar cari buah limau, lupa pulak hari Isnin.. esok-esok aja laa.. dah musim buah limau ni.. yumsss.. 

14 comments:

  1. eh ok la tu pinggan nya.. ada gak bentuk2.. ko lom tgk pinggan ako lagi...
    pinggan ako boboiboi... upin n ipin..
    hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kalau aku yee hentam aje laa, kalau Kakak aje ko membebel kalau hidang pinggan sembarang.. letih layan..

      Delete
  2. Replies
    1. Ye kak hahahaha pinggan daun tu plastik.. lagi kena bebel dek kakak hahaha

      Delete
  3. Uish dah lama tak makan petai. Hahahaha

    ReplyDelete
  4. Allahuuu, semua sedap-sedap belakaaaa... Paling fav Pucuk Paku masak lemak tu la.. lama tak pekena.. buat sendiri tak selera.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Ina, makan dengan sambal belacan, perghh nikmatttt...

      Delete
  5. sedapnya tgk menu ikan bawal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba tu, lagi besar ikan lagi sedap Mama..

      Delete
  6. asalkan ada petai! masakkan apa pun sedap hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Atie.. kadang makan nasi goreng pun nak petai hahaha

      Delete
  7. pinggan daun pun lawa, ape..hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeee tapi si kakak tu haaa cerewet membebel jee kejenyaaaa

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.